Sepanjang tiga hari aku cuti sakit dan duduk di rumah, macam-macam benda dah jadi di pejabat. Dari apa yang Amy ceritakan dekat aku, semua staf di cawangan Bangi terkejut bila dapat tahu aku ini isteri kepada Akid.
Tak ramai yang menyangka dan tak ramai yang terkejut dengan berita itu.
Tariq orang yang paling terkejut sampai demam budak itu bila tahu aku sebenarnya isteri Akid Sulaiman, lelaki yang dia selalu kutuk di depan aku.
Setiap masa dia telefon aku. Risau yang amat, takut aku bagitahu semua benda yang dia dah kata dekat Akid.
Kalau aku ini jahat, dah lama aku bagitahu tapi disebabkan aku tak boleh bekerja di ofis tanpa Tariq, aku simpan rahsia itu ketat-ketat.
Kalendar di kabinet bawah televisyen aku ambil. Ada lagi sebelas hari sebelum aku boleh masuk kerja. Ha, bosannya duduk rumah.
Nak mengemas rumah, Akid larang. Nak buat kuih, Akid tak bagi. Senang kata, apa aku nak buat, semua dia tak bagi. Aku dilayan macam pesakit yang patah tangan sedangkan bahu saja yang terkehel.
Telefon aku kembali bergetar. Kali ini bukan Tariq, Amy atau Anisa. Nama itu jelas tertera di skrin telefon.
Akid.
“Helo?”
“Honey, siap cepat. Kita nak kena balik kampung.”
“Kenapa? Tok Ma sakit ke?”
Akid langsung diam. Hanya dengar helaan nafas saja. Aku terus matikan panggilan dan naik ke atas, kemas apa yang patut.
Risaunya hati ini bila teringatkan Tok Ma, nenek Akid. Dulu, aku pernah menziarah Tok Ma di kampung. Dia duduk seorang diri, tak mahu orang lain kacau dia dan dia sendiri tak mahu duduk di rumah anak-anak.
Tak kan Tok Ma sakit? Hesy, jangan kata macam itu, Anem!
Selepas sepuluh minit menunggu si suami pulang, akhirnya terdengar juga bunyi enjin kereta memasuki halaman rumah. Aku menolak bagasi menghampiri pintu rumah.
Nak mudahkan Akid supaya mengambil bagasi tersebut terus masukkan ke bonet.
“Anem, semua dah siap?” Dia terus mengelus rambut aku.
“Dah. Tok Ma okay ke?” Aku tanya, risau.
Akid tenung mata aku dalam-dalam sebelum dia bawa aku masuk ke dalam pelukannya. Lama sehingga aku terasa macam di awan-awangan gitu.
“Kalau awak dah siap, kita gerak terus.”
Aku anggukkan kepala. Lagi cepat sampai, lagi bagus.
Sepanjang perjalanan dari Selangor ke Perak, aku tak berhenti dari berzikir dan berdoa tak ada benda buruk yang terjadi kepada Tok Ma. Aku harap sangat masa aku sampai nanti, Tok Ma sambut aku dengan mesra macam selalu.
“Kalau awak nak tidur, tidurlah. Nanti dah sampai, saya kejutkan.”
“Tok Ma okay ke? Saya risau ni. Tak senang duduk bila teringatkan dia.”
Akid mengelus pipi aku.
“Insya Allah, tak ada apa yang jadi dekat Tok Ma.”
Walaupun Akid cuba tenangkan aku tapi hati ini tetap rasa gelisah. Memikirkan pula yang Tok Ma duduk sendirian di kampung lagi bertambah gelisah.
Haish, minta-minta tak ada benda buruk jadi.
Aminnnn.
-------------
“Honey, kita dah sampai.”
Mata ditenyeh perlahan sebelum aku regangkan badan.
“Aduh.”
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...