Bab 4

1.7K 111 1
                                    

Bang!

Pintu bilik Akid ditutup dengan kuat.

Muka Anisa yang baru keluar merah padam menahan marah. Aku dan Tariq masih menunggu untuk dipanggil masuk ke dalam bilik.

Rata-rata yang keluar dari bilik ini akan berwajah sedih atau terus menangis. Apa agaknya yang Akid cakap sampaikan pekerja lelaki pun boleh bengang dengan dia setiap kali keluar dari bilik dia?

“Macam yang kau kata, dia ini memang annoying dan menyakitkan hati!”

Anisa berjalan mundar-mandir di tepi. Dia memicit kepalanya dan kemudian mengibas tudung yang dipakai.

Hangat. Hangat hati dan hangat telinga.

“Dia kata apa dekat kau?”

“Orang yang selalu pilih untuk kerja sebagai setiausaha adalah pekerja yang biasa-biasa. Like what? Ingat kerja jadi PA ini senang ke? Kalau aku tak ada, dia tak boleh hidup dengan aman tahu?” Anisa bengang.

Tangan aku usap di belakang badannya, cuba untuk tenangkan Anisa. Jarang dia naik angin dan jarang dia bengang dengan orang. Bila sekali dah bengang, memang ambil masa untuk reda semula.

“Jangan risau, biar aku yang cakap dengan dia. Biar aku yang tamatkan riwayat dia. Okay?”

“Bukan kau, Anem. Dia panggil Tariq.” Anisa terus beredar dari situ.

Aku menolak Tariq ke tepi dan masuk ke dalam biliknya. Wah, lihatlah keangkuhan Akid Sulaiman. Bersandar di kerusi dengan gaya bos-bos sangat sambil pegang dokumen pekerja.

Wah, hebat!

“Apa yang awak buat dekat sini? Awak tahu tak saya ini siapa?” Jari telunjuk aku tekankan ke atas mejanya.
Dia pandang Tariq yang ada di sebelah aku.

“Tariq, tunggu kejap. Biar aku yang selesaikan masalah ini untuk korang.”

Tariq hanya anggukkan kepala. Tak berani dia nak bertentang mata dengan Akid tapi aku berani. Aku tak takut dengan dia walaupun hati sebenarnya berdebar-debar.

“Dulu memang syarikat ini hampir bankrap tapi sekarang, saya ada customer yang mampu untuk jana pendapat syarikat ini semula. Itu pun kalau awak perasanlah. Awak tak sepatut…”

“Cik Tasneem, mind your manners because you are talking to your boss. This is a workplace and I direct you. Jangan awak ingat, awak itu anak bos besar dekat sini, awak boleh tunjuk degil awak depan saya.” Dingin ayat yang dilontarkan oleh Akid.

Gulp. Perlahan-lahan jari telunjuk turun dari meja dan aku letakkan tangan ke belakang. Rasa geram masih meluap-luap di dalam hati.

Fine. Kalau awak tunjuk hormat dekat saya, then it will be good. Saya pun akan hormat awak sebagai bos saya.” Aku ketawa perlahan sebelum tarik muka serius.

“Saya adalah project manager dekat sini. Kalau awak rasa awak boleh gertak saya macam awak buat dekat orang lain… Huh, awak silap. Oops, maksud saya, bos silap.”

Sengaja aku buat suara yang menjengkelkan. Biar dia tahu aku dah lama tahan sabar dengan dia sejak pagi tadi lagi.

Waktu rehat pun dia panggil pekerja masuk ke bilik dia. Aku ini terpaksa tunggu dan terpaksa skip makan tengahari semata-mata kerana tunggu nama aku dipanggil.

Sudahnya nama aku dipanggil paling akhir, selepas Tariq dan Kamal.

“Saya cakap saya akan jumpa awak ikut giliran. Takkan benda senang macam itu pun tak boleh ikut?”

Buku lima digenggam erat. Geramnya!

“Kenapa kitorang nak kena jumpa dekat dalam bilik ini? Kenapa tak jumpa dekat dalam bilik mesyuarat? Untuk apa kitorang nak kena jumpa encik.. maksud saya, bos!”

Akid diam. Dia mengeluarkan satu lagi dokumen, di depan dokumen tersebut tertera nama dan gambar aku. Pen ditekan sekali dan dia mula mencatat sesuatu.

“Tak patuh arahan. Tak faham dengan arahan yang diberikan.”

“Itu bukan... Apa yang awak cuba buat dengan dokumen saya?”

Akid jongketkan kening. “Awak rasa?”

Matanya dikecilkan dan dagu ditongkat dengan sebelah tangan. Aku berdehem sebelum aku toleh ke arah Tariq.

Kalau dia tulis benda bukan-bukan dan abah baca, mesti aku kena soal macam-macam dengan abah. Abah pula suka baca laporan pekerja setiap unit.

Aduhai! Pandai betul dia gunakan dokumen pekerja ini untuk menggertak aku.

“Tak hormat rakan sekerja dan juga MIC.”

Mata terbeliak. Amboi, melampau nampak!

“Okay, saya diam. Puas hati?”

Mata pen masih setia di atas kertas. Dia pandang aku dan kemudian matanya dihalakan ke arah pintu. Fahamlah dengan maksud dia, keluar.

“Tariq, good luck.” Aku bisik sebelum keluar dari biliknya.

Mengalah sekarang tak bermakna aku akan mengalah sampai bila-bila. Aku tak kira, aku akan pastikan dia kena pecat sebelum aku dipecat.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now