Natalie merasakan dirinya sedang menyelam, ianya sama seperti seorang angkasawan sedang melayang-layang dia angkasa.Dia menyelam sambil menikmati keindahan dunia kedua di bawah laut.Bayangkan anda dapat menikmati pemandangan di bawah laut dan kehidupan laut yang tidak pernah anda lihat dengan mata sendiri.Mesti nak rasa kan?
Dia sempat menangkap gambar hidupan laut itu untuk dijadikan kenangan semasa berada di bawah laut.Natalie menyelam dan terus menyelam lagi.
Tiba-tiba muncul seorang penyelam yang juga menyelam di situ.Natalie cuba melihat wajah penyelam itu tetapi pandangannya tidak begitu jelas.Penyelam yang tidak dikenalinya itu cuba menjauhi darinya lalu Natalie segera mengekori penyelam itu.
Dia amat terkejut apabila dia memandang di sekelilingnya dia amat kagum dengan keindahan pemandangan di bawah laut itu.Sedang dia leka menikmati keindahan hidupan laut itu bahunya disentuh dari arah belakang.Dia segera menoleh ke arah belakang ternyata penyelam itu adalah seorang lelaki.
Bahu Natalie digoyang lalu serta merta mimpinya hilang.Baru nak mimpi dengan penyelam lelaki tadi tu tak jadi lah pula.Tapi aku nak tahu siapa lelaki yang muncul dalam mimpi aku tu?
"Lima minit lagi kita dah sampai ni so honey get prepare" ujar ibu Natalie, Katlyn.Manakala ayah Natalie sibuk memandu.
"Okay mummy" balas Natalie sambil mengesat matanya.Hatinya berdebar-debar kerana dia pasti ramai yang masuk di kelab scuba diving itu.
Tidak lama kemudian mereka pun tiba di tempat itu atau lebih dikenali sebagai The Woodlands Scuba Club.Bangunan itu amat besar dan luas memang sesuai untuk dijalankan aktiviti seperti aktiviti air.Hansen Dallas sudah pun mendaftar nama anaknya lebih awal lagi agar tidaklah terburu-buru nanti.Lagipun banyak yang mendaftar diri mereka di kelab skuba itu.
"Sweetie i hope you can do it no matter what happend just remember that this is your dream right? if you have something problems just call us we always here for you" kata Hansen, ayah Natalie dengan penuh yakin.
"Thanks daddy and i'm always remember your words" lalu tubuh ayahnya dipeluk dengan erat.
Dia amat menyayangi ayahnya kerana segala impiannya pasti ayahnya sentiasa menyokong dan begitu juga ibunya, Katlyn."So honey tak peluk mummy ke ni" kata Katlyn sambil tersenyum.
"Mummy merajuk ke ni? " balas Natalie lalu tubuh ibunya dipeluk dengan penuh kasih sayang.
"I'm just joking honey.Make sure call kami and kesihatan tu perlu dijaga kalau tak anak mummy jatuh sakit tak pelah kalau kamu tu ada boyfriend boleh juga tolong tengokkan" ujar Katlyn sambil tersenyum-senyum.
"Yes mummy Natalie can do it without boyfriend" lantas Natalie ketawa.
"Iyalah mummy tahu okaylah kalau macam tu kami nak gerak dulu.Bye honey" kata ibu Natalie.
Lalu kedua-dua ibu bapa Natalie melambaikan tangan ke arah anak mereka.Natalie mula tidak berasa selesa apabila dirinya berkali-kali dipandang.Weh apa ni tengok-tengok macam jeh aku ada buat salah atau ada sesuatu dekat muka aku ni kalau boleh beritahu sajahlah.
Bagasinya ditarik lalu menuju ke arah bilik yang telah ditetapkan.Kad yang dipegang oleh Natalie adalah bernombor 5 so kiranya bilik Natalie adalah bilik 5.Dia menghembuskan nafasnya sebelum dia menolak pintu itu."Wow boleh tahan bilik ni patut pun mahal tak juga rugi " bisik hati Natalie lalu dia mula mengemaskan segala barangnya yang ada di dalam bagasi.
Decoration bilik itu juga amat menepati cita rasa Natalie.Warna dinding bilik itu pula adalah biru laut.Ini lebih membuatkan Natalie amat gembira lagi.Pintu biliknya diketuk oleh seseorang lalu Natalie segera menuju ke arah pintu.
"Kamu Natalie Skylar Hansen, betul? " ujar seorang wanita yang sedang memegang fail.
"Ya, saya" jawab Natalie sambil tersenyum manis ke arah wanita itu.
"Jam 7 pastikan sudah ada di dewan sebab kita ada new instructor jadi tolong patuhi arahan" kata wanita itu lagi sebelum dia meninggalkan tempat itu.
"Oh..okay.Noted." Seraya pintu ditutup.Fuh baru nak rehat kejap tak dapat pula.Natalie mengorak langkah menuju ke arah bilik air.
Jam di dinding telah pun menunjukkan jam 6:45 malam.Natalie berlari menuju ke arah dewan seperti apa yang telah dikatakan wanita itu tadi.Dia memilih tempat duduk yang di mana sebelahnya adalah perempuan.
"Hai boleh saya duduk di sini" kata Natalie.
"Boleh" balas perempuan itu lalu dia melontar senyuman.
Sementara menunggu kedatangan instructor mereka pun berbual bual sambil memperkenalkan diri masing-masing.
"Natalie kamu memang nak belajar skuba atau.? " tanya Megan dengan sengaja melambatkan percakapannya.
"Ya memang pun itu impian saya.Saya mula minat skuba ni pun masa umur saya 18 tahun.Saya tahu kelab skuba ni pun dari kawan ayah saya lepastu ayah saya daftar nama saya kat sini" terang Natalie dengan bersungguh-sungguh.
Megan mengganguk kepalanya tanda faham setelah mendengar penjelasan dari Natalie.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi mikrofon lalu seorang wanita berucap di atas pentas.
"Seperti apa yang kamu tahu harini kelab ini akan menerima seorang instructor baru.Diharap semua yang ada di sini supaya mendengar apa yang disampaikan oleh instructor baru kita.Terima kasih"
Semua pun tidak sabar melihat bagaimana wajah instructor baru itu terutamanya perempuan.Keadaan menjadi semakin bising apabila muncul figura lelaki itu. Tepukan gemuruh diberikan kepada instructor itu setelah dia berada di atas pentas siap dengan berpakaian long sleeve.Penampilannya amat menarik membuatkan perempuan tergila-gila dengannya dan sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan jatuh cinta.
"First yang korang nak tahu memang nama kan?so nama saya Adler Reid Bruce.As you know I'm your new instructor dan saya amat memerlukan kerjasama dari anda.Lagi satu semasa latihan skuba nanti tolong dengar arahan saya sebab saya pantang orang yang tak dengar arahan saya semasa mengajar.Ok that's only and see you on training skuba nanti" kata Adler dengan penuh yakin.
Setelah ucapan ringkas yang disampaikan tadi, semua orang pun bersurai masing-masing pulang ke bilik tidur yang telah pun disediakan tetapi ada juga terus ke kafeteria untuk mengisi perut.
"Natalie tak sangka kita dapat instructor hensem omaigad " kata Megan di sebelah Natalie.
Sebenarnya Natalie malas ambil peduli tentang instructor baru mereka itu tapi dia terpaksa melayan perangai Megan.Dia berasa letih pada masa itu.
"Oklah Megan besok kita jumpa lagi"
"Weh kejap besok jumpa di kafeteria kita breakfast sama-sama.Boleh? "
"Okay" jawab Natalie ringkas sahaja.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
RomansBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...