Part 41 ⚓

43 0 0
                                    

Semenjak dua beberapa hari yang lalu, Natalie merasakan keselamatan dirinya terancam malah hatinya juga tidak tenteram. Mungkin inikah petanda terjadinya sesuatu masalah besar?
Dia amat memerlukan pertolongan dari seseorang sebelum sesuatu terjadi dengan dirinya. Semalaman juga dia berfikir tentang kejadian yang mana dia merasakan dirinya diintip sehingga dia tidak mendapat tidur yang cukup.

Telefon di atas meja dicapainya lalu dia seraya mencari nama Adler. Baru sahaja dia menaip di keyboard telefonnya lalu tangannya berhenti menaip. Dia terfikir sekiranya ini akan mengganggu Adler. Dia tahu yang Adler sibuk mengurus kelab renang dan juga kerjanya sebagai navy. Dia tidak mahu membebankan Adler dengan hal ini lalu dia memadam kesemua chat yang baru sahaja ditaipnya sebentar tadi. Namun begitu, dia hanya mengharapkan Tuhan sajah yang mengetahui isi hatinya pada masa ini. Sungguh membimbangkan dan menakutkan.

The Woodlands Scuba Club

Sebaik sahaja Adler melangkah masuk di dalam kelab renang itu, langkahnya terhenti seketika apabila telefonnya berbunyi. Nama yang tertera di skrin telefonnya ialah leftenan Cooper lalu dia segera menjawabnya. Mesti ada perkara yang mustahak.

"Aku nak korang semua kumpul di bilik mesyuarat lepasni. Ada benda yang aku nak suruh korang settle as soon as possible. Urgent!" suara leftenan Cooper begitu tegas.

"Baik tuan" jawab Adler. Hai inilah kerja sebagai navy ni. Dia pun melangkah meninggalkan tempat itu lalu stereng kereta dipandu menuju ke arah tempat yang hendak ditujuinya. Pada masa itu Adler hanya mengenakan baju t-shirt berwarna hitam berserta seluar kegemarannya iaitu berjenama Nike. Setibanya Adler di tempat itu lalu dia melajukan kakinya menuju ke bilik mesyuarat. Dalam pada masa yang sama rakan sepasukannya juga turut berada di situ. Kelihatan Leftenan Cooper sudah pun menunggu mereka di dalam bilik mesyuarat tersebut.

"Memandangkan semua dah sampai aku nak korang semua alert dengan hal ni. Kali ini tugas yang aku berikan dengan kamu lebih mencabar. Aku harap team ni boleh bagi cooperation yang tinggi" ucap Leftenan Cooper dengan wajah yang serius.  Masing-masing dipenuhi dengan persoalan.

"Aku nak pecahkan dua group. Group 1 aku nak Adler lead team ni and group 2 is Scott. Jangan sampai sempadan kita dilepasi oleh musuh. As usual aku harap korang lebih berhati-hati dengan tugas ni sebab musuh belum dikenalpasti datang dari negara mana. Tapi apapun info always menyusul dengan korang. Malam ni semua team perlu ready dan semua pun tau apa yang perlu dibuat" kata Leftenan Cooper.

Selepas 30 minit kemudian, barulah mesyuarat itu selesai juga. Mereka pun beredar dari situ lalu menuju ke ruang khas untuk senjata api dan alat kelengkapan semasa misi nanti.

"Aku risaulah kalau aku sesat nanti kat hutan tu. Dahlah aku tak pernah pegi tempat tu. Tak pasal-pasal aku kena sembunyi bunian kat hutan" kata Weston yang mana peranannya sebagai "sniper" dalam pasukan itu.

"Setahu aku tempat tu ada bukit so aku rasa sempadan tu tak jauh dengan bukit tu pun" Adler cuba menyedapkan hati Weston.

"Wes kau dah besa jugakan. Sebelum ni pun tak pernah sesat juga. Kau balik juga tak hilang pun" kata Leo lalu bahu Weston ditepuknya.

" Weh ko ambik tugas aku ni. Kau kata aku tak pernah sesat dalam hutan. Aku pernah hampir sesat bro" balas Weston. Dia sempat mengimbas kenangannya itu.

"Dah tugas kau sniper apasal kau nak aku ambik pula. Tak silap nanti tembakan aku tak kena. Aku tak sangat pro part sniper ni. Risau bro musuh tak nampak pula nanti" jawab Leo. Ya, dia tahu Weston dikenali sebagai sniper di kalangan team mereka sehinggakan dia pernah mendapat anugerah penembak tepat beberapa kali. Tidak hairanlah gelaran "great sniper" sangat sesuai untuk Weston.

"Dahlah kita kena check equipment lagini" ujar Adler lalu jam di pergelangan tangan sempat dikerling. Jam telah pun menunjukan jam 5 petang. Masih ada beberapa jam mereka untuk menyiapkan semua kelengkapan yang wajib dibawa pada malam nanti.

Tanpa disedari kini sudah tiba masanya mereka untuk menjalankan misi. Seperti apa yang telah dirancangkan sedia kala masing-masing mengambil peranan. Adler terus membawa pasukannya bergerak menuju di lokasi yang sudah ditarget manakala team 2 mengubah arah menuju ke jeti. Mereka telah menaiki boat khas untuk navy untuk sampai di kapal besar yang mana terletak di pertengahan lautan.

Weston yang berseorangan itu melajukan langkahnya untuk sampai di di puncak bukit sebelum terlambat. Perjalanannya semasa menuju di bukit tadi hanyalah dibantukan dengan sinaran bulan.

"Three enemy spotted! Be careful enemy ada kat base 1. Let me settle this first" kata Weston melalui earpiece di telinganya. Dengan sekelip mata sahaja dia menumpaskan tiga bodyguard di kapal besar itu.  Dengan langkah yang penuh berhati-hati, Scott dan pasukannya terus bergerak untuk membuat pemeriksaan agar tidak ada musuh yang bersembunyi.

Tiba-tiba kedengaran bunyi enjin bot yang datang menghampiri kapal laut itu. Dengan tidak membuang masa, Weston terus menggunakan teropong yang ada pada di senapangnya untuk memeriksa keadaan sekeliling kapal besar itu.

"Team! banyak enemy approaching ni! Tak boleh stay lama" beritahu Weston. Disebabkan tiada pilihan, Scott dan pasukannya terpaksa menjunam ke laut dengan serta-merta. Weston yang melihat kejadian tersebut dia lantas bangun lalu mengorak langkah di situ sebelum Scott dan pasukannya diketahui oleh musuh.

Adler melepaskan keluhan setelah beberapa bot yang diguna oleh musuh sudah pun hilang dari pandangan. Kawasan tapak itu dipenuhi dengan bekas makanan dan kotak rokok.

" Team please check kawasan ni dulu. Be alert" beritahu Adler dengan tegas. Pandangannya tertumpu dengan kotak rokok yang mana rokok itu tidak dijual di negara tersebut. Sah mereka kali ini dari luar negara yang mana kebanyakkannya dari warganegara asing.

"Kami dah check kawasan ni. Malangnya musuh dah lari. Mungkin dalam beberapa minit yang lalu" kata Evan yang muncul di hadapan Adler.

"Aku pun rasa begitu juga. Ohya bro kau ada dapat info dari Weston?" soal Adler kepada Evan.

" Wes bagitahu aku yang musuh dah sampai di kapal besar tu. Yang pasti Scott dan team terpaksa redah laut tu. Aku risau bro kalau musuh nampak Dan mereka jadi tebusan" balas Evan.

" Evan kita tak boleh serbu terus. Lagipun kita tak ramai. Just believe diorang masih boleh selamat. Impossible Scott tak ambil lifebuoy kat kapal besar tu" Adler cuba menyejukkan hati rakannya itu.

Aip belum habis part ni ya. Stay tune utk next part hoho😍😘thx yg msh sudi baca story sya😽😍xoxo.


Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now