Bab 10

1.9K 105 1
                                    

Rasa nak hantuk saja kepala ke dinding apabila aku teringat semula kejadian dua hari lepas di rumah keluarga. Malu ada, bengap pun ya juga.

"Okay, deal! Kita kahwin!"

Bodohnya seorang gadis bernama Nur Tasneem. Pantang dicabar, terus aku on kan aje. Eee, bengapnya!

Aku teringat semula apa yang Akid kata malam itu sebelum dia balik ke rumahnya.

"I will consider it as a yes, Tasneem."

Aku masih diam. Sumpah, aku tak tahu nak cakap apa. Akid menghela nafas perlahan. Dia berjeda sebentar di pintu keretanya sebelum masuk.

"Sebab inilah saya kata dekat awak dulu. Jangan disebabkan mulut, badan binasa."

Mata aku pejamkan. Kalau saja aku boleh lupakan semua benda yang berlaku malam itu dan jalani hidup seperti biasa. Itu kalau. Masalahnya tak boleh.

Heboh satu grup keluarga di WhatsApp lepas mak bagitahu yang aku dah ada calon untuk dijadikan sebagai suami.

Mak kan... calon saja, bukannya dah jadi suami yang sah. Itu pun nak dihebah-hebahkan dekat orang. Malu aku dibuatnya.

Kalau tak jadi macam mana? Siapa yang akan tanggung semua akibat? Anak mak ini juga yang menanggung.

"Ya Allah, Anemmm! Kau buat apa ini?"

Suara nyaring Anisa menyedarkan aku. Cepat dia ambil mixer dari tangan dan menutup suis tersebut. Wow, habis satu kitchen aisle ni kotor kerana adunan yang aku buat melimpah keluar dari mangkuk.

Oops.

"Kau ini nak buat kuih ke nak mengelamun?" Anisa marah.

Haruslah dia marah kerana dia tak suka melihat keadaan dapur yang kotor macam sekarang. Walaupun dia tak pandai memasak tapi dia seorang yang pembersih. Tak suka ada kotor walau secalit habuk dekat mana-mana.

"Kau fikirkan apa, Anem?"

"Takde apa."

"Muka kau itu terpampang perkataan I am not okay sekarang ini. Kau fikirkan pasal Akid ke?"

Anisa duduk di depan aku. Dia mengelap meja yang penuh dengan adunan kuih puteri ayu yang tertumpah keluar. Aku pula sibuk masukkan adunan ke dalam bentuk acuan yang nak digunakan.

"Entah lah, Sa. Aku menyesal gila cakap macam itu. Nak patah balik, tak boleh. Nak tolak lagi sekali pun tak boleh. Mak aku awal-awal lagi pergi bagitahu famili besar dia."

Anisa ketawa perlahan.

"Itulah, lain kali belajar guna gear P dulu. Ini tak, suka sangat guna gear D tanpa tekan gear P. Kan dah mendapat!"

Aku jeling meluat. Dia inikan, kejap nak nasihat, kejap nak memerli.

Kelapa parut aku tekan kuat-kuat di bekas acuan. Kalau aku ada kuasa terbang, dah lama aku terbang ke hujung dunia. Duduk dalam hutan, kawan dengan monyet.

"Ni kau buat kuih banyak-banyak nak bagi siapa? Ada orang order ke?"

"Kau rasa siapa saja yang rajin order kuih dengan aku?"

Kening Anisa berkerut.

"Mak kau?"

Aku gelengkan kepala.

Kalau mak, tak payah order dengan aku. Dia sendiri pakar buat kuih. Aku ini setakat pandai buat kuih puteri ayu, kuih bahulu, buah melaka, donut. Mana sama level kami anak beranak.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now