Leftenan Cooper telah memanggil mereka kembali untuk datang di bilik mesyuarat tersebut.Tentu ada misi baru yang diberikannya lagi.Dia sudah pun berdiri di situ menunggu kedatangan lima orang lelaki itu.
"Setelah disoal siasat pendatang asing tu tadi, sekali lagi saya nak hantar kamu untuk pergi di sebuah tempat yang di mana kawasan tersebut berada di pulau.Kawasan tu sudah tersenarai sebagai kawasan hitam sebab tempat tu dijadikan sebagai lokasi persembunyian mereka.Jadi saya nak semua bersedia dengan misi ni" kata Leftenan Cooper lalu dia menayangkan beberapa gambar di skrin tersebut.
"Wah! Kemain banyak pendatang di tempat tu" ujar Evan.
"Aku nak tengok betul muka ketua pendatang tu macamana" kata Weston yang masih melihat gambar yang ditayangkan.
"Kau sabar jehlah bro kita nampak muka dia juga nanti masa kita nak serbu tempat tu" sampuk Leo.
"Yalah kalau aku nampak muka dia aku tak tahulah apa aku nak buat.Geramnya aku dengan pendatang ni asyik menjual dadah kat negara kita jeh.Buat hal lagi" kedengaran suara Scott seperti orang yang tidak puas hati.
"Kita mesti tumbangkan pendatang tu harini juga.Saya yakin kita boleh" kata Adler dengan penuh semangat.
"Good luck I hope you can do it" kata Leftenan Cooper sebelum mereka melangkah meninggalkan tempat tersebut.
Mereka pun bertolak pada pukul 8 malam dengan menaiki bot khas untuk navy.Setibanya di tempat yang dikatakan lokasi persembunyian pendatang asing itu mereka pun bersiap sedia dengan lengkap bersenjata automatik di tangan masing-masing.Komander Adler sebagai ketua pasukan itu berada di depan.Mereka menapak perlahan-lahan menuju di sebuah rumah yang besar itu.Pelbagai gejala tidak sihat sering berlaku di sekitar kawasan tersebut.Jam di pergelangan tangan komander Adler sudah menunjukkan pukul 8:50 malam.Sekitar kawasan rumah itu sunyi dan hanya kedengaran cengkerik saja yang membingar.
Sebaik tiba di hadapan pintu rumah tersebut, komander Adler segera mengarahkan rakan sepasukannya supaya bersiap sedia, mengambil tempat masing-masing.Dia juga turut mengarahkan supaya mereka bergerak pantas dan penuh waspada kala membuat serbuan secara mengejut.Komander Adler bimbang sekiranya pendatang asing itu menyedari dengan kehadiran mereka di situ.
Komander Adler menaikkan tiga jarinya, kemudian satu per satu jarinya diturunkan dan sebaik saja dari terakhir diturunkan, Scott terus menendang pintu itu lalu mereka semua masuk ke dalam ruang yang besar itu.Dalam masa yang sama, terdapat sebuah bilik di tingkat bawah rumah tersebut.Ketua pendatang asing dengan konco-konconya masih tidak menyedari dengan kehadiran mereka.
"Boss, macam mana kalau tentera bodoh tu datang kat sini? sebab aku rasa tak sedap hati lah" tanya Roy kepada Hud yang merupakan ketua pendatang asing itu.
"Biarkan mereka datang di sini saja! Ada nampak muka aku ni takut keh takde kan? Kalau kau nak tahu kita lelaki ni takperlu takut kalau mereka serbu kita, kita tembak jehlah"
"Boss aku taknak mati, aku belum puas di dunia ni! " Kit menokok rasa bimbangnya.
"Kalau kau taknak mati kau kena serang juga mereka, kan kita ni ada weapon tu pun susah sangat keh hah?!" Suara Hud sedikit marah.
"Ok boss" jawab Kit lalu senapang yang berada di meja diambilnya.Tidak semena-mena mereka terdengar bunyi tapak kasut di atas lantai lantas mereka mengambil senapang masing-masing.Pintu hadapan terbuka, mereka menghalakan senapang ke arah pendatang asing tersebut.
"Don't move! Jangan cuba melawan! Tempat ini sudah dikepung!! Menyerah saja! " komander Adler bersuara tegas.
"Sebenarnya korang nak apa ni? Aku ada buat salah keh aku just berbisnes tapi korang kacau aku kenapa ni?! " kata Hud dengan selamba dia berdiri lalu asap rokok dihembuskan tepat ke arah wajah Adler.Busuk bodoh pui!
"Kau sengaja buat tak tahu kan apa salah kau! Yang kau selalu datang pergi jual benda bodoh kau tu kenapa?! Bukankah itu salah?!"
"Macamana aku nak hidup kalau aku tak jual dadah tu? Tapi kau tahu tak aku untung tau dapat duit banyak tak macam kau sekadar tentera apa jeh marilah join bisnes aku" ujar Hud.Dia melabuhkan pungungnya di kerusi itu.
"Kau ingat aku ni bodoh macam kau hah? Aku tahulah kau kaya tapi semua yang kau buat tu haram kau tahu tak? Sekali lagi kau bersuara siap aku tembak terus" marah Adler.Hud menjadi pucat dan mulai menggeletar.Tadi bukan main lagi berlagak sekarang padan muka kau, Hud.
Roy dan kit cuba hendak melarikan diri dengan melompat keluar melalui tingkap tetapi Weston dan Evan segera melepaskan tembakan ke arah dua orang lelaki itu.Dua pemuda itu rebah ke lantai.Hud juga yang baru melarikan diri terus Adler mengacukan muncung senjata api ke arah kepala Hud membuatkan dia terus duduk dengan kedua-dua belah tangan spontan diangkat tinggi ke atas.
"Semua konco-konco aku tak guna! Bodohlah! " lalu dia menendang kerusi yang berada di depannya sehingga patah.
"Lain kali kau jangan terlalu mengharapkan konco kau jeh! Tak layak aku tengok muka kau jadi ketua" sampuk Leo.
Hud yang sudah panas baran itu lantas pistol yang disembunyikan di belakang diambilnya tetapi malang tindakan Adler lebih pantas lagi.Lalu dia merebut pistol yang berada di tangan Hud lalu dicampaknya ke kiri.
"Nak melawan lagi? " soal Adler lalu dahi Hud ditunjal.Hud tidak dapat berbuat apa-apa lagi selain dari menyerahkan kedua belah tangannya dengan rela untuk digari oleh Weston.Tangan Hud segera dipegang dan dikilaskan ke belakang lalu digari.
"Kau jangan melawan lagi kalau masih lagi melawan jangan sampai aku tembak kaki kau tu! " seraya Hud dibawa.Hud sekadar tunduk, dia tidak berani bersuara lagi.
Akhirnya, terhapuslah sebuah kumpulan pendatang asing yang amat dihendaki itu.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
RomanceBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...