Bab 26

2.8K 124 1
                                    

Tepat pukul sembilan malam, aku sampai ke rumah. Kali ini bukan rumah Anisa, bukan juga rumah keluarga aku tapi rumah aku dan Akid. Aku dah tak mahu larikan diri dari masalah antara aku dan dia.

Makin lama dibiarkan, makin sesak nafas ini. Rasa tak tenang menusuk hati aku setiap kali aku terfikirkan dia.

Walaupun aku nampak dia dekat ofis atau dekat HQ, aku berlagak macam orang profesional. Padahal masuk saja ke bilik pejabat, aku menjerit bagai nak rak sebab mengelak dari Akid.

Gatal sangat nak buat-buat tak tahu dengan suami sendiri, last-last aku juga yang jadi cacing kepanasan seorang diri.

Selesai bersihkan diri, aku turun semula ke ruang bawah dan meninjau kawasan dapur. Bersih dan kemas dapurnya macam tak diusik langsung. Aku mencari makanan segera yang aku beli dua minggu lepas.

Buka saja kabinet atas, ternganga mulut aku bila aku tengok ruang itu kosong. Satu apa pun tak ada dalam itu. Takkan Akid habiskan semua sekali? Dia tak masak ke duduk sorang-sorang?

Aku buka peti ais. Nah, bersepah habis isi dalam peti. Botol air diletakkan dekat tempat lain, telur pun tinggal dua biji saja. Ayam elok saja tak terusik di bahagian atas. Sah dah Akid memang tak masak sepanjang aku tak ada dekat rumah.

Haih, dia makan apa agaknya masa aku tak ada. Mesti rajin beli makanan dekat kedai janda dua anak itu.

Sementara tunggu Akid balik untuk buat sesi maaf-bermaafan edisi sebelum Syawal tiba, aku kemas dulu apa yang patut. Baju kerjanya aku basuh walaupun dah lewat malam.

Apa nak dirisaukan kalau mesin basuh pun dah siap dengan pengering. Heh, senang aje kerja aku dibuatnya.

Aku rebahkan badan ke atas sofa selepas berhempas pulas kemaskan satu rumah sendirian. Lepas ini kalau bergaduh atau salah faham lagi, aku nak suruh dia yang duduk dekat luar. Tak boleh biarkan dia duduk dekat rumah sendiri macam ini.

Serupa tongkang pecah. Ini baru di ruang bawah.

Kalau dekat dalam bilik, kemeja dia campak saja atas katil. Kertas kerja dia pun berselerak atas meja. Haih, Akid… Akid…

Jam yang ada tergantung di dinding aku pandang. Dah pukul dua belas malam tapi Akid masih tak balik lagi ke rumah. Sibuk sangat ke dia?

Nak call tapi nanti takut dia tak angkat pula. Lagipun dia tak tahu yang aku dah balik ke rumah hari ini. Sengaja nak bagi dia terkejut tengok isteri ada dekat rumah.

Daripada sepuluh minit menunggu bertukar kepada satu jam. Aku dah mula mengantuk, menguap tak henti sejak tadi. Hari ini aku banyak buat kerja di luar pejabat. Ke sana sini dengan Tariq mencari venue yang sesuai untuk program baru.

Assignment yang pensyarah bagi secara online pun aku siapkan di saat akhir sebab terlupa. Nasib baik Anisa sebut pasal assignment anak saudaranya yang belajar di politeknik. Kalau tak… habis markah aku.

Masuk dua jam aku tunggu, aku dah tak boleh tahan kelopak mata yang kian berat. Aku rebahkan badan ke atas katil dan terus tidur. Nanti waktu sahurlah aku minta maaf dengan dia sebab abaikan dia.

Mata ini tak boleh tahan rasa mengantuk yang datang. Aku betul-betul perlukan rehat sekarang ini.

----------------

Bunyi dari alarm phone membuatkan aku terjaga. Entah kenapa terasa berat badan ini. Nak bergerak atau berpusing pun susah. Aku meregangkan badan tapi pergerakan aku terbatas. Aduhai, kenapa dengan aku ini?

Skrin telefon aku buka selepas alarm ditutup. Tepat pukul empat pagi. Aku meraba bahagian perut untuk buka selimut yang berbelit di bahagian bawah tapi bila aku sentuh, terus terbeliak mata aku.

Ini bukan kain selimut. Bantal peluk panjang itu pun bukan.
Ini tangan manusia!

Perlahan-lahan aku melihat ke sisi. Akid Sulaiman is back.

Fuh, Anem. Tarik nafas, hembus. Tarik sekali lagi, hembus.

Dengan berhati-hati, aku cuba angkat tangan dia yang elok saja memeluk badan aku. Bila dia menepis tangan aku, aku terus jadi keras macam batu.

Kenapa aku tak sedar yang dia dah balik? Tak, itu bukan soalan yang patut aku tanya. Tapi… kenapa aku boleh tidur mati sampai tak sedar yang dia peluk aku sedangkan selama ini aku senang terjaga bila ada yang menyentuh aku?

Kau inikan, Anem.

Sekali lagi aku mencuba nasib. Kali ini aku akan buat dengan cepat. Aku angkat tangan dia dan aku akan bergolek ke tepi. Jatuh pun tak apalah, janji aku terlepas dari pelukan dia.
Kalau dibiarkan, tak sahurlah kami berdua.

Satu. Dua. Tiga!

Gedebuk! Aku merengang kesakitan. Bahagian pinggul aku gosok tanpa suara, sakitnya jatuh katil.

Honey?” Suara serak basah Akid memanggil.

“Y.. ya?” Aku jawab dari lantai.

“Awak buat apa dekat bawah katil itu?” Akid bertanya sambil menenyeh mata.

Aku hanya tersengih paksa sebelum aku berdiri dan terus keluar ke dapur. Malu pula bila Akid menegur aku walaupun dia masih mamai. Dari cermin di dapur, aku belek muka sendiri. Merah macam kulit tomato.

“Bilik tadi pasang aircond, Anem. Kau jangan nak buat muka malu kau depan Akid. Nanti ada yang kena sakat sampai Subuh.” Aku tampar lembut pipi sendiri sebelum mula memasak juadah bersahur.

Selesai memasak nasi goreng untuk sahur, baru kaki melangkah setapak ke tangga, Akid dah turun dulu. Dengan rambut yang kusut masai, dia mendekati aku. Cepat-cepat aku larikan diri ke dapur.

Ish, seganlah pula bila dia ada depan mata. Semalam bukan main banyak idea kau nak cakap depan dia. Bila orangnya dah ada depan mata, boleh pula kau lupa apa yang kau nak cakap kan?

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now