Puan Zara sedang termenung jauh melalui tingkap kaca itu.Sudah berapa bulan dia menunggu kepulangan Megan dan dia juga sendiri belum mendapat berita mengenai Megan semenjak dia meninggalkan rumah tersebut.Ya, dia tahu Megan sangat membenci dirinya.Sejak dia bersama dengan ayahnya, Encik Cooper Megan tidak pernah pun menganggap dirinya sebagai ibu tirinya malahan Puan Zara dituduh mata duitan.Baginya dia amat mencintai Encik Cooper dengan setelus hati dan dia juga tidak pernah memasang niat seperti itu.
Puan Zara melabuhkan punggungnya di atas katil Megan.Walaupun sudah berapa bulan bilik tidur itu tidak dihuni namun semua perabot yang ada di situ masih tersusun kemas dan cantik.Bingkai gambar wajah Megan masih elok di atas meja belajarnya.Wajah yang memaparkan senyuman Megan yang mana menampakkan barisan giginya yang lurus membuatkan Puan Zara teringat kenangannya bersama anak perempuan Encik Cooper.
:Flashback ⏪
Puan Zara menapak masuk ke dalam bilik yang mana Megan terlantar sakit.Kelihatan wajah Megan begitu pucat pada masa itu.Dia mengambil tempat duduk di tepi katil Megan.Rambut Megan yang terjuntai di dahi sempat diselit di tepi telinga dengan lembut.
"Megan dah makan keh ni? Lepas Megan selesai makan barulah kena makan ubat lagi supaya Megan cepat sembuh" kata Puan Zara dengan perlahan.
"Takpayalah Puan Zara nak ambil berat dengan saya.Lagi satu kan saya dah cakap elok jangan lawat saya di sini dah berapa kali saya cakap.Daddy pun satu tak angkat call.Dia asyik cakap busy jeh entah sampai bila" ujar Megan sambil berpaling jauh ke arah tingkap bilik.
Puan Zara sempat melepaskan keluhan kecil sebelum dia mengatakan sesuatu.Walaupun sudah berkali-kali dia memberi peringatan dengan wanita itu namun Puan Zara tetap berkeras hati hendak melawat anak perempuan suaminya itu kerana demi Encik Cooper, dia sanggup melakukan semuanya.
"Megan papa kamu yang suruh saya datang di sini nak jaga kamu.Dia bagitahu yang malam ni dia akan pulang.Megan janganlah banyak fikir lagipun Megan tengah sakit ni.Mummy taknak papa kamu kecewa bila nampak kamu macamni"
"Okaylah Puan Zara malam nanti jangan lupa sediakan ubat saya" kata Megan sambil dia mengukir senyuman lalu dia cuba bangun dari tempat pembaringan namun Puan Zara membantunya.
"Thank you Puan Zara sebab dah bantu saya" sekali lagi dia melemparkan senyuman.
"Asal Megan tak panggil mummy sajah? Takpayalah panggil saya macamtu sebab mulai sekarang I will being your mom." Puan Zara tersengih.
"Eh! You nak I panggil you mummy? Ohno..I taknak okay.Dahlah Puan Zara I nak sambung tidur ni.Tolong pergi dari bilik I sekarang juga.Now! " ujar Megan dengan suara yang sedikit keras.
Puan Zara tidak dapat mengungkapkan apa-apa lagi melainkan dia harus meninggalkan bilik itu dengan kadar segera sebelum kemarahan Megan meletus.Dia tahu Megan seorang perempuan yang mudah panas baran.Lagipula keadaan Megan yang tidak berapa sihat, jadi dia harus memberi ruang kepada gadis itu berseorangan untuk sementara waktu.
Jam menginjak pada jam 10 malam.Kedengaran bunyi enjin kereta di luar membuatkan Puan Zara terganggu dari tidurnya lalu dia menuju ke arah pintu besar untuk menyambut kepulangan Encik Cooper.
Sebaik sahaja Encik Cooper tiba di muka pintu, dia terus mencari anaknya, Megan.Wajahnya nampak sungguh bimbang.Mungkin bimbangkan tentang anaknya dengan Puan Zara kerana dia tahu Megan tidak menyukai wanita itu melawatnya.Dia juga pasti Megan akan memarahinya.
"Megan di mana? " Dia melilaukan matanya melihat di setiap ruang namun dia tidak melihat kelibat gadis itu.
"Sekarang ni dia tengah rehat kat bilik dia so jangan risau saya dah jumpa dia tadi and everyting is fine.Awak lapar keh? Kalau ya pun jom saya teman awak makan dulu" ujar Puan Zara lalu dia menuju ke arah meja makan yang mana beberapa jenis lauk yang sudah pun dihidangkan dari tadi.
"Nak cakap ni"
"Ya, apa dia"
"Masa awak lawat dia tadi, dia tak marah keh Zara? Saya risau kalau dia masih taknak terima awak sebagai ibu" luah Encik Cooper sebelum dia meneruskan suapan yang seterusnya.
"Megan baik jeh pun tadi.Pasal tu janganlah awak risau sangat mungkin belum waktunya dia nak anggap saya ibu dia.Tapi saya berharap suatu hari nanti dia akan terima saya juga"
"I'm also like that sayang"
:END FLASHBACK🔺
Bunyi notification yang masuk di telefon Natalie membuatkan dia amat geram ditambahi lagi dari chat Whatsapp.
"Siapa pula yang hantar email pagi-pagi ni? Dah macam takde kerja lain pula nak kacau orang" rungut Natalie sambil jari tangannya lincah menekan skrin telefon.
Selesai membaca email yang dihantar, dia mulai bingung siapakah gerangan penghantar itu.Namun dalam pada masa yang sama hatinya berdebar kerana penghantar email itu hendak ingin berjumpanya.Rasanya orang tu nak apa ye?
"Aku nak balas email dia ke tak ni? Lagipun dia stranger aku mana kenal dia pun silap-silap penculik kot" bisik hati Natalie.Dia yang sudah berasa ketakutan lalu email itu dipadam.
Baru sajah Natalie meletakkan telefon di sebelah mejanya tidak semena-mena telefonnya berbunyi sekali lagi.
Ha??? Dia lagi? Siapa dia ni?
"Sumpah aku tak tahu dia ni hantu atau manusia.Macamana dia tahu aku padam email tu? Seramlah. Jangan-jangan ada kamera tersembunyi kat bilik aku ni" teka Natalie yang sudah pun cemas.Dia melihat sekeliling ruang biliknya.Tanpa berlengah lagi, dia segera menutup tingkap biliknya.
Ni mesti ada orang tengah intip Natalie secara diam-diam.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
RomanceBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...