Jam loceng yang berbentuk bulat dengan hiasan karang yang cantik itu berbunyi setelah jam menunjukkan jam 6 pagi membuatkan Natalie terbangun.
Dia segera menuju ke bilik air dengan melakukan rutin hariannya seperti biasa.Natalie meninggalkan biliknya lalu mengorak langkah menuju ke arah kafeteria seperti apa yang dijanjikan oleh Megan.
Megan melambaikan tangannya ke arah Natalie lalu Natalie menuju ke tempat meja Megan.
Mereka berdua pun menjamu selera dengan menikmati Bacon bersama telur di awal pagi dan juga susu.
"Nat awak tak sedar keh yang instructor baru kita tu hensem.Lagi-lagi kalau dia senyum indah dunia ni aku rasa" kata Megan.Siap dia mula berimaginasi dengan instructor baru itu lagi.
"So aku tak kesah pun kalau dia hensem.Dahlah lepas ni ada latihan lagi aku taknak lambat ni" balas Natalie.Dia malas bercerita panjang mengenai instructor itu.
Adler sedang khusyuk memberikan taklimat berkaitan tentang skuba.Dia turut menjelaskan tentang peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menyelam.
"Pastikan kamu sentiasa ingat kesemua rules apa yang saya bicarakan tadi.Lepasni kamu dapat melihat semua peralatan untuk menyelam" kata Adler.
Mereka pun bergerak menuju di sebuah kolam renang yang amat luas dan juga besar.
"So saya nak seorang untuk datang di depan.Any volunteer? " kata Adler
"Sir my friend" ujar Megan lalu menunjuk Natalie.
"Eh! Megan kenapa ni? pergilah sendiri saya taknaklah"
"Okay come in front. Hurry up" ujar Adler.
Natalie pun segera ke hadapan.Dia sempat memberi jelingan ke arah Megan.Siapa suruh kau Megan kan dah kena jelingan maut.
Adler mendekati Natalie lalu dia memandang ke arah wajah Natalie.
Kalau nak tengok muka tu pun janganlah tengok lama-lama malu lah aku.Natalie cuba untuk tidak melihat wajah instructornya itu.Dia berpura-pura memandang ke tempat lain.
"Kau tak sedar keh aku tengok muka kau ni? " ujar Adler yang masih lagi melihat wajah Natalie.
"Sedar tapi janganlah tengok muka aku lama-lama aku malulah tahu tak" jawab Natalie.
"Sorry I'm not interesting your beautiful face but I'm interesting your clip hair.Aku nak kau buka clip hair tu sekarang juga" suara Adler kedengaran amat tegas.
"Ouh I'm sorry sir" lalu membuka klip rambutnya lalu diletakkan di meja yang berada di sebelahnya.
"So kita mulakan sesi pengenalan tentang peralatan untuk menyelam"
"Untuk membolehkan anda bernafas dan bergerak bebas ketika menyelam, anda memerlukan peralatan seperti buoyancy control device atau nama singkatannya ialah BCD.BCD digunakan untuk memegang tangki skuba.Ia juga bertindak sebagai jaket keselamatan untuk memberikan apungan tambahan.
Kedua, regulators.
Regulators ialah alat membantu menyalurkan udara dari tangki ke mulut penyelam melalui hos berkualiti tinggi yang mampu menahan kadar tekanan tinggi"Seorang lagi pembantu wanita yang sudah pun mahir dalam semua peralatan untuk menyelam membantu Natalie untuk memasang scuba bcd pada tubuh Natalie begitu juga dengan regulator first stage.
Seterusnya Adler menjelaskan peralatan untuk menyelam lagi.
"Yang ketiga adalah face mask.Alat ini membantu penyelam melihat di dalam air dan melindungi lubang hidung daripada dimasuki air.Keempat, weight belt.Weight belt adalah tali pinggang yang ditambah dengan pemberat timah (1kg) ini digunakan untuk mewujudkan negative buoyancy.Ini membantu penyelam untuk menggelamkan tubuh badan mereka.Kelima, exposur suit.Pakaian seperti wetsuit dan rush guard amat penting kerana ia membantu untuk insulation dan mengelakkan anda tercedera apabila anda terlanggar sesuatu dalam air.Tapi kalau ikan duyung langgar tak jadi masalah" Adler sempat bergurau membuatkan ramai perempuan yang jatuh cinta dengan sikapnya.
"Aku yang berdiri di sini pun tak gelak.Annoying bagi aku adalah" getus hati Natalie yang sudah pun hampir lengkap berpakaian untuk menyelam.
"Keenam, tangki skuba.Tangki skuba mengandungi udara atmospheric seperti yang kita sedut, tetapi ia telah ditapis dan dimampatkan ke dalam tangki.Sebelum anda mula menyelam, make sure tangki ini telah diisi.
"Yang terakhir adalah fins.Fins serupa macam kaki itik tapi diibaratkan seperti enjin ketika menyelam.Makin besar dan panjang saiznya, makin senang untuk bergerak dalam air.Kalau fins ni tiada, penyelam tidak boleh bergerak jauh" jelas Adler dengan panjang lebar.Kini Natalie sudah pun lengkap dengan semua peralatan untuk menyelam.
"So ada soalan lagi? " tanya Adler.
"Sir saya nak tanya soalan" ujar Natalie yang berada di sebelah Adler.
"Sure.Apa dia? "
"Berapa lama boleh bernafas dalam air? " tanya Natalie.Dia sengaja menanyakan soalan itu kepada Adler.Natalie cuba menguji Adler sejauh mana Adler mengetahui tentang menyelam.
Kau ni Natalie sudah tahu Adler ni instructor scuba diving memang pun Adler tahu semuanya.
"Kebiasannya seorang penyelam boleh bernafas sehingga 60 minit di dalam air dengan hanya satu tangki skuba pada kedalaman 14-18 meter.Akan tetapi, tidak semua begitu kerana penggunaan udara bergantung pada kadar kedalaman dan prestasi penyelam itu sendiri.Ini kerana semakin dalam, semakin cepat udara dalam tangki itu habis.Ia disebabkan oleh tekanan tinggi di dasar laut memampatkan lagi partikel-partikel udara dalam tangki skuba sehingga menyebabkan air pushing out stronge" kata Adler panjang lebar.
Natalie hanya sekadar mengganguk kepala.
"Nampaknya semua pun faham apa yang saya sampaikan tadi.Saya juga berharap kamu pun telah nampak bagaimana cara untuk memakai peralatan untuk menyelam tadi.So ada perjumpaan lagi make sure do it yourself tanpa bantuan sesiapa pun.Faham? "Kata Adler.
"Faham" jawab mereka serentak.
"Sekarang semua boleh bersurai"
Natalie yang masih lagi berpakaian menyelam itu masih berdiri di situ.
"Nak saya bantu ke apa ni? " ujar Adler yang berada di belakang Natalie.
"Hello saya hanya teruja je kalau boleh nak saja saya masuk di kolam renang tu"Natalie memuncungkan mulutnya ke kolam renang.
"Kau tak tengok keh signboard dekat tepi kolam renang tu.Cuba tengok"
Natalie amat terkejut dengan kedalaman kolam renang itu.Dia seperti tidak percaya.
Dalamnya jujur aku tak berani.
"Hah tahu pun dalam.So rest jangan pula terfikir nak berenang kat situ tanpa instructor.Nanti aku pula yang susah" kata Adler.
"Okay" balas Natalie lalu dia meninggalkan Adler di situ.Rasa kekok pula kalau terlalu lama di situ lagi lagi dengan Adler.Baik aku pergi sebelum aku kena cop nak ambil hati dengan instructor baru aku tu.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
RomanceBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...