“Kau sure ke rancangan kita menjadi ini?” Anisa tanya dengan riak risau.
“Ish, kau janganlah takut macam ini. Buat aku lagi rasa takut dari kau. Pegang je benda itu elok-elok. Nanti diorang sampai, kau tekan benda itu. Okay?” Tariq mengarah.
Aku melihat sekilas keadaan sekeliling pejabat melalui celah pintu.
Bunyi derap kaki yang cemas mendaki tangga kecemasan membuatkan hati aku turut berdebar. Jadi ke tak rancangan kami ini, hanya Tuhan saja tahu.
Aku ikut rancangan asal. Bawa Amy masuk ke dalam pejabat dan kemudian benda yang akan terjadi selepas itu bergantung kepada Kamal. Pandai-pandai dialah nak buat apa depan Amy nanti.
“Anem, mana Kamal?” Amy tanya, termengah-mengah dia mendaki tangga.
“Kamal ada dekat dalam tapi keadaan dia…”
Ceh, bab berdrama memang akulah pelakon terbaik.
Amy masuk ke dalam pejabat dengan keadaan takut. Tapi langkah dia terhenti apabila dia perasan pejabat hari ini nampak lengang.
“Mana semua orang? Eh, Anem! Asal kau tutup mata aku?”
Ikatan di belakang aku ketatkan. Maaf ya, Amy kalau aku rosakkan bulu mata palsu kau. Ini rancangan Kamal, bukan aku. Nanti kau salahkan boyfriend kau ya?
“Anem…”
“Aku ada ini. Kau jalan lurus dalam sepuluh langkah.”
Amy turutkan saja. Tangan dia kuat memegang lengan aku.
“Anem?”
“Okay, jalan sikit lagi dalam tiga langkah.”
Satu. Dua. Tiga.
Tangan Amy aku lepaskan dan aku segera bergerak ke sebelah Anisa, memegang segenggam confetti yang Tariq beli dari kedai hadiah di tingkat bawah.
“Anem? Kau bawa aku pergi mana ini? Anem?” Tangan Amy terkapai-kapai mencari aku yang dah elok bersembunyi di hujung bilik mesyuarat.
“Amy.” Suara garau Kamal menyapa gadis itu.
“Kamal? Awak ke itu?”
Perlahan-lahan Amy buka semula ikatan handkerchief di matanya sebelum gadis itu menekup mulut. Terkejut dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.
“Kamal…”
“Amy, saya tahu selama kita bercinta, saya tak pernah berikan yang terbaik untuk awak. Saya selalu biarkan awak rasa macam awak ini tak ada makna dalam hidup saya tapi Amy…”
Sekotak baldu merah Kamal keluarkan dari dalam poket seluarnya. Dia duduk melutut sebelah kaki di hadapan Amy.
“You are my everything. Tanpa awak, saya tak mampu untuk teruskan hari saya. Saya sedar masih banyak kekurangan dalam diri saya tapi demi awak, saya sanggup ubah semua itu.”
Amy masih tak membalas apa-apa. Mukanya nampak merah, malu mungkin?
“Amy, would you marry me?” Kata azimat dari seorang lelaki kepada wanitanya telah pun diungkap.
Kami bertiga yang menjadi pemerhati serta beberapa rakan sekerja yang ada di luar bilik mesyuarat dah mula bersorak.Tapi Amy masih mendiamkan diri.
Kepalanya menunduk pandang kasut tumit berwarna merah yang dia pakai hari ini. Aku pandang Tariq dan Anisa, rancangan kami berempat ini tak menjadi ke?
“Amy?”
Tiba-tiba terdengar pula esakan dari seseorang. Amy angkat mukanya semula dan mengesat air mata dengan hujung jari.
YOU ARE READING
Rahsia Antara Kita [c]
RomanceNur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan u...