Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan yang kami sediakanSila jamu selera dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah seganHaa, bukan aku yang menyanyi tapi radio yang putarkan lagu raya. Alhamdulillah, sebulan berpuasa akhirnya tiba juga hari yang aku nantikan. Hari Raya Aidilfitri!
Hari inilah hari yang paling aku teruja. Raya pertama bergelar sebagai isteri orang, raya pertama bersama dengan suami tersayang. Aiceh!
Aku punya teruja itu sampaikan semua jenis kuih aku buat semata-mata kerana raya. Kalau bukan hari raya, memang taklah aku nak berhempas pulas dengan mak buat kuih malam Raya.
Untuk raya pertama ini, aku dan Akid pakai baju bertemakan warna pastel blue, ikut tema mak dan abah.
Disebabkan aku dah bersuami, tugas sebagai tukang tangkap gambar yang aku pegang sejak sepuluh tahun lepas dah diserahkan kepada abang aku.
Padan muka, siapa suruh tak kahwin?
“Abang, pastikan adik nampak kurus dan tinggi. Kalau tak lawa, abang tangkap lagi sekali.”
“Ish, budak ini! Cerewet betullah. Abang dah lapar nak makan ini, banyak pula cakap. Cepatlah.” Haris geram.
Haris dengan ketupat memang tak boleh dipisahkan. Sebab aku tahu dia akan bedal ketupat awal-awal, aku suruh dia tangkap gambar aku dan Akid banyak-banyak. Sengaja nak bagi dia rasa sakit hati.
Muahaha!
Bila aku dah puas hati buli Haris, baru aku kata okay padahal semua gambar yang dia ambil lawa sebenarnya. Berdesup Haris masuk ke dalam rumah untuk makan ketupat sambil tengok cerita yang ditayangkan di televisyen.
“Assalamualaikum, Anem! Aku datang nak beraya!” Anisa menjerit di luar pagar rumah.
“Waalaikumussalam. Masuk ajelah, Anisa. Macam tak biasa pula datang rumah makcik. Tahun ini tak balik rumah keluarga ke?”
Aku gelengkan kepala bila mak bertanya sebelum sempat kawan baik aku labuhkan punggung di meja makan. Tak menyempat mak pun.
“Macam biasalah, makcik. Anisa tak dapat nak balik, mak dengan ayah dah fly pergi Sabah. Nak jumpa dengan saudara mak dekat sana.” Anisa bersalaman dengan mak.
“Kahwin ajelah, Sa. Senang!”
Erk. Aku pandang Anisa, dia pandang aku. Ketupat yang ada dalam mulut dia mesti terasa melekit saja nak telan bila mak selamba saja suruh dia kahwin.
“Tapi, Sa tak ada boyfriend, makcik…” Anisa jawab perlahan.
Nasib baik hanya ada kami bertiga saja di meja makan. Akid dah duduk di ruang tamu, makan kuih raya yang ada dalam balang, sama macam abah. Haris saja yang sibuk makan ketupat.
“Laa, tak ada lagi ke?” Mak menghirup air sirap ais.
Aik, kenapa hati tiba-tiba rasa tak sedap ini? Aku mengintai Akid di ruang tamu, elok saja dia berborak dengan abah. Kenapa pula ini, cik hati?
“Betul kamu tak ada boyfriend lagi?”
Anisa angguk.“Mak, kenapa tanya macam itu dekat Sa?” Aku mencelah.
“Kamu dah kahwin, duduk diam-diam. Ini hal orang bujang.” Mak menarik Anisa duduk dekat dengan dia.
Ewah, sekarang ini aku ke Anisa anak dia?
“Kalau Anisa tak ada kekasih lagi, bolehlah mak masuk minang.”
Aku cepat-cepat duduk mencelah di antara mereka berdua. Okay, apa yang mak cuba buat sebenarnya ini? Tiba-tiba sebut nak masuk minang. Untuk siapa?
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...