"Kak Lia. Oh, Kak Lia."
"Ya, kejap!"
Kuih puteri ayu disusun cantik-cantik sebelum Kak Lia, jiran rumah sebelah datang mendekati. Pinggan bertukar tangan.
"Wah, kuih puteri ayu! Anem ini tahu-tahu aje akak mengidam makan kuih kan? Terima kasih." Kak Lia ketawa senang.
Gembira agaknya kerana apa yang diidamkan dah terbentang depan mata. Aku pun ikut ketawa.
"Sama-sama. Anem ada buat lebih kuih ini, memang niat nak bagi dekat akak sikit. Akak buat apa aje dekat rumah?"
"Macam biasalah, Anem. Masak, kemas rumah. Kerja rutin isteri kalau duduk rumah."
Kepala dianggukkan. Faham sangat dengan apa yang Kak Lia katakan. Mak dulu pun selalu nasihatkan sepupu perempuan aku yang mana sarat mengandung untuk duduk rumah saja.
Tengok Kak Lia pun makin sarat. Perut dah nampak macam jatuh ke bawah.
"Akak, Anem nak tanya sikit boleh?"
Soalan ini dari pagi tadi bermain di fikiran aku. Aku fikir kalau aku sibukkan diri dengan buat kuih dan kek, dapatlah aku lupakan soalan ini tapi nampak saja muka Kak Lia, terus soalan itu datang menyinggah semula.
"Soalan ini macam berat sikit. Anem tak paksa akak jawab pun, cuma nak tanya pendapat Kak Lia."
Kak Lia menjemput aku duduk di laman belakang rumahnya. Pintu kami bersambung antara dinding rumah. Jadi senang untuk aku masuk ke laman rumah Kak Lia.
"Apa dia itu?"
"Hm.. Anem nak tanya, macam mana akak letakkan kepercayaan dekat suami akak untuk bimbing akak sampai tua?"
Kak Lia terdiam seketika. Matanya tak berkelip pandang aku.
Err. Soalan aku itu terlampau berat atau Kak Lia terkejut tengok aku dalam mod serius? Yalah, aku selalu tayang mod ceria aku saja bila ada dengan Kak Lia.
"Akak dengar apa yang hati akak kata."
Apa yang hati kata. Hm, susahnya. Hati aku tak kata pun suka dekat Akid tapi hati juga tak kata benci dekat Akid. Mana satu ini?
"Kenapa Anem tanya? Bos Anem melamar Anem ke?"
Erk. Aku dah expose kan diri sendiri ke? Laju aku menggelengkan kepala.
"Bukan. Anem saja tanya, hehehe..."
Kak Lia senyum.
"Banyakkan buat solat isthikarah. Solat sunat itu bukan buat sekali tapi berkali-kali sampai Anem dapat jawapan yang Anem mahukan. Perkahwinan ini bukan benda remeh macam main pondok-pondok."
Aku mengangguk-angguk dengan muka sedih.
"Dulu suami akak pernah tanya dekat akak. Tentang hati manusia. Anem tahu tak, hati kita ini sebenarnya ada tiga jenis."
Tiga jenis? Mak aih, banyaknya.
Setahu aku, aku ada satu hati saja.
Terus aku tegakkan badan, nak dengar lebih lanjut pasal jenis hati ini.
"Pertama, hati yang kita tak patut suka tapi kita suka."
Okay, faham. Contohnya macam aku suka dekat Zul Ariffin sedangkan aku tak sepatutnya suka dia sebab aku tahu dia takkan jadi milik aku.
"Kedua, hati yang kita sepatutnya suka tapi kita tak suka."
Yang ini... pass. Aku tak ada contoh yang sesuai.
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...