Bab 7

1.6K 118 1
                                    

Hari ini menjadi hari paling malang buat aku sepanjang aku hidup sebagai Nur Tasneem. Tak tahulah dekat mana yang salah tapi sekarang aku kena menghadap abang aku.

Menghadap dia bermaksud aku ada buat benda yang dia tak suka. Mood dia dah lama ke laut, tak mahu bercakap dengan aku. Sejak dia panggil aku selepas mesyuarat tadi, dia diam saja.

Aku nak tanya tapi takut tersalah soalan, dia pula marah. Haih..

Masalahnya aku tak tahan bila dilayan dingin macam ini. Sumpah, aku tak suka berada dalam keadaan tegang dan tertekan. Bukan stail aku.

"So sekarang macam mana?"

Akhirnya, bersuara juga abang aku ini.

"Macam mana apa? Anem tak tahu abang cuba cakap apa sebenarnya."

Haris mengeluh. Mukanya nampak serabut.

"Boleh tak Anem jujur dengan abang?"

Jujur dengan dia? Selama ini aku tak tipu dia pun. Ada lah sekali dua menipu tapi benda dah lepas. Takkan dia nak mengungkit pasal benda lepas kot?

Angguk sajalah. Aku masih tak tahu apa sebenarnya perkara yang buat abang aku marah sangat dengan aku.

"Betul ke Anem sambung belajar? Dekat UKM?"

Alamak, dia dah tahu pula! Spontan tangan aku menekup mulut yang sedikit ternganga. Konon-konon nak cover muka terkejut tapi abang aku lebih cepat tangkap apa yang aku cuba buat.

"Anem..." Dia mengeluh.

"Kenapa tak bagitahu abang benda ini? Anem suka ke bila abang dapat tahu benda ini daripada orang lain?"

Orang lain? Siapa?

"Siapa? Takkan Anisa bagitahu abang?"

Mustahil Anisa. Aku gelengkan kepala sendirian.

Dia baru saja pindah ke cawangan HQ di Damansara, takkan secepat ini gosip tersebar. Anisa bukannya mulut berlubang, kalau diminta simpan rahsia, dia akan simpan baik-baik.

"Oh, Anisa tahu pasal benda ini? Dia tahu tapi abang tak tahu? Kiranya Anisa itu lagi tinggi darjatnya dari abang? Macam itu?"

Halah... halah... Mula dah!

"Mana ada. Abang tetap nombor tiga lepas mak dan abah. Anisa nombor empat. Jangan risau, tak tergugat pun kedudukan abang dalam hati Anem." Aku pujuk.

Haris buat muka whatever, I don't care.

Ceh, tak kisah konon. Pantang Anisa itu lebih sikit dengan aku, mesti dia nak merajuk. Dengan Anisa pun dia nak berkira.

"Macam mana abang tahu pasal benda ini?"

"Encik Hisham. Pagi tadi abang ada appoinment dengan dia. Dia yang bagitahu abang, kau belajar dekat UKM."

Encik Hisham? Kawan rapat Abah itu ke?

Aduh, makin rumit jadinya kalau kawan abah tahu. Mesti sekejap saja rahsia aku akan terbongkar. Minta-mintalah Encik Hisham tak jumpa dengan abah dua minggu ke depan.

Aku dah kena buat strategi dan ayat skema untuk dikatakan depan mak dan abah ini. Aku pandang Haris, laju dia toleh ke arah lain.

"Abang, tolonglah Anem. Please..." Aku buat muka sedih tapi tak berkesan.

"Pandai-pandai Anem lah selesaikan masalah sendiri. Jangan nak libatkan abang ya? Abang tak nak bersubahat dengan Anem dah."

Aku mengetap bibir. Eee, menyampah ada abang macam dia. Langsung tak nak tolong adik sendiri.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now