Bab 14

1.7K 128 3
                                    

Splashhh!

Masing-masing terkaku di depan kami berdua. Aku pandang Sherry dan dia juga turut pandang aku. Cuma yang membezakan pandangan kami berdua adalah dia terkejut manakala aku pula tersenyum sinis.

Puas hati aku bila dapat simbah air tepat di muka dia. Rasakan tamparan air dari Nur Tasneem.

"Akid, you tengok apa yang dia buat dekat I?!" Sherry menjerit kuat.

Padan muka. Lain kali, jangan nak mencabar aku sangat.

Malas nak cerita panjang-panjang, Sherry datang menerpa ke meja kami berdua hanya untuk memberontak tentang status aku sebagai orang yang pernah tolak Akid dulu.

Ugh, drama.

Lepas itu Sherry beria-ria nak brainwash Akid. Dia kata aku ini tak sesuai dengan Akid. Dia lagi sesuai kerana dia yang sentiasa ada dengan Akid sejak dulu. Duh.

Apa yang buat aku panas hati adalah dia tuduh aku. Tuduhan pula tak berasas. Ada ke patut dia kata aku nak kahwin dengan Akid kerana duit semata-mata. Helo!

Girl, my dad has a company.

Setakat duit Akid itu, aku tak hamak pun.

Akid dah berulang kali minta dia diam, jangan kata benda bukan-bukan depan orang. Bukan dia saja yang malu, Akid juga terpalit sama. Masa itu juga si gedik ini ambil kesempatan.

"Akid is mine and forever mine!"

Badan Akid dia peluk dengan erat. Dah tak kisah pasal halal haram, pasal malu dan maruah diri sendiri.

Jadi aku sebagai orang yang baik hati dengan sukarelanya menyimbah air sirap tepat ke muka Sherry. Biar dia sedar sikit lepas terkena air sirap sejuk ini. Mana tahu otak boleh berfungsi.

"Akid, bawa Tasneem balik. Pasal Sherry ini, biar Paklong yang selesaikan."

Tanpa kata, Akid pamitkan diri. Aku sempat bersalaman dengan Farhana dan Maklong Ani. Kalau saja Aunty Yati ada, mesti dia malu gila dengan Sherry.

Haih, dah besar pun perangai macam budak-budak.

Gedik itu tak dibuat-buat.

Di dalam kereta, aku tak bercakap langsung. Otak aku tengah berperang dengan hati sendiri. Kata-kata Sherry itu buat aku rasa tercabar.

Akid is mine and forever mine.

Jadah dialah!

Entah apa-apa. Geram aku dengan perempuan itu.

"Honey, kenapa diam ini? Awak okay tak?"

"No, saya tak okay. Jangan kacau saya. Saya tengah berperang sekarang ini."

Akid ketawa perlahan. Apa yang kelakar? Aku tengah marah ini, dia ingat kelakar ke?

"Betullah orang kata, perempuan bila tengah marah ini comel."

Aku jeling geram. Dan-dan nak puji aku comel bagai. Jangan kacau konsentrasi aku sekarang ini boleh?

Apa aku nak buat sekarang?

Macam mana aku nak jauhkan Akid daripada Sherry? Dia itu bukan boleh, pantang nampak Akid mesti dipeluk. Akid, peluk. Sulaiman, peluk. Akid Sulaiman, double peluk.

Hergh. Tak boleh jadi ini.

Ayat Sherry masih segar dan dari tadi diulang dengar dalam kepala. Kenapa aku rasa sangat tercabar dengan apa yang dia kata? Pandangan dia semasa kata ayat itu lagilah buat aku bertambah sakit hati.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now