Part 30⚓

135 14 0
                                    

Luca melihat pergerakan Mateo sejak dari tadi.Dia memakai topi berserta kaca mata berwarna hitam.Dia tidak sabar untuk menewaskan lelaki yang bernama Mateo itu.Pada awal lagi dia sudah menyediakan rancangannya untuk pergi ke kelab menyelam itu.

Tanpa membuang masa, Luca segera menuju di Restoran yang mana Mateo juga turut ada di situ.Dia pun duduk di kerusi yang mana meja Luca dengan Mateo hanya berdekatan sahaja.Luca sengaja berbuat sedemikian agar dia dapat mendengar perbualan Mateo dengan rakannya.

"Sejak kebelakangan ni aku rasa banyak masalah timbullah bro.Aku hairanlah selalunya kelab aku tak macam ni tapi kali ini pelik.Macam-macam masalah sampai sampai aku tak senang tidur" luah Mateo kepada rakannya atau lebih dikenali sebagai Danny.

"Apa masalah kau bro cuba bagitahu aku.Manalah tahu aku boleh bantu kau.Kesian aku nampak kawan aku ni"

Mateo pun memulakan perbicaraannya tanpa dia sedari yang Luca ada di belakangnya."Begini kelab aku selalu kena complain yang setiap kali ada orang yang datang kat situ nak belajar diving mesti mereka cakap yang keselamatan kat kelab aku tu tak terjamin.Entahlah aku pun bingung sekarang apa masalah mereka.Lepastu aku dengar lagi setiap malam di kelab aku ada orang yang sentiasa berlegar-legar di kawasan kelab aku ni.Entah apa orang tu mahu.Peliklah aku rasa" luah Mateo.Luca tersenyum sinis mendengar luahan daripada Mateo.Dia bangga apabila mendengar ayat itu keluar.

Danny cuba memahami kata-kata rakannya itu."Tapi bukankah kawasan kelab kau tu ada CCTV keh?  Kau dah tengok keh belum? " kata Danny.

Mateo mengeluh kecil."Aku dah check tapi tak pastilah pula siapa orang tu sebab dia ada topeng.Manalah aku tahu siapa yang buat semua ni"

"Bro nampaknya kau kena hati-hati lepasni sebab aku rasa macam ada orang yang berdendam dengan kau.Kau ada musuh keh ni? " soal Danny yang ingin tahu.

"Aku rasa takdelah tapi yang aku tahu masa ayah aku bagi tanggungjawab nak handle kelab ni ada orang yang tak puas hati.Tapi aku tak pasti sebab aku taknak tuduh dia"

"Orang tu siapa? Aku nak tahu siapa orang tu manalah tahu orang tu yang buat.Kita tak tahu bro mungkin dia berdendam dengan kau" ujar Danny dengan sungguh-sungguh.

Luca yang sudah mendengar perbualan Mateo dengan Danny, dia pun segera pergi meninggalkan tempat itu.Nampaknya dia harus bertindak dengan cepat lagi sebelum mereka mengesyaki perbuatannya.Bukan itu sahaja, dia harus berhati-hati selepas ini.

"Siapa lagi kalau bukan Luca"

Danny tersentak mendengar nama itu.Dia terkejut seolah-olah tidak mempercayai kata-kata rakannya.

"Bro kau dengan dia kan adik-beradik mustahil Luca buat macam tu.Jangan pula dia nak berdendam dengan kau.Bahaya bro"

"Aku dah agak perkara ni berlaku. Kalau kau nak tahu lepas ayah aku bagi tugas dekat aku memang Mateo dah taknak balik rumah lagi masa tu.Dia pergi kat Amerika selama beberapa tahun disebabkan perkara tu jeh.Masa tu Mateo langsung tak pulang, telefon dan cakap dengan kami.Aku tahu dia benci ahli keluarga dia sendiri itu sebab dia nak berdendam" kata Mateo dengan panjang lebar.

"Aku rasa bro apa yang kau cakap tu kemungkinan besar semuanya betul.Dari segi pandangan aku sendiri pun memang sangat nampak dia berdendam.Aku nak pesan kau sekali lagi kau kena hati-hati dah lepasni sebab kita tak tahu apa yang berlaku nanti.Kalau kau nak minta tolong just bagitahu aku.Aku boleh bantu kau" ujar Danny.Mateo mengganguk kepala tanda faham.

"Alright.Kalau begitu aku nak pulang dululah" pinta Mateo.

"Okay bro" lalu dia sempat menepuk bahu Mateo.

Meja ditumbuk dengan kuat.Luca melepaskan kemarahannya setelah dia mendengar perbualan antara Mateo dengan Danny petang tadi.Semua konconya hanya tunduk ke bawah.Masing-masing berdiam diri tanpa melihat wajah Luca yang sudah bengis itu.

"Malam ni aku nak korang pergi di kelab tu lagi.Kalau korang nampak muka Mateo masih ada di situ aku nak korang bawa dia pergi sini.Jangan sampai ada yang nampak perbuatan kamu.Faham? " kata Luca yang masih duduk di kerusinya.

"Faham tuan" jawab konco-konco Mateo dengan serentak.

Tanpa membuang masa lagi mereka pun segera bergerak menuju di kelab milik Mateo seperti apa yang telah diarahkan Luca sebentar tadi.Mereka pun mengintip kelab itu sekiranya Mateo ada di situ.Setelah beberapa minit kemudian, kelibat Mateo belum ada di situ.Rudy pun menelefon Luca.

"Tuan rasanya Mateo tiada di kelab.Mungkin malam ni dia tidak datang" kata Rudy di dalam talian dengan rasa takut.

"Aku rasa dia dah tahu perkara ni selalunya dia datang di kelab tu tapi kali ini dia tak ada pula.Mesti dia dah tahu.Kalau macam tu korang baliklah" balas Luca.

"Baik tuan" Rudy pun mematikan panggilan lalu mereka pulang di rumah yang mana tempat mereka untuk berkumpul.

"Mesti dia dah tahu perkara tu" getus hati Luca.






Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now