Bab 12

1.7K 120 1
                                    

Tak ada mood. Hari ini aku datang ke pejabat dan terus disapa dengan berita kurang enak. Tariq beria-ria mencari aku semata-mata nak bagitahu tentang gosip yang dia dengar dari orang di HQ.

"Kau tahu tak, bos kita itu dah nak kahwin!"

"Kahwin?!"

Hah, ternaik suara aku sampai satu ofis boleh dengar. Runsing dibuatnya kalau mereka tahu siapa orang yang akan berkahwin dengan Akid itu.

Siapa lagi kalau bukan aku?

"Mana kau tahu ini, Tariq? Entah-entah gosip palsu."

"Helo, tengok orang lah! Aku dapat tahu pasal benda ini dari Kak Mastura. Dia kan PA abang kau. Dia kata abang kau yang bagitahu."

Hergh. Abang ini kan mulut tak pandai tekan brek langsung.

"Dah itu, siapa bakal isteri dia?"

Saja aku tanya, takut juga kalau si Tariq tahu kawan satu pejabat dia ini yang akan kahwin dengan bos sendiri.

"Yang itu, aku tak tahu."

Fuhh, lega! Tak payah tahu pun tak apa. Lagi bagus kalau Tariq tak tahu dan tak ambil tahu dah pasal benda ini.

"Aku syak, dia kahwin dengan perempuan yang selalu datang ofis kita tu. Siapa nama dia? Kau ingat tak?"

"Sherry?"

"Haa, Sherry! Aku memang tak suka dengan Akid itu tapi sebagai lelaki, kalau betul dia kahwin dengan Sherry, hancurlah hidup dia."

Aku ketawa. Tariq inikan, mulut sama macam aku. Jenis tak ada brek dan tak makan saman. Ceh, mengaku pula kau kan, Anem?

"Hah, buat apa berdua ini?" Kamal menegur.

Dia dan Amy baru saja balik dari berjumpa dengan klien di Serdang. Itu yang masuk pejabat half day.

"Eloklah korang pun ada. Aku nak bagitahu gosip baru ini. Bos kita itu dah nak.."

"Kahwin?" Amy potong cakap Tariq.

"Mana kau tahu ini?"

"Nama pun bos kan? Gosip pasal dia itu dah tersebar satu syarikat. Semua branches tahu pasal benda ini."

Erk. Kenapa aku rasa tak sedap hati bila dengar mereka bercerita macam ini? Diorang dah tahu ke siapa bakal isteri Akid?

"Anem? Kau okay tak?"

"Okay. Kenapa?"

Hah, engkau. Okaylah sangat padahal hati ini tengah berdegup kencang. Aku tengok muka diorang bertiga macam diorang tahu siapa sebenarnya bakal isteri Akid tapi depan aku, diorang berpura-pura tak tahu.

Atau sebab aku sembunyikan benda ini dari diorang? Sebab itu aku rasa macam diorang tahu sedangkan diorang tak tahu pun pasal benda ini.

"Dulu masa awal-awal dia panggil aku dengan Amy masuk bilik dia, kau tahu tak dia kata apa?"

Aku dan Tariq terus tumpukan perhatian. Dah lama kami tunggu Amy atau Kamal buka mulut tentang cerita di balik bilik Akid dulu. Bukan main menangis lagi Amy keluar dari ofis itu sambil dikejar Kamal.

"Dia bagi tempoh tiga bulan dekat kitorang untuk cepat-cepat kahwin. Dia kata dia tak nak bersubahat dalam diam bila dapat tahu ada yang tengah bercinta secara haram dalam ofis."

Err... pelik-peliklah si Akid ini.

Kot ya pun nak mencegah benda yang tak elok, bukan dengan cara macam itu kot. Ada banyak lagi cara lain. Lagipun kebanyakan staf di ofis ini dah kahwin, tinggal beberapa orang saja yang masih bujang.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now