Bab 32 | My Answer

220 26 0
                                    

Bella melihat nama Cairo di skrin telefon. Dia gigit ibu jarinya, tak tahu samada nak telefon ataupun mesej saja. Apa yang dia nak cakap ini penting juga sebenarnya. Takkan dia nak mesej saja?

Kalau dia mesej, Cairo tak perasanlah suara dia yang tengah terketar-ketar ini. Tapi dia takut Cairo tak perasan mesej yang dia hantar nanti. Punyalah teruja menunggu, last-last Cairo balas tengah malam nanti. Ha, macam mana?

Lama dia berjeda, mengelamun melihat kanak-kanak bermain di taman.

Nak bagitahu ke tak ini? Aduh, susahnya!

Telefon yang bergetar tiba-tiba membuatkan Bella terkejut. Nasib telefonnya tak tercampak ke tanah. Nama Cairo tertera di skrin, lambat-lambat dia menjawab panggilan dari lelaki itu.

"Assalamualaikum, future. Buat apa itu? Dah makan?"

Ceria saja suara lelaki itu menyapa. Amboi, gembira semacam ini?

"Tak ada buat apa-apa. Kenapa call?" Bella masih mengekalkan nada suara malasnya setiap kali Cairo telefon.

Dia nak menduga lelaki itu sebenarnya. Mana tahu kalau dia buat perangai macam ini, Cairo akan tawar hati dengan dia? Sengaja dia nak biarkan Cairo rasa larat menunggu jawapan dari Bella.

Setiap hari telefon, konon tanya khabar. Sedangkan Bella tahu, lelaki itu menunggu jawapan dari lamaran mengejut dia dua minggu lepas.

"Saja nak call. Tak boleh ke?"

"Mm, tak boleh. Saya ada banyak kerja nak kena buat."

"Tipu. Tadi kata tak ada buat apa-apa, sekarang kata ada kerja. Mana satu awak nak saya percaya?" Suara manis Cairo membuatkan Bella tersenyum.

Aip! Cepat betul si hati ini cair ya?

"Awak sebenarnya nak call saya kan? Tapi malu. Betul tak?"

Soalan cepumas Cairo buat Bella kejung. Dia menoleh ke kiri dan kanan, mustahil lelaki itu ada berdekatan dengannya. Macam mana dia boleh fikir macam itu?

Ini semua kerana dia tertengok story di Instagram Cairo. Lelaki itu merakam video berdurasi sepuluh saat, video dia berada di Gunung Lang bersama rakannya.

Gunung Lang dengan rumah sewa Bella boleh dikira dekat jugalah. Dalam sepuluh minit dah boleh sampai.

"Kenapa diam ini?"

"Mana awak tahu saya nak call awak?" Bella tanya.

Cairo ketawa senang. "Saya tak singgah pun dekat awak, Bella. Saya main tanya je, gerak hati suruh tanya soalan itu."

Bella tepuk dahi. Aduhai! Dah kantoi!

"So awak pun rindu dekat saya, eh?"

"Mana ada!"

"Dah itu kenapa nak telefon saya?"

Bella menggigit bibirnya. Aduh, aku nak tipu apa pula kali ini?

"Bella.."

"Sajalah nak telefon. Awak call saya boleh, takkan saya tak boleh call awak? Ish, annoying la awak ini!" Bella marah.

Dia biarkan telinga mendengar suara ketawa Cairo.

Sungguh dia tak faham dengan kehendak hati ini. Mulut bukan main lontarkan ayat yang tujuannya untuk menyakitkan hati Cairo tapi hati pula beria-ria tekankan yang dia nak Cairo ada dengannya sampai bila-bila.

Mana satu ini? Yes or no?

"Bi, are you okay?" Suara Cairo berubah, sedikit dalam tapi masih terasa manis apabila menyapa telinga Bella.

Wonderful Youth [c]Where stories live. Discover now