Part 32⚓

105 11 4
                                    

Disebabkan pada hari ini cuti, Adler sudah membuat rancangan lebih awal lagi untuk membawa Natalie ke sebuah pulau.Dia mahu meluangkan masa bersama buah hatinya itu.Segala barang dan peralatan yang penting sudah disediakan.Dia berharap rancangannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Selesai mengenakan baju T-shirt berwarna kelabu berserta seluar yang sesuai, Adler mencapai kunci keretanya lalu beredar meninggalkan rumahnya.Dia memandu menuju ke rumah Natalie.

Beberapa minit kemudian, muncul figura Natalie lalu dia masuk ke dalam perut kereta.Semasa dalam perjalanan, Natalie sempat mencuri melihat Adler yang sedang sibuk dengan pemanduannya.
"Segaknya.Sebenarnya dia nak bawa aku pergi mana? Nak cakap pergi shopping tapi tidak.Hairannya aku dengan Adler" bisik hati Natalie.

Cuaca pada hari itu sungguh baik.Pandai betul Adler pilih hari yang sesuai.Adler yang melihat Natalie merasa kepanasan seraya dia menarik tangan Natalie dengan lembut.Mereka sempat berkunjung di sebuah kedai yang mana menjual pelbagai jenis topi sebelum mereka bertolak naik kapal untuk ke pulau.

"Hello, encik nak pilih yang mana satu? " ujar penjual wanita itu sambil tersenyum.

"Saya nak beli topi untuk kekasih saya.Rasanya topi yang mana yang sesuai untuk dia? " Adler sempat berfikir.Wajah Natalie dipandang oleh wanita itu.

"Ohya untuk dia, dia lebih sesuai guna topi yang ini.Encik tak rugi dapat kekasih macam dia.Dia cantik.Patut pun encik pilih dia" seraya wanita itu memberikan topi kepada Adler lalu Adler pun memakaikan topi itu kepada Natalie.

"Sayang suka tak topi ni? Kalau tak sayang boleh pilih yang lain" kata Adler sambil matanya masih melihat topi yang ada di atas kepala Natalie.

"Suka sangat.Lagipun warna topi ni kegemaran aku pun.Tapi kita nak pergi mana ni? " soal Natalie.

Kepala Natalie diusap perlahan."Sayang tengok sajahlah nanti" jawab Adler.

"Manisnya pasangan ni" sampuk wanita itu.Tidak semena-mena pipi Natalie menjadi merah apabila wanita itu memuji kemesraan mereka.
Setelah selesai membuat pembayaran topi dan menjamu selera barulah mereka bertolak menuju di kapal yang sudah pun menunggu mereka.

Natalie amat terpegun melihat keindahan laut itu semasa berada di kapal.Angin pada masa itu bertiup sepoi-sepoi bahasa.Adler menapak ke arah belakang Natalie secara senyap-senyap.Natalie langsung tidak menyedari kehadiran Adler di situ disebabkan dia amat gembira.Adler pun berdiri di sebelah Natalie sambil kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar lagi menambahkan ketampanannya.

"Ad kita tak bermalam di pulau kan? Natalie takut kalau..." Seraya Adler menutup mulut Natalie sambil dia merenung mata Natalie.

"Sayang don't talk like that I don't want something bad happen with us.Don't you worry I will protect you and I promise I will stay with you until my last breath" kata Adler dengan suara yang penuh romantik lalu dia mendakap tubuh Natalie manakala Natalie terkesima.Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata lagi akibat terkesan dengan ayat dari Adler sebentar tadi.

"Can you promise me that you also stay forever with me.Sayang I want to hear your answer.Please" rayu Adler.Ya dia ingin sekali mendengar jawapan dari Natalie.

"Yes, I will do it.I love you, Adler" ucap Natalie dengan hati yang penuh ikhlas dan tulus dari hati.Satu senyuman yang terbit di bibir Adler.Hatinya senang apabila Natalie mengatakan ayat seperti itu dan dia berharap agar hubungan mereka berkekalan sehingga akhir hayat.Segala dugaan yang datang menimpa akan mereka harungi dengan bersama-sama.

Pada waktu malam itu, kelihatan kunang-kunang berkelipan di sekitar kawasan.Segala kemudahan di rumah penginapan itu disediakan dengan lengkap hal ini memudahkan segala kerja.Natalie yang sudah selesai membersihakn diri, dia pun menunggu Adler di luar.Jam di tangan sempat dikerling.Jarum jam tangan sudah pun menunjukkan jam 8 malam tepat.

"Adler awak di mana? " getus hati Natalie yang sudah pun mula risau.Dia takut kalau ada sesuatu yang terjadi pada Adler.Dalam hati dia hanya mampu berdoa.

Tiba-tiba matanya ditekup dengan kain.Natalie sudah panik.Peluh sudah memercik di dahinya.

"Adler...tolong...Adler..." Jerit Natalie.Dia tidak mampu melihat di mana arah yang harus dia jalan jadi ini menyukarkan bagi Natalie yang dia tahu dia dibawa di sesuatu tempat lalu dia ditinggalkan berseorangan.

Apa ni?

Natalie yang sudah merasa sukar untuk melihat lalu dia membuka ikatan pada kain itu tetapi ada tangan yang lebih pantas lagi untuk membukanya.Segera Natalie menghentikan pergerakan tangannya.Selepas ikatan kain tersebut dibuka dengan perlahan-lahan dia melihat ke arah belakang.

"Adler awak buat apa ni? Awak buat saya bimbang tahu tak? Saya takut kalau awak pergi jauh dari saya.Awak pergi mana tadi? " Tanya Natalie bertubi-tubi.Nampak sungguh dia risau.

"Sorrylah sayang lain kali tak buat macam ni lagi.Sebenarnya saya nak bawa pergi di suatu tempat.Awak nak tak? " kata Adler sambil dia menaikkan sebelah keningnya lalu dia mengenyitkan matanya.

"Dah takpayah kenyit mata tu.Pergi mana pula? " soal Natalie dengan perasaan yang ingin tahu.

"Lah sayang aku cuma kenyit mata dekat sayang sajah.Tak salah pun sebab untuk sayang sajah pun.Aku buat bukannya orang lain.Sayang dengar tak ni? " kata Adler yang melihat Natalie yang pura-pura tidak mendengarnya.

"Aku dengarlah" jawab Natalie dengan selamba.

Adler yang belum berpuas hati dengan jawapan dari Natalie lalu bibir Natalie dikucup dengan lembut dan penuh romantik.

"Degil sangat baby aku ni kan dapat free kiss dari aku.Thanks sayang" ucap Adler sekali lagi dia mengenyitkan mata.Sudah berapa kali pipinya berona merah hari ini.Malunya!

"Enough Adler awak buat saya melting sajah" ujar Natalie sambil tersipu malu.

"Okaylah sayang.Jom pergi makan" tangan Natalie dipegang lalu mereka pun menuju di sebuah tempat yang telah pun dihias dengan lampu neon yang berwarna-warni itu.Terdapat sebuah meja dan juga kerusi untuk mereka berdua.Makanan kegemaran Natalie juga turut ada di atas meja itu.Ini membuatkan hatinya bertambah gembira lagi.

Mereka berdua pun menikmati hidangan makanan itu dengan penuh selera.Kedengaran gelak ketawa pasangan itu memecahi keheningan di waktu malam.






Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now