Part 34⚓

88 10 2
                                    

Sejurus mereka tiba sajah di tempat yang mana Adler ada di situ sebentar tadi, kelihatan wajah Luca sudah mulai bengis.Dia menggempal tangan lalu wajah dipandang kedua-dua konconya itu.Mahu sahaja ditumbuk wajah mereka tetapi dia tidak sampai hati.

"Korang dua buat apa tadi? Kan aku dah cakap mata tu always tengok.Korang letak mata korang kat mana? Disebabkan harini aku tak berjaya, aku nak dalam dua hari terdekat ni korang semua cari pasangan tu.Aku nak girlfriend dia sekali biar lelaki tu rasa macamana.Mesti dia marah punya" ujar Luca sambil seorang konconya lagi menolong untuk memetik mancis ke arah rokoknya lalu asap rokok dihembus ke arah wajah mereka berdua.

Setelah memastikan Luca dan konco-konconya sudah meninggalkan kawasan tempat penginapan itu barulah mereka masing-masing berpisah menuju ke bilik penginapan masing-masing.Baru Natalie melangkah dua tapak, tangannya dipegang oleh Adler.

"Ya.Ada apa lagi yang awak nak cakap sebelum aku masuk tidur" kata Natalie sambil matanya melihat di sekeliling.Takut sekiranya musuh masih berada di situ.

"Ad cuma nak beritahu kalau malam ni ada orang tengah ketuk pintu jangan buka.Kalau Natalie rasa tak sedap hati atau tak boleh tidur just text me.Ad boleh teman sampai Natalie rasa mengantuk.Good night sayang.I love you" ucap Adler seraya dia mengucup dahi Natalie.

"Alright.I will.Good night and I love you too" dia melemparkan senyuman manis ke arah Adler lalu dia cepat-cepat pergi dari situ.Malunya aku.

Omg! He so sweet.

"Natalie, maafkan aku.Awak juga turut serta dalam hal ni.Ad janji Ad sentiasa jaga keselamatan awak sampai bila-bila.I want to protect you like I'm care with myself too" bisik hati Adler.Setelah Natalie sudah pun hilang dari pandangannya barulah dia beredar dari situ.

Megan yang baru turun dari tangga, dia pun menuju ke arah ayahnya yang sedang sibuk dengan telefon.Dia sempat melihat ke arah skrin telefon milik ayahnya itu.Kelihatan ayahnya sedang membaca maklumat-maklumat.Megan juga sendiri malas hendak mengambil tahu.Sudah sepuluh minit berlalu keadaan masih senyap.Megan sudah pun bosan lalu dia mula bersuara.

"Papa ni asyik pandang phone jeh.Papa sangat pentingkan phone tu dari Megan keh? Ohya Megan nak tahu mana perempuan tu pergi? " Megan sengaja berbuat demikian demi memanaskan hati ayahnya.

Encik Cooper yang mendengar kata-kata dari anaknya lalu dia menampar pipi Megan.Dadanya turun naik menahan kemarahan.Dia tidak mahu anaknya menyebut perkataan seperti itu.Nampaknya perangai Megan menjadi-jadi semenjak ibu tirinya, puan Zara ada di rumah mereka.Hatinya menggelegak panas.

"Megan, papa taknak Megan cakap macam tu.Jaga mulut tu elok-elok.Puan Zara tu kan ibu tiri awak so Megan kena hormat dia.Sejak akhir ini Megan langsung tiada perubahan.Sekali Megan cakap  macam tu lagi papa tak teragak-agak halau Megan dari rumah ni! " marah Encik Cooper lalu dia duduk di sofa.

Kepala Megan terteleng ke tepi.Terasa pijar pipinya akibat dikenakan sentuhan padu dari ayahnya.Perit terasa pipinya mendapat tamparan hebat.Pipi Megan yang sedia putih itu kini sudah bertukar menjadi kemerahan.Selama ini dia tidak pernah pun ditampar tapi ini hari pertama dia menerima tamparan dari ayahnya.

"Megan tak kesah kalau papa halau Megan.Megan langsung tak rasa sedih pun.Kalau papa nak sangat Megan keluar dari rumah ni Megan sangat setuju.I don't have problem with that but from now don't find me.By the way, Megan memang tak suka nampak muka puan Zara ada di sini.Selamat maju jaya dengan isteri awak tu.Semoga bahagia" kata Megan dengan ayat terakhirnya sebelum dia meninggalkan rumahnya itu dengan senyuman sinis.Senyuman yang amat bermakna.

Megan amat bersyukur.Disebabkan kejadian itu tadi, dia sudah pun boleh meninggalkan rumah itu tanpa melihat wajah puan Zara hari-hari lagi.Kerana setiap kali dia melihat wajah ibu tirinya, hatinya merasa tidak senang.Segala perasaan marah dan benci akan timbul di benak hatinya.

"Lepas aku keluar dari rumah ni apa next plan yang harus aku buat? Hati dah tenang masa tu tapi aku taknak  puan Zara hidup bersama dengan ayah aku.Aku pastikan dia takkan hidup lagi di dunia ini.Lagipun dia memang tak berhak pun" Megan berfikir panjang lalu dia ketawa sendirian seperti orang gila.Dia pun meninggalkan biliknya itu.

Rasanya tiada lagi perkara yang hendak diucapkan dengan ayahnya.Dia pun masuk ke dalam perut kereta tanpa memanaskan enjin keretanya lagi lalu dia memandu perlahan-lahan meninggalkan kawasan rumah tersebut.

Nombor rakannya didail.Megan mendengus akibat tiada panggilannya tidak disambut lalu dia melontar telefonnya di sebelah kerusi penumpang dengan kuat.

"Ada kawan pun takde guna.Bila aku susah tak sambut call pula.Masa dia tengah susah baru nak call akulah, jumpa akulah entahlah kawan jenis macam ni apa.Tapi masa aku nak call tak sambut pula.Haish! " Megan mula memandu pemanduannya.Dia mahu menginap di sebuah hotel selama seminggu sementara dia mencari rumah sewa.

Baru dia hendak menutup pintu kereta, tidak semena-mena tiga orang lelaki yang berbadan kurus datang menghampiri Megan sambil tersenyum.

"Hai awek cantik nak pergi mana? Cari siapa? " ujar seorang lelaki yang berada di sebelah kiri.

Megan sudah pun terketar-ketar.Dia mula takut sekiranya terjadi perkara yang tidak baik pada dirinya.Mukanya telah pun pucat melihat wajah tiga orang lelaki itu.

"Tolong jangan kacau aku boleh tak? Korang nak apa sebenarnya? Kalau korang nak duit aku boleh bagi tapi jangan kacau aku" rayu Megan.

"Kalau awak taknak  kami kacau awak so better you give me your smart car right now baby.Kalau awak tak sudi pun takpe juga tapi.... " lelaki yang mempunyai tatu di sebelah tangannya itu mulai mendekati wajah Megan.

"Okay I boleh bagi kereta tu" Megan segera memberikan kunci keretanya dengan lelaki itu.

"Good baby.Nice choice" katanya sebelum mereka pergi meninggalkan Megan.Megan hanya berdiri di situ seperti patung yang tidak bergerak.Dia terpaksa memberikan kereta yang merupakan salah satu pemberian ayahnya semasa hari jadi dengan lelaki tersebut.Walaupun hatinya sungguh berat untuk melepaskan keretanya tetapi dia lebih mengutamakan keselamatan nyawanya terlebih dahulu.Megan pun mulai merasakan satu demi satu akan menghilang darinya.Mungkin inikah balasan dari Tuhan?




Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now