"Anem? Kau buat apa dekat sini?" Anisa meletakkan beg tangan di atas kitchen aisle dan mendekati aku yang tengah menggoreng nugget di dapur.
Tangannya mencuit pipi, lengan dan badan aku. Aku pandang dengan hujung anak mata. Dia ingat dia nampak jelmaan aku dalam rumah ke sampai nak kena cuit-cuit?
Selesai menggoreng nugget, aku terus letak ke dalam pinggan dan duduk di kitchen aisle.
"Weh, kenapa kau ada dekat sini? Macam mana kau ada dekat sini?"
Sejak tadi Anisa hanya bertanya soalan yang sama. Aku duduk tongkat dagu sambil pandang nugget. Aku tak ada mood nak jawab soalan dia. Anisa terpinga-pinga apabila melihat aku ketawa perlahan seorang diri.
"Anem, kenapa ni? Kau gaduh dengan Akid eh?"
Kepala dianggukkan.
Malam semalam aku gaduh dengan Akid. Tentang siapa saja yang mampu buat Akid tinggikan suara dekat aku?
Hari ini pun aku gaduh lagi dengan dia. Aku mengeluh senyap-senyap. Letih betullah asyik bergaduh saja.
"Pasal Sherry?" Anisa tanya lagi, kali ini lebih berhati-hati. Takut aku terguris hati kalau dia tanya. Aku angguk lagi.
"Laa, dia buat apa? Macam mana korang pula yang gaduh?"
"Aku saja datang sini."
Anisa garu kepala. "Aku tanya lain, kau jawab lain. Ceritalah betul-betul."
"Aku jawab soalan pertama kau lah. Macam mana aku ada dekat sini? Aku still pegang kunci rumah ni."
Segugus kunci dari dalam beg tangan aku keluarkan. Anisa anggukkan kepala.
"Jawapan seterusnya?"
"Apa?"
"Ish, pasal kau dengan Akid lah. Dah kenapa korang bergaduh pula ini?"
Keluhan panjang dilepaskan. Aku nak bagitahu dekat Anisa tapi memikirkan aib suami, aku malaslah nak buka mulut. Nanti aku yang berdosa, nak kongsi hal rumahtangga sendiri dengan orang.
Setakat tanya pendapat itu boleh lagi rasanya. Air teh suam dihirup perlahan.
"Kalau kau tak nak cerita pasal kau dengan Akid, kau cerita dekat aku pasal Sherry. Dia buat apa dekat kau?" Anisa bercekak pinggang.
"Dia hantar gambar ini dekat aku." Aku tunjukkan gambar yang Sherry hantarkan dekat aku tengahari tadi.
Anisa menekup mulut yang terbuka luas dan matanya terbeliak. Sama macam reaksi aku bila melihat gambar itu. Aku tahu tujuan sebenar dia hantar gambar macam ini dekat aku. Tak lain dan tak bukan, dia nak aku bergaduh besar dengan Akid.
Dan memang itu yang terjadi. Tapi itu atas sebab lain.
Kalau dia hantar gambar dia dan Akid bermesra, peluk-peluk macam ini, aku tak kisah sangat. Tengok gambar pun aku tahu dia edit supaya lelaki yang meriba dia itu nampak macam Akid.
Aku tahulah perangai Akid itu macam mana. Dia tak mungkin semudah itu saja nak meriba Sherry di depan orang ramai macam dalam gambar.
Tapi apa yang buat aku marah sangat bila dia hantarkan gambar itu bukan dekat aku seorang tapi seluruh ofis dapat gambar yang sama. Apa yang dia dapat dari benda yang dia buat ini?
Nak tunjuk dekat orang yang bos mereka itu curang dengan isteri sendiri? Atau dia sengaja nak bagitahu orang betapa murahnya maruah dia? Mana satu?
"Lepastu apa jadi?"
"Mengamuklah laki aku dekat ofis itu. Habis semua orang kena marah dengan dia."
"Ini sebab kau gaduh dengan laki kau?"
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...