Bab 19

1.8K 110 0
                                    

"Haih." Dah berkali-kali aku mengeluh.

Bukan setakat mulut, tangan pun dah lenguh nak capai lampu yang rosak di siling bilik aku. Tak boleh jadi ini, aku kena panjat atas meja untuk gantikan mentol yang baru.

Panjat pakai kerusi, tak stabil. Naik atas meja, baru senang nak buka mentol lama dan gantikan dengan mentol yang lama. Kasut tumit aku buka dan letak di hujung meja.

Lengan baju kemeja disingsingkan hingga ke siku. Rambut diikat tinggi. Susah nak buat kerja dengan rambut panjang mengurai.

"Ugh, sikit lagi. Sikit la..."

Aku jengketkan kaki. Tangan hampir mencapai mentol di atas kepala.

"Sikit la..."

"Mana Akid?!"

Terus aku terduduk di atas meja. Suara nyaring Sherry yang tiba-tiba menerpa masuk bilik aku membuatkan aku sendiri terkejut. Satu, terkejut kerana dia tiba-tiba masuk dalam bilik aku. Kedua, kerana suara dia yang nyaring.

Hish, tak ada kerja ke datang ofis ini? Siapa yang pandai-pandai bagi dia masuk?

Sherry berpeluk tubuh sambil mendongak ke arah aku.

Ewah, gaya macam anak bos pula.

"Nak apa datang sini?"

"Aku nak Akid. Mana dia?"

"Manalah aku nak tahu. Mulut kata cari Akid tapi kenapa kau sibuk nak masuk dalam bilik aku?"

Aku bercekak pinggang di atas meja. Terasa puas bila aku tengok Sherry terpaksa mendongak pandang aku.

Huh, ini baru betul hierachy yang dia patut ikut. Aku ada di atas dan dia ada di bawah.

Sherry bengang.

"Ikut suka akulah nak pergi mana pun. Aku tanya, mana Akid?"

"Kan aku dah kata, aku tak tahu."

"Ah, tipu! Kau mesti tahu dia pergi mana. Kau cakap sekarang, kalau tak..."

"Kalau tak, apa? Boleh keluar tak? Aku tengah sibuk sekarang ini."

Malas nak bergaduh dengan Sherry, aku sambung semula kerja menggantikan mentol di dalam lampu. Kalau Tariq tak terlibat dengan mesyuarat hari ini, aku dah minta tolong dia.

Sherry masih berkeras untuk berada di dalam bilik ini. Aku buat tak endah, lantak dialah nak buat apa. Janji jangan kacau dan bercakap dengan aku sebab aku tak ada mood nak layan dia.

"So.. macam mana hidup sekarang? Seronok kahwin dengan Akid?"

Aku senyum sinis.

Tengok itu. Tak ada angin, tak ada ribut dia tanya pasal hidup aku. Ini mesti nak cari masalah dengan aku.

"Seronok, macam-macam benda aku buat dengan Akid."

"Kau buat apa dengan dia?"

Aku diam sebelum kening dijongketkan.

"Hal suami isteri, takkan aku nak kongsi?" Sengaja aku senyum penuh makna.

Biar dia sakit hati. Dah sakit hati, baru dia nampak jalan keluar. Kalau tak, dia akan ada di dalam bilik ini. Hesy, aku yang naik rimas tengok dia ada dekat dalam ini.

Mentol dipusingkan mengikut arah jam. Yang rosak ditukarkan dengan yang baru. Tengah ralit membuat kerja macam mekanik, tiba-tiba ada tangan yang menolak badan aku dari belakang.

Dalam masa sesaat dua, aku dah terjelupuk jatuh ke lantai. Sherry senyum jahat dan mendekati aku dengan muka megah.

"Lain kali sebelum nak cari gaduh dengan someone, tengok dulu dia itu licik ke tak. Faham?"

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now