Bab 18

1.8K 107 0
                                    

Selepas seminggu tak masuk pejabat, meja aku penuh dengan fail-fail yang perlu disemak sebelum diserahkan kepada MIC. Macam mana banyaknya kerja di atas meja aku, banyak lagi di meja Akid.

Ting!

Aku mencapai telefon di tepi komputer.

Lunch nanti, makan sama-sama.

Ibu jari aku gigit perlahan. Takkan nak lunch sekali dengan Akid? Nanti kalau budak ofis nampak macam mana?

Semalam kan dah deal, tak nak ada interaction more than just boss and staff. Lain kali okay?

Ya, malam semalam aku dah berterus-terang dengan Akid tentang semua benda termasuklah tentang pelajaran aku. Hilang satu bebanan bila Akid kata dia tak kisah pun kalau aku sambung belajar.

Selagi mampu, buatlah. Kalau tak mampu, berhenti saja. Dia ada dan dia boleh tanggung hidup aku sampai aku kena pakai gigi palsu di hari tua.

Ceh, kurang asam. Nak juga dia sebut tentang masa nanti kalau aku dah tua.

Ting!

I don't need your answer, honey.

Ewah. Ewah.

Takde. Takde. Harini saya lunch dengan Am-

"Anem! Ya Allah, baru sekarang kau nak muncul." Tariq menyergah aku dari belakang. Kelam-kabut aku tutup telefon.

"Kau pergi mana? Kenapa aku call, tak angkat?"

"Aku ada hal sikit."

"Hal? Sejak bila kau sibuk macam bapa singa itu?"

Tariq muncungkan mulut ke arah bilik Akid. Aku pun ikut memandang sebelum kami berdua alihkan pandangan ke arah lain ketika Akid berpusing pandang ke arah kami.

Ish, bahaya betul. Laki aku ini ada sixth sense ke apa?

"Dia keluar, Anem. Habislah kita."

Tariq cepat-cepat berdiri di hujung meja aku apabila Akid masuk. Muka dia monyok saja, tak ada senyuman. Cakap apa pun tidak, elok saja dia berdiri di tepi pintu bilik aku.

"Err, ada apa-apa ke Encik Akid?"

"Tariq, nanti lunch dengan saya."

"Hah?"

Masing-masing blur. Soalan aku dibiarkan macam itu saja. Mata dia mencerlung pandang Tariq sebelum dia keluar dari bilik aku.

"Weh, apesal bos tiba-tiba nak lunch dengan aku?"

"Mana aku nak tahu. Kau ada buat salah ke?"

"Anem, kalau aku buat salah, mestilah dia dah menyeringa dekat aku tadi. Buat salah, boleh pula melilau sana-sini."

Erm, ada betul juga apa yang Tariq kata.

Sudahnya aku jongketkan bahu saja. Aku tak tahu tujuan sebenar Akid mengajak Tariq keluar makan bersama tapi baguslah itu. Sekurang-kurangnya dia ada peneman nak makan nanti.

Aku pula dah berjanji dengan Amy, nak temankan dia makan dekat warung baru di seberang jalan.

-------------

Kedai Nasi Ayam Sedap Gila.

Nasi ayam yang dijual dekat sini memang sedap tapi yang gilanya sekarang adalah aku. Mana aku tak naik gila kalau Akid turut serta makan di sini. Aku jeling Tariq di depan aku.

Dia hanya tayang muka bersalah saja. Dari tadi mulut lelaki itu berhenti ucapkan kata maaf. Sorry, sorry... pergi naik lori lah!

Kalau Akid join saja, tak apa. Aku tak kisah. Tapi dia siap suruh Amy duduk di tempat lain kerana dia nak duduk di sebelah aku. Nampak tak? Kekoklah jadinya.

Alasan yang dia bagi adalah senang nak bincang soal kerja. Heh, banyaklah soal kerja. Dia tak tahu ke, kalau tengah makan, jangan bincang benda lain? Tak elok, membantutkan selera orang.

Dia saja yang suka sembang pasal kerja di meja makan.

Ayam di atas pinggan aku cucuk pakai garfu dengan geram. Lagi kita suruh menjauh, lagi dia sibuk datang dekat.

Semua yang memerhati hanya diam, tak kata apa-apa. Siapa berani tegur aku masa marah? Anisa dan abang aku saja yang berani.

Kalau ayam ini Akid, dah lama aku sembelih dia. Aku kerat empat belas!

Eee, geramnya!

"Are you okay, honey?" Akid tanya dengan nada berbisik.

Ohok. Ohok.

Akid Sulaiman!

Amy berikan air kosong kepada aku walaupun dia tak tahu punca sebenar aku tersedak tiba-tiba.

Dari bawah meja, aku mencubit pehanya. Dia ini kan sengaja nak bagi aku duduk macam cacing kepanasan ke?

"Bos, kenapa dengan dahi itu? Terhantuk dekat mana-mana ke?"

Serentak itu aku memandang dahi Akid yang bertampal dengan plaster. Akid gelengkan kepala.

"Takde apa. Kena belasah dengan nenek mana entah."

"Nenek?" Terkeluar suara aku.

Semua pandang aku. Perlahan-lahan aku tundukkan kepala. Adeh, kau inikan Anem! Tak pandai cover langsung.

"Kau dah kenapa, Anem?" Amy mencuit siku aku.

Aku buat-buat tak tahu apa-apa padahal aku tahu nenek yang Akid maksudkan itu siapa. Siapa lagi kalau bukan aku.

"Aku terkejut, tak sangka bos kita ada nenek. Mesti nenek dia menyesal ada cucu mulut puaka macam bos kan?" Aku perli.

Tariq pandang Amy, Amy pandang pelanggan meja sebelah. Macam ini korang layan aku kan? Mentang-mentang bos ada depan mata, dan-dan jadi pekerja baik, tak gosip pasal bos.

Akid letakkan tisu ke dalam pinggan kemudian dia tersenyum lebar.

"Saya rasa isteri saya mesti tak menyesal ada suami macam saya. Kan, Tasneem?"

Mata aku terbeliak. Apa ini?!

Aku terus pandang tempat lain. Main kotor nampak.

"Isteri? Bos dah kahwin ke?"

Tariq terus tanya. Akid pandang aku dengan senyuman mengejek sebelum dia gelengkan kepala.

"Kusss, semangat! Saya ingatkan bos dah kahwin sebab hari itu ada terdengar cerita bos akan kahwin."

"I can't get married. Twice."

Ayat terakhir dia berbisik perlahan, lebih kepada nak kata dekat aku. Ceh, konon aje tu. Cuba kalau aku bagi, hari ini juga aku dapat madu. Bukan satu tapi tiga madu terus.

Duit kan banyak, berkepuk-kepuk. Boleh buat jadi bantal busuk. Kahwinlah sampai cukup kuota. Panas pula hati kita ini.

Aku buat muka sememeh.

"Amy, kau dah habis makan ke? Kalau dah, jom balik. Lama-lama dekat sini, berbahang pula aku rasa."

"Aik, lajunya nak balik? Duduklah dulu, Anem. Kau tak pekena lagi Nescafe tarik kan?"

"Ah, malas. Nescafe tu takkan lari kemana tapi kerja kalau tak siapkan, nanti ada pak beruang itu nak makan orang."

Aku kerling ke arah Akid. Tenang saja dia hirup air teh o. Dia tak tahu ke aku tengah perli dia habis-habisan sekarang?

Hergh, asal datang mood bos dia, terus jadi menyakitkan hati.

Ikut awaklah, Akid.

Daripada aku terus-terusan sakit hati, ada baiknya aku balik ke pejabat dan siapkan semua kerja aku. Tak adalah bertambah kusut kepala.

"Amy, nak ikut ke tak?"

"Ha, jom. Aku dah habis makan dah."

Aku terus memegang tangan Amy danbergerak keluar. Makan pun tak berbayar. Biar Akid yang bayar sebab dia danTariq yang pandai-pandai menyibuk makan sekali dengan kami. 

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now