Bab 1

2.6K 143 6
                                    

Perkahwinan adalah salah satu impian setiap wanita di muka bumi ini. Ada yang nak kahwin awal, ada yang rancang untuk kahwin lambat dan ada juga yang tak mahu kahwin.

Untuk orang yang tak mahu kahwin, mereka ada banyak perkara yang ingin dilakukan sebelum bersedia untuk menjadi isteri atau suami kepada seseorang. Tanggungjawab sebagai isteri atau suami itu besar.

Aku pun tak bersedia lagi nak kahwin. Nanti nak buat itu, tak boleh. Nak buat ini, tak boleh. Akhir sekali, semua impian dan hajat aku tergantung macam itu saja. Eee, seram pula bila fikirkan kesannya.

Sebab itu aku ambil keputusan untuk sambung belajar. Bukan nak mengelak, cuma nak jadikan sebagai persediaan. Andai kata aku kahwin tapi kemudian jodoh tak panjang, masa itu aku tak perlu risau pasal kehidupan selepas bercerai.

Orang ada kelayakan tinggi, mestilah senang nak cari kerja. Okay, kenapa aku kata macam itu?

Aku ingat, lepas aku dah sah bergelar isteri orang, aku tak nak bekerja. Nak jadi suri rumah sepenuh masa. Jaga anak-anak saja dekat rumah. Ecewah!

Tapi itu kalau aku kahwin. Masalahnya sekarang ini, teman lelaki pun tak ada. Bujang sejak lahir lagi.

Abang aku kata aku ini noob sangat, masa sekolah sibuk belajar sampai tak nampak lelaki hensem.

Masuk ke universiti, sibuk nak dapat pointer four flat setiap sem. Nak dapatkan anugerah Dekan setiap semester sampai tak nampak ‘jodoh’ di depan mata.

Ceit.

Dah tamat pengajian peringkat degree, aku masih nak sambung ke Master sampaikan mak kata…

“Lambat lagilah mak nak ada cucu macam ini!”

Salah aku ke kalau tak kahwin lagi walaupun umur dah nak masuk ke 30-an? Aku ada lagi empat tahun sebelum aku betul-betul masuk ke alam 30-an itu.
Empat tahun, everything can happens between four years.

“Anem, kamu nak tolong mak buat kuih tak?”

Mak datang menyapa di depan pintu bilik dengan apron di badan. Laptop aku tutup dan aku turun ke bawah dengan tudung tersarung di kepala.

Mak tak suka kalau aku masuk ke dapur, nak tolong dia buat kuih tapi aku tak pakai sesuatu yang boleh tutup kepala aku ini. Takut rambut termasuk dalam aduan lah, rambut gugur dalam kelapa parut lah. Macam-macam.

“Hari ini berapa pek mak nak buat?” Sambil bertanya, aku singsingkan lengan baju. Tangan dah dibasuh tadi sebelum aku duduk di kitchen aisle.

“Mak ingat nak buat lebih, dalam tujuh puluh pek.”

Tudiaaa! Tujuh puluh pek?

“Banyaknya, bukan mak selalu hantar dekat kedai KB Corner itu dua puluh lima pek ke? Kenapa hari ini nak buat lebih?”

“Hari ini abah kamu itu ada jemput kawan dia datang. Nanti lepas dah siap buat kuih puteri ayu ini, kamu buat kek marble sekali.”

Nampaknya hari ini hari paling penat buat aku. Ingatkan hari Sabtu, bolehlah senang-lenang di rumah keluarga. Tak pasal-pasal kena jadi tukang buat kek sepanjang hari.

Nasib kaulah, Tasneem. Siapa suruh pandai buat kek? Kan dah kena selalu buat. Lain kali pandai itu, duduk diam-diam. Tak adalah mak suruh kau buat kek setiap kali kau balik rumah.

Aku keluarkan semua bahan untuk membuat kek marble.

Untuk kuih puteri ayu, acuannya mak dah sediakan. Hanya tinggal untuk aku letakkan kelapa parut ke dalam bekas dan kemudian tuangkan acuan sebelum dikukus.

Tak ambil masa yang lama pun untuk siapkan kuih puteri ayu ini. Kukus dalam lima minit kemudian siap. Tapi disebabkan mak nak buat lebih dan kebetulan saiz bekas pengukus pula sederhana, muat untuk tiga belas bekas kecil saja, itu yang makan masa.

Selesai mengukus, aku susun pula dalam bungkusan plastik. Kemudian mak akan tampalkan sticker harga di atas pek tersebut. Kerja berat aku yang buat, mak pula hanya bantu mana yang mampu.

“Kuih puteri ayu, siap!”

Lebih dua jam aku berperang di dapur, badan diregangkan. Ini belum buat kek lagi. Lenguhnya!

“Yang lebihan ini, Anem dah susun cantik-cantik atas pinggan. Nanti mak pandai-pandailah hias ya? Anem tak berapa pandai tang menghias itu.”

Mak hanya angguk. Mata mak dari tadi tak lepas pandang aku buat kerja.

Selalunya kalau dah siap bungkusan kuih itu, mak akan naik ke bilik untuk bersiap nak hantar kuih ke KB Corner.

“Mak? Kenapa pandang Anem macam itu?”

“Saja, nak pandang anak dara mak. Kenapa? Tak boleh?” Mak jongketkan kening sebelum mengubah posisi tangan daripada bersilang di dada ke posisi menongkat dagu.

Aku tergelak.

“Lebih dari boleh, mak. Mak kan orang yang lahirkan Anem, sepanjang masa mak boleh tenung muka anak mak ini puas-puas.”

Aku pun ikut tayang muka, perasan macam muka ini lawa sangat. Mak ikut ketawa.

“Mak sebenarnya rindu nak dengar ketawa budak-budak, Anem. Kamu dengan abang kamu dah besar, masing-masing dah kerja. Tinggallah mak dengan abah dekat rumah, berdua.”

Suis di stand mixer aku tutup. Lain macam pula aku rasa bila mak tiba-tiba bersifat terbuka dengan aku macam ini.

Aku faham apa yang mak kata. Aku dengan abang aku, Haris dah besar. Maksud mak itu, kami berdua sekarang jarang menjenguk keluarga di rumah. Abang aku duduk di Putrajaya, aku pula di Bangi. Mak dan abah pula ada di Damansara.

“Kamu tak nak kahwin ke, Anem?”

Ah, soalan ini sudah kembali lagi! Aku cuba untuk tak mengeluh di depan mak. Tak sopan. Tapi apa jawapan yang patut aku berikan sekarang?

Kalau nak diikutkan, sejak kecil aku ikut saja apa yang mak dan abah tentukan. Sekarang aku bekerja pun kerana abah. Abah kata, kalau aku bekerja baru aku boleh sambung belajar untuk Master.

Abah tak yakin yang aku akan bertahan sampai ke penghujungnya untuk Master. Dia pernah cuba dan dia sendiri mengalah di pertengahan jalan. Samalah dengan abang aku.

Tapi untuk berkahwin… aku tak rasa aku akan ikut apa yang mak dan abah inginkan.

“Mak… apa kata mak suruh abang itu cepat-cepat carikan mak menantu? Anem pun teringin nak ada kakak ipar.”

Acuan kek aku letakkan ke tepi. Sekarang aku nak siapkan acuan coklat pula. Serbuk milo aku tuang ke dalam bekas dengan sukatan yang ditulis di dalam buku kecil.

“Kamu? Tak nak bagi mak menantu ke?” Mak ini, main tarik tali pula dengan aku.

“Anem bukan tak nak, mak. Tapi Anem masih..”

“Masih bujang, tak ada sesiapa nak dekat kamu. Anak dara mak ini tak laku-laku. Apa lagi alasan kamu?”

Auch! Yang ayat tak laku-laku itu menusuk ke dalam hati. Lagi-lagi bila mak sendiri yang kata macam itu.

Bukan tak laku, cuma orang masih tak nampak keberadaan aku selama ini. Boleh terima ke alasan aku kali ini?

“Anem, mak ada berkenan dekat sorang ini. Dia sama umur dengan abang kamu, abang kamu pun kenal dia.”

Disebabkan aku membelakangi mak saat ini, sempatlah aku menjulingkan mata ke atas. Nak lari ke mana pun tak boleh, memang mak akan sentiasa tanyakan soalan tentang kahwin bila nampak muka aku.

“Mak itu, semua anak orang mak kenal.”

Mak mencebikkan bibir. Matanya kembali bersinar bila aku melabuhkan punggung di depannya.

Ini bukan kerana aku berminat nak tahu siapa gerangan yang berjaya buat mak jatuh suka tapi sebab aku nak tuang acuan tadi ke dalam dulang.

“Segak orangnya, Anem. Kalau kamu jumpa dengan dia, mesti kamu pun suka.”

Amboi, cakap macam aku ini memang ada stail yang sama dengan mak pula. Kalau tengok abah, memang segak orangnya. Mak kata, dulu mak yang mengorat abah sampai abah suka dekat mak tapi aku bukan stail macam itu.

Aku serahkan semuanya kepada takdir. Kalau yang hensem datang, aku terima. Kalau tak hensem tapi berhati mulia, lagilah aku alu-alukan. Biar tak hensem, janji budiman. Giteww!

“Anak siapa? Biar Anem teka. Anak Cik Jas?”

Mak gelengkan kepala.

“Anak Cik Ida?”

Sekali lagi, jawapan salah.

Aku diam kejap, tengah perah otak untuk ingat semula semua nama kawan-kawan mak yang ada anak lelaki bujang. Boleh kata mereka semua kenal dengan mak aku sebab mak selalu ‘promote’ aku depan diorang.

Haih, malu pula bila fikir balik momen lama itu.

“Anak Uncle Raf?”

“Yes, pandai anak mak ini!”

Seriuslah? Anak Uncle Raf ada dua orang, kedua-duanya lelaki. Tapi aku cukup pasti orang yang mak suka sangat itu bukan si adik tapi si abang.

Akid Sulaiman.

Ugh, memang taklah aku nak setuju dengan pilihan mak. Ramai lagi lelaki dekat luar sana, Akid Sulaiman itu juga yang mak suka.

Dia bomohkan mak aku ke apa?

“Kalau Akid, tak apalah. Anem reject.”

Mak tampar bahu aku. “Kenapa pula nak reject? Kamu ingat kamu itu Siti Nurhaliza? Wani Hasrita? Kalau hebat macam diorang, bolehlah nak reject orang.”

Amboi mak kita ini. Depan-depan kutuk anak sendiri ya?

“Abang tu jauh lebih bagus dari Akid. Mak pun tahu benda itu kan?”

Haih, bukan nak puji tapi ini fakta. Fakta yang tak dapat diubah.

“Mak tengok sama saja dua-dua. Tak berkawanlah mereka itu kalau tak ada benda yang sama.”

Jari telunjuk digerakkan ke kiri dan kanan. No no no...

“Abang itu sweet, layan orang pun baik saja. Tak macam Akid, kerja nak marah orang. Dari dulu nak bertegas dengan orang, biar orang ikut cakap dia saja.”

Adunan di dalam mangkuk aku kacau dengan geram. Ha, biar siapa yang makan pun ikut geram macam aku sekarang ini. Stand mixer aku tekan sehingga kelajuan maksima.

“Itu dulu, Anem. Sekarang ini, dia dah berubah. Dengan mak, dia sembang elok saja. Kamu itu selalu cari pasal dengan dia.”

Eh, aku pula?

Aku tak pernah, okay. Tak pernah cari pasal dengan dia. Kalau dia datang ke rumah, aku cepat-cepat bersalaman dengan mak dia dan menyapa ayah dia. Lepas itu aku terus hilangkan diri samada ke dapur takpun ke bilik.

Sikit pun aku tak pandang dia. Aku tak tegur dia. Aku tak buat apa-apa yang mendatangkan kemarahan dia. Mana aci macam ini!

“Mak ini, belum apa-apa dah berpihak dengan dia. Lagilah buat Anem reject dia.”

“Ah, kamu ini mengada-ngada. Dah besar, takkan benda macam ini pun nak cemburu?”

Of course! Aku anggukkan kepala.
Aku tak suka kalau ada orang lain selain dari abang aku, tumpang kasih sayang mak aku. Kasih sayang mak aku hanya untuk aku dan abang aku saja. Orang lain tak dibenarkan.

“Dah, mak nak bersiap hantar kuih. Kek kamu itu bila nak siap?”

“Lepas satu jam, siap.”

Mak angguk kepala. “Jangan lupa kemas dapur.”

“Ya, mak. Anem tak pernah lupa nak kemas dapur kesayangan mak ini. Mak, Anem rasa mak tak payah ada cuculah. Anem belikan mak perkakas dapur yang baru, lawa-lawa. Mesti mak tak bosan dah.”

Dan-dan masa itu juga mak baling kain buruk dan kain itu tepat terkena muka aku.

“Tengkorak kamu! Mak nak cucu, mak nak menantu. Mak tak kira!”

Beranganlah mak. Anem tak mahu kahwin kalau orangnya adalah Akid Sulaiman. Anem rela hidup bujang, jaga mak dengan abah sampai tua daripada kahwin dengan dia.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now