-AKID's POV-
"Aku tahu kau dengar apa yang aku cakap. Aku cuma nak ingatkan kau, know your place."
Audio itu dia ulang beberapa kali. Perbualan antara Tasneem dan Sherry di dalam kereta semasa mereka pulang dari kampung. Rasanya mereka berbual masa Akid keluar dari kereta.
Tangan terus meraup muka. Ya Allah, apa aku dah buat ini?
"Sherry memang tak ada kena mengena dalam hal ini. Kenapa awak selalu sangat cari masalah dengan dia?"
Terbayang muka Tasneem apabila dia kata macam itu kepada isterinya. Patutlah Tasneem tak suka bila Sherry ada dekat dengan Akid. Dia sangka Tasneem tak suka dengan Sherry kerana kes lama di rumah Paklong dulu.
Akid sendiri tak tahu yang Sherry buat semua ini. Dia termenung di kerusi, video yang masih dalam mod pause itu dia tatap. Tangan Sherry menolak isterinya jatuh dari belakang membuatkan hati dia rasa sakit.
Tak sangka orang yang dia percaya dan anggap sebagai keluarga sendiri sanggup buat isterinya menanggung sakit. Semasa mereka di kampung Tok Ma dulu, Tasneem hampir bagitahu siapa yang menolaknya tapi dia cepat-cepat larikan diri.
"Mungkin dia tahu aku tak akan percaya dengan apa yang dia cakap. Sebab itu dia tak nak bagitahu aku? Argh, damn it!" Akid menampar meja kerjanya.
Ketukan pintu dari luar menyedarkan Akid dari belenggu masalah. Dia berdehem sebagai isyarat membenarkan pekerjanya masuk ke dalam. Kepala Tariq terjegul dari luar. Apabila mata mereka bertembung, Tariq hanya lemparkan sengihan.
Dokumen yang memerlukan pengesahan dari Akid diserahkan kepada Akid dan Tariq berdiri menunggu dokumen itu disemak.
"Anem ada dekat bilik dia?"
"Tak ada, bos. Hari ini dia jumpa dengan client dekat luar."
Akid mengeluh. Seharian mereka berada di tempat yang sama tapi Tasneem seolah-olah jauh daripada dia. Langsung tak menegur, tak melihat dia walaupun dia ada di depan mata Tasneem.
Benci ke dia?
Tariq yang melihat hanya mampu mendiamkan diri. Dalam ofis ini, hampir semua staf tahu tentang pergaduhan Akid dan Tasneem tapi masing-masing kunci mulut. Tak ada yang salahkan bos mereka atau Tasneem, semua kutukan dapat dekat Sherry.
Yalah, dia itu tak tahu malu. Perlu ke hantar gambar itu kepada semua orang untuk malukan mereka berdua? Entah apa-apa perangai Sherry itu, buat malu saja ada orang macam dia dalam keturunan sendiri.
"Bos, saya dah boleh ambil balik ke dokumen itu?"
Akid serahkan semula dokumen yang dia dah sahkan. Lepas saja Tariq pergi, Akid tengok semula video Sherry menolak Tasneem jatuh dari meja. Dia tak boleh berlembut hati lagi dengan Sherry.
Dia perlu sedarkan Sherry di mana tempat dia yang sebenar. Akid tak buta lagi apabila Sherry selalu berkepit dengan dia tak kira masa. Bodohlah dia sebagai lelaki kalau tak faham bahasa badan Sherry.
Kalau dah asyik menggoda dia, takkan dia nak kata Sherry saja-saja buat macam itu?
Telefon yang bergetar di atas meja Akid ambil. Nama Haris tertera di skrin telefon membuatkan kening dia tertaut. Kenapa tiba-tiba saja Haris telefon?
"Helo."
"Weh, aku dah cuba pujuk si Anem tu tapi kau tahu-tahu jelah dia itu macam mana. Keras kepala, tak nak dengar pesan abang dia. Aku tak tahu nak pakai modal apa lagi untuk nasihatkan adik aku itu." Haris bercakap dengan satu nafas.
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
Storie d'amoreNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...