"Aku terima nikahnya Nur Tasneem binti Muazam dengan mas kahwin..."
Selesai sudah majlis akad nikah aku dan Akid pagi tadi. Masuk pada waktu petang, aku dah sibuk dengan tolong mak dan mama memasak. Makanan yang dimasak ini akan disedekahkan kepada orang masjid.
Disebabkan aku tak nak ada majlis sanding, mak kata paling kurang buat makan-makan sikit bagi dekat orang masjid dah okay. Aku pun setuju aje, benda baik kan.
Selepas dua bulan buat persiapan untuk majlis akad nikah, hari ini aku dah sah menjadi isteri kepada Akid Sulaiman, orang yang dari dulu aku tak berkenan nak dibuat suami.
Orang paling seronok bila dapat tahu aku nak kahwin semestinya mak. Beria-ria dia nak jahit baju kahwinlah, nak deko pelamin lah, nak buat semua benda sendiri. Tapi abah tak bagi.
Biar mak uruskan bahagian makan saja. Kalau buat semua benda, jenuh penatlah orang tua itu.
"Anem? Buat apa dekat dapur ini?"
Mak menegur. Aku dengar soalan mak tapi aku tak tahu nak jawab apa. Tadi masuk ke dapur sebab nak cuci semua pinggan mangkuk dalam sinki. Sekarang dah siap basuh, aku tak tahu nak ke mana.
Kalau naik ke bilik... Akid ada.
Nak duduk dekat ruang tamu, aku rasa macam tak sesuai. Nanti mak saudara aku kata apa pula, tinggalkan suami dekat bilik. Tadi pun mereka tak henti-henti mengusik aku.
Ish, malu tahu?
Itu yang aku duduk termenung depan sinki dari tadi. Jari manis aku rasa tak selesa bila pakai cincin kahwin ini. Aku pula dari dulu tak pernah pakai apa-apa di jari.
Inai ke, henna ke, gelang pun aku tak pernah pakai.
Aku cuma pakai jam tangan saja.
Rasa kekok gila bila tengok cincin ada di jari manis. Perasaan itu macam... Wow, aku dah kahwin ke? Ini cincin kahwin aku ke?
You know how I feel?
"Kenapa tak masuk bilik? Kan dah malam ni."
"Aik, mak? Selalu Anem duduk dekat dapur ini sampai lewat malam, mak tak pernah pun suruh Anem masuk bilik." Aku tarik muncung.
"Itu dulu, masa kamu bujang. Sekarang kamu dah bersuami. S-U-A-M-I. Mana boleh tinggalkan suami sorang-sorang dalam bilik."
Aaa, kenapa pula tak boleh? Dia dah besar, bukannya budak kecil.
"Ala, biarlah Akid itu dekat dalam bilik. Anem bagi dia ruang nak adapt dengan suasana bilik Anem itu. Kalau Anem masuk bilik pun, Anem nak tidur mana? Katil Anem itukan single bed punya."
Tengah mulut merungut itu ini dekat mak, telinga aku ditarik oleh mak.
"Jangan nak mengada-ngada sangat. Boleh aje kamu berdua tidur satu katil. Single bed konon, saiz katil kamu itu lagi besar dari saiz katil bujang dekat universiti. Dah, pergi dekat laki kamu!"
"Ala, mak..."
"Eh, budak ini. Kamu nak mak panggil Akid ke? Suruh dia dukung kamu masuk bilik. Nak?"
Dukung? Masuk bilik?
Hergh, memang taklah! Laju aku gelengkan kepala.
Dengan langkah kaki yang berat, aku daki tangga untuk masuk ke bilik. Nak lawan cakap mak, tak boleh. Nak bantah cakap suami, lagilah tak boleh. Ha sudahnya aku tersepit dekat tengah-tengah.
Dalam otak aku sekarang ini, macam-macam benda ada. Macam mana kalau Akid tiba-tiba nak aku? Aku nak buat apa?
Macam mana kalau Akid peluk aku masa tidur?
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...