Part 31⚓

105 11 2
                                    

Sudah berulang kali Megan menelefon Luca malah mesej juga dihantar namun tiada satu pun balasan dari Luca.Dia sudah naik geram mahu saja dilempar iPhone yang baru dibelinya kelmarin
lalu dia melabuhkan punggung di sofa yang berempuk lembut itu dengan disertai dengusan.
Dia sudah berasa ditipu oleh Luca.Sungguh tiada guna!

Megan membebel bersendirian."I sudah bantu dia tapi ini yang dia balas dekat I.Hurmm..dasar penipu menyesal pula I transfer wang dengan dia!"
Puan Zara muncul di ruang tamu lalu dia duduk di sebelah kiri Megan.

"Megan awak okay tak ni? Tadi Megan cakap dengan siapa? " Tanya ibu Megan dengan lembut sambil dia memandang wajah Megan yang kelihatan bengis itu.

"You baru saja nak ambil berat dengan I sekarang.Selama ini you tak macam ni pun.Why? I nak tahu hantu mana yang rasuk you?" Suara Megan kedengaran begitu kasar seraya dia menjeling ke arah ibunya atau lebih dikenali sebagai ibu tiri.

"Megan janganlah cakap macam tu.Kalau Megan ada masalah mummy boleh tolong Megan.Mummy tolong mana yang  mummy mampu saja.Jangan sembunyikan masalah tu nanti papa awak pula yang risau" balas puan Zara walaupun hatinya sudah terluka namun dia tetap bersabar dengan sikap Megan.Dia cuba berusaha untuk membuang perasaan benci Megan terhadapnya.Sejak pertama kali dia datang di rumah itu kehadirannya langsung tidak disenangi oleh Megan.Dia tahu kehadirannya yang untuk kali yang ketiga tetap masih perasaan yang sama mungkin tahap kebenciannya juga semakin tinggi juga.Puan Zara berasa bersalah kerana sudah setahun dia berada di Perancis dengan sebab yang tertentu.

"Megan mummy sangat minta maaf fasal mummy tak datang melawat di sini.Mummy janji mummy tak tinggalkan Megan lagi" suara Puan Zara begitu sayu dengan air mata yang berlinangan di pipi.Megan yang sudah tidak tahan melihat ibu tirinya lalu dia berdiri sambil memeluk tubuhnya dengan lagak yang sangat sombong.

"Lepas setahun you tinggalkan I dengan papa I terus you datang pergi sini.Agaknya you datang nak minta duit dengan papa I lagi kan? Duit semua tu you guna untuk apa?Dasar mata duitan.Pergi dari sini you tidak sesuai dengan papa I! " jerit Megan seperti orang gila.Matanya sudah membulat dengan pandangan yang begitu tajam.

"Bukan macam tu Megan.Saya bukan jenis orang yang macam tu.Believe me Megan.Saya datang di sini sebab saya betul-betul rindukan Megan dengan papa Megan juga"jawab Puan Zara yang masih berada di atas lantai sambil menangis.Megan hanya tersenyum sinis melihat tindakan ibu tirinya yang kini sedang pun merayu.Dia langsung tidak mempunyai belas kasihan malahan dia lebih suka ibu tirinya terluka.

"Zara"panggil ayah Megan sebaik saja dia masuk di ruang tamu lalu dia meluru ke tempat isterinya dengan kelihatan cemas.

"Kenapa tak telefon awal-awal lagi? supaya saya boleh jemput di airport tadi" kata ayah Megan.Puan Zara hanya menggeleng kepala.Dengan perlahan-lahan Encik Cooper membantu isterinya duduk di sofa manakala pembantu mereka segera ke ruang dapur untuk menyediakan apa yang patut.

Encik Cooper yang melihat keadaan isterinya yang sudah jauh berbeza dari dulu, dia terkejut melihat perubahan isterinya yang sudah pun kurang berisi bukan seperti dulu lagi.Dia juga kelihatan seperti pucat dan tidak bermaya.Meskipun begitu dia tetapi menyayangi isterinya lalu dia memeluk tubuh isterinya dengan penuh kasih sayang.Tanpa disedari air matanya menitis setelah lama dia tidak bertemu Puan Zara.Megan yang melihat mereka berdua, dia terus  keluar dari rumah itu dengan hati yang tidak puas hati.Dia betul-betul tidak senang melihat ayahnya dengan puan Zara bersama.

Pada malam itu, Encik Cooper menemani isterinya yang sedang terbaring di atas katil.Doktor peribadinya sudah pun memeriksa keadaan isterinya pada petang tadi.Doktor peribadinya mengatakan isterinya mengalami tekanan perasaan yang tidak begitu serius.Encik Cooper berasa lega.Tetapi apa yang menghairankan selama ini dia tidak tahu mengapa isterinya begitu.Apa yang menyebabkan isterinya mengalami tekanan itu? Semuanya persoalan bermain di mindanya.Timbul perasaan simpati terhadap isterinya.

"Semoga sayang cepat baik" lalu dahi isterinya dikucup lembut dan penuh kasih sayang.Ayat yang diucap sebentar tadi masih kedengaran oleh Puan Zara.Dalam hati dia hanya mampu berdoa agar Megan dapat menerimanya sebagai ibu dan dia berharap Megan sedar dengan sikapnya suatu hari nanti.

Suasana di awal pagi begitu tenang.Encik Cooper dan isterinya sedang berbual-bual di meja makan sementara menunggu pembantu rumah mereka menyediakan sarapan pagi.Megan terus menarik kerusi lalu duduk tanpa melihat wajah kedua-dua orang tua itu.Encik Cooper yang menyedari anaknya dari tadi hanya mendiamkan diri lalu dia bertanya."Megan kenapa ni? Dari tadi diam saja.Kalau Megan tidak puas hati tentang kelmarin, jangan simpan saja.Lagi satu Megan kena minta maaf dengan mummy kamu.Dia tidak bersalah Megan.She's still your mother and I want you treat her like your mother.Boleh Megan? " kata Encik Cooper dengan sungguh berharap sekali begitu juga dengan Puan Zara.

Megan sempat mengeluh kecil."Pa! Kalau Megan tak suka jangan paksa.Megan tetap tidak akan terima dia.Kalau macamtu lebih baik Megan sarapan di Restoran sajah" balas Megan lalu dia meninggalkan tempat itu.

Puan Zara hanya tunduk.Dia tidak tahu bagaimana lagi cara lain yang boleh membuatkan Megan menerimanya.Rasanya dia tidak sesuai menjadi ibu kepada Megan.Malahan dia sendiri rasa bersalah selama ini.Maafkan aku Megan.


Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now