Bab 5

1.8K 112 3
                                    

"Aku nak berhenti kerja!"

Anisa menampar meja makan dengan kuat. Aku yang tengah makan cornflakes terdiam.

Ini kenapa pagi-pagi dah mengamuk? Orang kalau nak hari jadi ceria sepanjang masa, kenalah selalu senyum. Fikir yang baik-baik.

Baru pukul sembilan pagi, dah mengamuk macam singa betina kelaparan.

"Kenapa dengan kau ni, Sa?"

Anisa menghenyakkan punggung di sofa. Aku pun, apa lagi. Ikut sekali dengan mangkuk cornflakes aku bawa sekali ke sofa.

"Akid itu... ugh, kalau Malaysia tak ada law kan, dah lama aku bunuh dia."

Uish, sampai nak bunuh-bunuh ini. Mesti ada benda yang Akid buat dan dia yang sakit hati.

"Baru dua minggu, takkan nak give up dah?"

"Heh, kau cakap memanglah senang. Kau tak nampak kerja yang aku kena buat untuk dia. Kena. Buat." Anisa membuka spek matanya sebelum dia meraup muka dengan kasar.

Daripada wajah berona kuning langsat, terus berubah menjadi merah. Aku tak tahu nak komen apa bab kerja dia. Yang aku tahu kerja sebagai setiausaha kena banyak bersabar, nak melayan kerenah dan mood bos kan.

Kalau aku jadi PA Akid, mesti kami lagi banyak bergaduh daripada buat kerja.

Cerita pasal kerja, tentang report yang dia minta dua minggu lepas itu dia terima lepas beberapa kali minta aku tukar venue untuk projek.

Macam pilih dewan kenduri kahwin. Cerewet nak mampus. Tapi dia bos kan, kita yang kerja makan gaji ini kenalah dengar dan patuh arahan.

"Aku tukar fikiran, tak nak berhenti."

"Pula dah?"

"Tak nak berhenti tapi aku nak tukar cawangan. Aku lagi sanggup pergi kerja dekat HQ daripada kerja dengan Akid itu."

Gaya cakap Anisa nampak betul-betul tekad nak pindah ke cawangan HQ di Damansara. Aku terus buat muka sedih.

"Takkan kau nak tinggalkan kawan kau sorang-sorang dekat sini?"

Mulalah nak buat drama sedih pagi-pagi ini. Anisa gelak sebelum dia rapatkan jarak kami berdua. Kepala aku ditarik dengan paksaan untuk singgah di bahu kecil dia.

"Acah-acah macam dalam drama Korea ke apa?" Aku tanya. Lenguh leher aku berlama di bahu dia.

Sudahlah kecil, tak sama tinggi pula itu. Jenuh membongkok badan ini.

"Nak manja-manja dengan kau. Kita kan dah lama tak bermanja macam ini."

Aik, lain macam je bunyi dia?

Aku tolak badan Anisa ke tepi. Mata menunjukkan pandangan disgusting yang tak boleh disorok macam muka Rose tengok Big Ed dalam rancangan 90 Days Fiancé.

Euwww.

Anisa ketawa lagi kuat bila dia tengok aku membuat gaya geli depan dia.

"Aku guraulah! Kau itu boleh aje survive kalau tak ada aku dekat ofis. Lagipun, Tariq kan ada?"

Ah... Tariq.

Lelaki yang selalu tunjuk sisi dungu dan lembutnya di dalam ofis. Aku suka kawan dengan Tariq tapi dia itu suka betul komen pasal gaya aku yang macam tomboy. Tang mana tomboy pun aku tak nampak.

Aku ini boleh tahan ayu, lemah lembut tapi mulut saja tak pandai tekan brek. Cakap macam pakai senjata Rambo.

"Isnin ni aku nak jumpa dengan Haris. Aku nak tanya ada tak jawatan kosong dekat cawangan Damansara. Tak kuat boh nak hadap encik bos kita itu!"

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now