Seorang wanita yang memakai kaca mata berwarna hitam itu menuju di kelab menyelam tersebut.Wanita itu melabuhkan punggungnya di sofa yang mewah.Matanya melirik melihat perubahan kelab itu.Sungguh dia tidak menyangka Mateo dapat menjayakan kelab tersebut sehingga kelab itu hangat dalam perbualan orang ramai.Bukan itu sahaja, malah kelab itu berdekatan dengan resort menyebabkan ramai pelancong yang datang untuk menginap dan mahu belajar tentang menyelam.
Natalie hanya memerhati wanita itu sejak dari tadi sambil dia menikmati jus epal.Setelah beberapa minit kemudian, wanita tersebut menapak ke arah kaunter.Natalie yang duduk di sebelah hanya melihat wanita itu.
"Nak order apa puan? " tanya pekerja perempuan seraya tersenyum manis.
"Chocolate milkshake only" jawab wanita itu.
"Okay wait a few minutes"
Nama wanita itu dipanggil oleh seseorang lelaki lalu dia menoleh ke arah belakang.
"Hey, my son finally you coming here.Ohh...mummy sangat rindu kat awak" lantas tubuh lelaki itu dipeluk dengan penuh erat.
Natalie yang berada di sebelah menoleh ke tepi untuk melihat wajah anak wanita tersebut.Dia tergamam seketika melihat mereka.Mana taknya wanita yang memeluk lelaki itu ialah Adler manakala Adler pula langsung tidak menyedari yang Natalie berada di situ.
"Mummy kenapa tak call saya jeh tadi? Ad pun kebetulan pergi kat sini sebab Ad cuti harini" ujar Adler.
"Takpelah, mummy taknak disturb Ad pun manatahu awak kerja keh.Lagipun mummy jarang datang pergi kat sini.Ohya..Mateo ada bagitahu kat mummy yang dia nak cari model untuk menyelam ni.Lagipun dia nak cepat sangat buat penggambaran tu.Ad you ada kawan perempuan keh yang sesuai jadi model" tanya Ibu Adler.Adler berfikir sejenak.
Hmm...rasanya aku tak sangat banyak kawan perempuan ni aku hanya banyak kawan laki jeh.Kawan yang model ni ada juga tapi aku tak rapat dengan diorang sangat sebab gaya mereka tu.Over doh!
Tiba-tiba perbualan mereka terhenti apabila Megan datang di situ.
"Hi baby apa yang korang tengah borak sangat tu.I pun nak tahu juga" suaranya dilunakkan sekali.
"Ad ni girlfriend awak keh? " soal ibu Adler dengan ingin tahu.Dia juga sedikit terkejut.
"Megan awak ni kenapa? Awak sendiri pun dah tahu kan kita takde hubungan.Kau apahal nak panggil aku baby ? " suara dinaikkan sedikit.Megan memuncungkan bibirnya seperti itik lalu tangan sebelah Adler dipegangnya.
"Baby janganlah buat I macam ni.Please" mohon Megan.
"Wehhh...wehhh...kau jangan sentuh aku boleh tak" kata Adler lalu segera ditepis tangan Megan.
"Ad janganlah cakap macamtu tak bagus tau.Cakaplah elok-elok she's a girl" kata Ibu Adler tahu lebih dikenali sebagai Rozy.
Megan tersenyum bangga mendengar kata-kata puan Rozy.Fuh! Nasib baiklah aku kena support oleh mummy Adler ni.Natalie pula sudah meluat melihat wajah Megan yang tidak habis-habis mengeluarkan ayat- ayat manisnya.Megan yang telah pun menyedari Natalie yang juga turut ada di situ dia sengaja membuatkan Natalie bertambah cemburu.
"Haaa...Ad takpayah awak cari model lain mummy dah jumpa model untuk kelab ni" ujar Rozy.Megan yang sudah pun mendengar ayat " model" dia begitu teruja sehingga dia hampir menjerit nasib dikawalnya.
"Aunty I keh model dia? " tanya Megan untuk mengetahui kepastian.Puan Rozy seraya mengganguk kepala.
"Kamulah modelnya" jawab ibu Adler lalu dia membuka Whatsapp.Nama Mateo ditekan lalu dia menaip sesuatu.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
RomanceBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...