“Anem, kau buat apa dekat dapur ini?” Haris menegur.
Lagi mahu tanya? Aku jeling tak puas hati dekat Haris.
Dia mesti dah tahu tetamu abah siapa. Aku saja yang tak tahu dan mak juga sengaja tak bagitahu sebab tak nak aku larikan diri.
Selalunya kalau keluarga Uncle Raf datang, aku akan buat alasan. Nak jumpa dengan Anisa lah, nak buat kerja lah. Sekarang dah tak sambung belajar, nak bagi alasan ada assignment pun dah tak valid.
Kalau Uncle Raf dan Aunty Yati saja tak apa, ini sekali dengan anak-anak mereka hadir ke rumah. Boleh pula aku yang pergi sambut kedatangan mereka dan orang pertama yang aku nampak adalah Akid Sulaiman.
Tiba-tiba dia yang selalu berdiri di belakang berada di depan. Manalah aku tak terkejut. Terus aku lari lintang pukang ke dapur.
Haris mencuit pucuk hidung aku. “Tak payah risaulah, dia bukannya nak makan kau pun.”
“Tak makan orang tapi mata itu, tak pernah nak pandang orang elok-elok. Kerja nak tenung orang macam dia itu ada laser.”
Haris tergelak. Aku tak buat kelakar pun sekarang ini.
Apa yang aku cakapkan itu memang dari hati aku yang tengah sebal dengan Akid. Akid dengan abang aku memang ngam, macam kuku dengan isi.
Tapi aku tak suka cara dia pandang aku. Ditenungnya aku macam aku ada buat salah besar dengan dia padahal aku tak pernah buat apa-apa pun.
“Haris, Anem. Laa, kamu berdua buat apa dekat sini? Uncle Raf cari dekat depan itu.”
“Uncle cari Haris ke cari Anem, mak?” Haris tanya.
“Cari kamulah, takkan dia nak cari Anem. Kalau dia cari pun, belum tentu adik kamu ni nak tunjuk muka dekat dia.” Mak perli.
Abang aku dah gelak mengekek, seronok aku kena perli berdas-das dengan mak. Eee, sabar jelah!
Sebaik saja abang pergi, mak masih tercegat di depan aku.
“Kenapa mak pandang Anem macam ini? Seram..”
“Mak nak kamu jawab betul-betul dengan mak. Kamu betul tak nak dekat Akid?”
Aduhai, soalan ini lagi.
Berapa juta kali perlu aku nafikan kepada mak, aku tak nak kahwin dengan Akid Sulaiman itu. Aku tak mahu ada kaitan dengan dia lebih dari hubungan kami sebagai anak kepada kawan bapa masing-masing.
“Tak nak, mak. Anem tak nak kahwin dengan sesiapa.”
“Tapi kenapa? Akid itu baik orangnya, kamu saja yang nampak dia itu macam orang jahat.”
Aku mengeluh. “Dia memang jahat pun.”
Pang! Aku mengaduh kesakitan.
“Aduh, mak. Kenapa tampar lengan Anem? Sakit!”
“Kamu itu sesedap mulut saja nak kata anak orang jahat. Kalau terdengar ke Aunty Yati nanti, macam mana?”
Cepat-cepat aku tekup mulut dengan tangan. Mulut aku ini jenis tak makan saman langsung. Ikut sedap saja nak bercakap, tak teringat dekat orang sekeliling.
“Dah, jom ke depan. Buah yang mak suruh potong itu dah potong ke belum?” Aku hulurkan mangkuk yang berisi pelbagai jenis buah kepada mak.
Mak ini suka sangat hidang berjenis makanan dan appertizer untuk tetamu yang datang. Masa Anisa datang, mak masak macam Anisa bawa sepuluh keluarga datang sekali.
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...