Part 26⚓

115 15 0
                                    

Luna muncul di ruang tamu besar sambil dia menangis teresak-esak.Kelihatan ibu dan ayahnya sedang menonton berita di televisyen.Mereka yang mendengar tangisan anak mereka lalu dengan segera mereka menghampiri Luna.

"Honey what's wrong with you? Why are you crying? " tanya ibu Luna dengan penuh tanda tanya.Hatinya terus resah dan takut lebih-lebih lagi dia melihat pakaian anaknya yang terkoyak di bahagian bahu.

"Honey tell me siapa yang buat awak sampai macam ni? Honey kenal tak orang tu? Please bagitahu papa supaya papa dapat ambil tindakan segera" pujuk ayah Luna kerana dari tadi soalan mereka langsung tidak dijawab oleh Luna sebaliknya dia hanya berterusan menangis.

"Ma...pa...Luna takut...Luna trauma pa...handbag Luna hilang..and Luna hampir diculik" jawab Luna setelah ibu bapanya mendesak Luna agar memberitahu perkara sebenar.Mereka sangat terkejut mendengar kata-kata dari Luna.

"Begini nanti papa report masalah ni di balai polis.Honey ada tengok plat car number kereta tu?" Tanya ayahnya lagi.

Luna hanya menggeleng kepala.

"Pa..Luna takut pa...Luna takut kalau orang tu datang culik Luna lagi" ujar Luna dengan tangan yang terketar-ketar.

"Takpe Luna buat masa sekarang ni kalau Luna nak keluar pergi shopping macam tu nanti papa suruh Adler temankan Luna.Don't worry honey nanti papa call Adler" ujar Leftenan Cooper.

"Betul keh ni papa? Macam mana kalau Adler tolak?" Soal Luna dengan menunjukkan reaksi wajahnya yang kecewa.

"Tak mungkin Adler tolak macam tu jeh lagipun papa tak bagi lama sangat untuk teman Luna nanti.Papa sebagai Lef taknak ganggu kerja dia.Ini hanya sementara saja Luna sambil tu papa cari bodyguard lah nanti" kata ayah Luna.

"Alright thank you papa sebab papa sangat alert dengan safety Luna.Kalau macam tu Luna naik dululah" balas Luna dengan hati yang tidak sabar lagi.

Tak sangka papa aku percaya juga.Ni lah Luna yang sangat pandai berlakon mungkin kalau aku masuk berlakon mesti aku dah dapat title the best actress" getus hati Luna.Dia sempat memuji dirinya.Kakinya melangkah menuju ke arah meja solek yang di mana terdapat beg tangannya.

Tangannya mencapai beg tangan yang berjenama 'Gucci' itu."I mana sanggup kehilangan handbag I yang mahal ni.No tak boleh" kata Luna sendirian.

Dia memandang wajahnya ke arah cermin lalu dia menoleh pada bahunya.

"Setakat baju ni 500 ringgit I tak kesah asalkan lakonan I tu berjaya.I'm not give up easily until I get you baby, Adler.Wait for me" Luna menuju ke almari pakaiannya lalu dia memilih skirt yang mempunyai paras lutut itu dan juga baju yang berlengan panjang.

Leftenan Cooper yang dari tadi resah lalu dia menelefon Adler.Dia takut sekiranya perkara itu berterusan dan anaknya menjadi mangsa.

"Ad awak boleh datang di rumah saya malam ni sebab saya nak minta tolong ni.Later you will know" kata ayah Luna di dalam talian.

"Alright sir.Ohya sir kira-kira saya datang di rumah sir pukul berapa? "Soal Adler.

"Lebih kurang jam 7 begitu.Make sure awak datang nanti kita bincang tentang perkara ni" kata Leftenan cooper sekali lagi sebelum dia menutup panggilan.

"Okay sir don't worry I will" jawab Adler.

Setelah panggilan dimatikan, Adler berfikir sejenak.Dia berasa hairan kerana dia dipanggil berseorangan sahaja.Dia juga disuruh untuk datang di rumah Tuan Cooper pada waktu malam.Tanpa berfikir panjang dia pun masuk ke bilik air untuk mandi.

Natalie sudah beberapa kali mencuba untuk menelefon Adler tetapi panggilanya tidak disambut langsung.Setelah beberapa kali menelefon dia pun terlelap di atas katilnya.Sebenarnya dia menelefon Adler kerana ada sebab.

Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now