Shauna berlari menuju ke arah dua orang rakannya yang sedang duduk di pondok yang di mana berhadapan dengan laut.Luna dan Sarah memandang Shauna dengan pelik.Shauna tercunggap-cunggap kepenatan.
"Weh kau kenapa ni? macam baru jeh nampak hantu" tanya Luna.
"Korang nampak tak video yang Megan post tu? Kesian Natalie diorang simbah air dekat dia.Cuba korang tengok ni" kata Shauna lalu dia menunjukkan video tersebut kepada mereka.
"Agaknya apa salah Natalie sampai diorang buat macam tu? " soal Sarah.Dia juga turut bersimpati dengan Natalie.
"Meh sini pinjam phone awak dulu" kata Luna.Shauna pun memberi telefonnya lalu Luna menaip sesuatu di ruang komen.
Woi! Minah yang post video ni saya nak kau delete video ni sekarang juga.Kau manusia keh apa ni langsung takde perasaan.Natalie tu macam juga kau ada perasaan.Kau siap ketawa lagi dengan kawan kau sekali bila buat perkara ni.Syiok sangat keh?! Kau puaskan hati kau dengan buat cara macam ni.Tak takut karma keh Megan?
Lalu "send" ditekan.Luna pun mengembalikan telefon milik Shauna itu.Mereka berdua memandang antara satu sama lain.
"Entahlah aku pun sendiri tak faham manusia sekarang ni kenapa.Perkara macam ni pun nak dipost" seraya Luna menggeleng kepala.
"Sejak persahabatan diorang tak lagi macam dulu, aku nampak Natalie dah takde sesiapa pun.Hari-hari aku nampak dia berseorangan" ujar Sarah.
"Kan aku rasa simpati betul kat Natalie" luah Luna.
Sedang mereka berbual-bual, mereka ternampak figura Natalie yang sedang berjalan di persisiran tepi pantai.
"Kan betul aku cakap dia selalu alone.Apa kata kalau kita pergi tempat dia? " cadang Shauna.
"Good idea! jom" jawab Luna lalu mereka beredar dari situ.
Natalie yang tengah menikmati keindahan laut pada masa itu, dia terkejut dengan kehadiran tiga orang di hadapannya.Dia takut kalau mereka membuat niat jahat.
"Hai, Natalie boleh tak kami join awak jalan di pantai ni? " ujar Shauna sambil tersenyum.
Natalie berasa sedikit resah.Dia takut kalau mereka berpura-pura baik di depannya.Dia tidak mahu tersakiti lagi cukuplah jangan buat aku terluka lagi.
"Natalie awak takut dengan kami keh? No need to be afraid lah kami tak macam Megan tu.Kami sendiri pun dah nampak video yang Megan post" kata Luna dengan bersungguh-sungguh.
Kini hati Natalie lega mendengar kata-kata dari mereka bertiga.Dia baru tersenyum.
"Betul keh ni yang korang..." Lalu Shauna memintas laju.
"Tak Natalie kami tak macam tu just believe us.Kami bertiga nak berkawan dengan awak.You should forget all that things okay? " kata Shauna.
"Thanks korang sebab masih ada yang nak berkawan dengan aku.Aku terharu gila" balas Natalie.Aku ingatkan yang aku tiada kawan selamanya tapi masih ada yang sudi pula.
Akhirnya, Natalie menjadi rakan mereka.Empat sahabat itu pun berjalan bersama-sama ke tepi pantai.Walaupun cahaya matahari amat terik pada masa itu, ia bukan menjadi satu penghalang mereka menghabiskan masa di pantai.Mereka juga turut mengambil gambar untuk dijadikan kenangan.
"Okay.ready...one..two...three smile" kata Luna yang memegang telefon itu.Masing-masing menunjukkan senyuman.
"Luna nanti send kat Whatsapp.Ni number card aku.Jangan lupa tau" ujar Natalie lalu dia menghulurkan kad nombornya itu.
"Okay jangan risau aku bukan orang yang pelupa" jawab Luna lalu dia ketawa kecil.
"Guys mari kita pegi kat kedai yang jual air kelapa tu.Aku dah haus lah" kata Shauna.Tekaknya yang dari tadi kering disebabkan cahaya sangat panas.
"Jom tapi awak yang belanja kitaorang" jawab Sarah.
"Boleh jeh aku yang bawa korang kan"
"Sedapnya kalau minum air kelapa masa cuaca panas ni" kata Luna yang masih menyedut air kelapa itu dengan menggunakan straw.
"Kan samalah lagipun ni favourite minuman aku.Korang pula suka minum apa?" Tanya Natalie.Memang pun sejak kecil dia terbiasa dengan air kelapa itu.
"Kalau aku suka jus buah-buahan.Sedapnya tu" balas Luna.
"Aku pula suka minum Hersey.Shauna awak pula?" Tanya Sarah kepada Shauna yang sedang sibuk merakam momen mereka itu.
"Ermm...aku suka latte.Kalau korang nak belanja aku minum lebih baik korang belanja aku latte." balas Shauna lalu dia tersengih.
"Okay suatu hari nanti turn aku pula yang belanja.Kalau aku lupa just bagitahu aku jangan pula korang diam jeh" kata Natalie.
"Okay Natalie" jawab mereka serentak.
Natalie mengerling jam tangannya yang sudah pun menunjukkan jam angka empat petang.
"Tak sedar rupanya dah jam empat jom balik lagipun nampak macam hujan lah" kata Natalie.
Mereka mendongak ke arah langit.
"Betulah awan dah gelap sebelum hujan bagus kita balik" ujar Luna lalu mereka berlari meninggalkan tempat itu.
Belum lagi mereka tiba di kelab menyelam itu, hujan mula membasahi muka bumi.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
Storie d'amoreBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...