New Story is OUT!

1.6K 45 0
                                    

Hi semua!

Dah lama kan korang tak dengar khabar dari AR? Sebenarnya laptop AR ada masalah sikit, lepas dah repair ni alhamdulillah cerita AR yang lama dulu ada semula dalam folder.

Mungkin ada readers yang pernah baca Bila Tiba Masanya dulu, betul tak? Tapi AR terpaksa unpublish dulu sebab ceritanya hilang dari laptop. But now my baby is back!

AR gunakan tajuk yang baru utk cerita tu. Dari Bila Tiba Masanya kepada NURIN.

Sinopsis NURIN:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sinopsis NURIN:

Nurin - Seorang wanita yang mempunyai semangat kental dan sentiasa bekerja keras. Kehidupannya sebagai anak hartanah terkenal, Dato' Isma sangat dicemburui oleh orang lain tapi tak ramai yang tahu tentang kehidupan sebenar Nurin.

Kehadiran ibu dan kakak tirinya membuatkan hidup Nurin bertambah serabut. Ada saja perkara yang mereka cuba lakukan untuk menjauhkan dirinya dari Dato' Isma. Disebabkan hasad dengki kakak tirinya, Husna, Nurin terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan yang meragut nyawa wanita bernama Dahlia. Tidak pernah ada sehari pun, hati Nurin tidak menyesal dengan apa yang terjadi. Dari insiden itu juga, dia mengenali Irsyad, peguam yang membela pihak Dahlia dan ingin membawa Nurin masuk ke dalam penjara dan dijatuhkan hukuman.

Bagi Irsyad, wanita itu tak akan hidup tenteram selagi dia tidak dijatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah terjadi kepada tunangnya. Kerana keangkuhan Nurin, Irsyad berfikir negatif tentang diri wanita tersebut.

Kejam. Tak berhati perut. Hanya gunakan duit untuk jatuhkan orang lain.

Itu apa yang dia fikirkan. Namun, selepas mengenali Nurin pada setiap perjumpaan mereka, satu per satu rahsia Nurin diketahui. Nurin pula, semakin membenci Irsyad kerana daripada orang asing, kini Irsyad lebih tahu tentangnya berbanding orang yang sentiasa ada dengannya.

-----

*Hope you guys have fun while reading this story. Please give lots of love to my baby!

xoxo, AR.

Rahsia Antara Kita [c]Where stories live. Discover now