Bab 22

2.1K 117 5
                                    

Bulan puasa ini banyak siaran Astro yang ulang tayang drama lama-lama dulu. Seronoknya rasa bila dapat tengok muka Abang Zul kita dekat tv. Terasa segar biji mata bila melihat muka muda Zul Ariffin semasa berlakon dalam drama Maid dengan Ayda Jebat.

Walaupun drama hanya berdurasi selama tiga puluh minit, aku tak pernah terlepas peluang daripada menonton drama itu. Nak pula Tok Ma pun layan drama Melayu zaman sekarang, lagilah aku seronok.

"Haris inikan Tok Ma tengok, segak tapi tak pandai sebut kata dia sayang. Betul tak, Anem?"

Kepala aku angguk, setuju dengan apa Tok Ma kata. Aku faham perasaan Noorul bila dilayan macam nak tak nak saja tapi aku suka bila tengok cara Haris caring dalam diam. Barulah sweet!

Aku gelak gedik di sebelah Tok Ma bila ada adegan yang romantik ditayang. Memang tak habislah minat aku dekat Zul Ariffin ini. Semua watak dia boleh bawa lagi-lagi watak romantik yang jenis selamba.

Memang stail aku!

Shukri Yahya pun pelakon kegemaran aku juga tapi tak setanding dengan Abang Zul saya. Wah, panggil abang eh? Hahaha.

"Anem, jom masuk bilik. Saya mengantuk la." Akid memanggil.

"Ala, kejap lagi boleh? Drama tak habis lagi." Aku usap tangan kekar Akid sebagai tanda pujuk.

Pujuk apanya? Pujuk ke kalau mata aku masih tertancap elok di televisyen?

Akid melabuhkan punggung di sofa bujang. Dia pandang saja aku dan Tok Ma berkali-kali tapi kami berdua khusyuk melihat ciptaan Tuhan di dalam tv.

"Anem..."

"Mm?"

"Esok saya nak drive. Jomlah masuk tidur." Akid mengajak lagi.

Aku gelengkan kepala. Mana boleh terlepas sepuluh minit drama Maid ini, nanti tak feel.

"Awak nak tidur, awak masuklah dulu. Nanti dah habis drama abang Zul, saya masuk okay?"

Muka terkejut Akid dipandang sekilas sebelum mata beralih ke kaca tv. Akid terus berdiri tegak, siap dengan cekak pinggang lagi.

"Tok, dengar tak apa yang Anem kata?"

"Apa dia? Kamu ini sibuklah, Akid. Duduk jauh sikit. Tok nak tengok Haris ini."

Aku dah senyum kembang hidung. Padan muka kena marah dengan Tok. Ingat Tok Ma nak berpihak dengan dia ke? Tok Ma dah join geng aku terlebih dahulu ya.

"Kalau tak ikut cakap suami, berdosa."

Aaa, dia mula dah. Aku jeling manja ke arah Akid sebelum mengangkat jari telunjuk dan buat muka bajet comel di depannya. Manalah tahu Akid akan tergoda dan berlembut hati dengan aku.

"Satu episod je, dah nak habis dah ni. Nanti saya dah tak boleh tengok Abang Zul lagi."

"Abang Zul?" Ternaik suara Akid apabila menyebut nama Zul Ariffin. Aku tayang muka blur, kenapa aku ada salah cakap ke?

Aku ada sebut nama lelaki lain selain Zul Ariffin ke? Kenapa tiba-tiba dia nak naik angin pula bila sebut pasal Zul Ariffin ini?

"Nur Tasneem, enough. Jom masuk bilik. Tidur, esok nak balik awal kan?"

"Alaa, kejaplah. Nak tengok sikit lagi, please..." Aku buat mata bulat macam Puss in the Boots tapi tak dilayan.

"Anem, last call." Serius saja nada suara suami aku tapi aku buat tak endah. Lagi seronok aku tengok Zul Ariffin di televisyen. Tengah part yang seronok, tiba-tiba skrin televisyen menjadi hitam.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now