Part 12⚓

230 33 4
                                    

Pada waktu pagi yang cerah itu, lima orang lelaki tersebut menuju di sebuah restoran.Setelah masing-masing siap memesan makanan dan minuman, mereka pun berbual sementara menunggu pesanan mereka.

"Ohya aku lupa Adler kata lepas misi kita baru boleh cakap fasal girlfriend.Aku nak tanya macamana ciri-ciri girlfriend yang korang nak?" soal Evan yang berada di tepi.

Leo tersenyum mendengar kata-kata Evan."Kalau aku nak girlfriend yang comel, seorang yang pemalu dan yang baik.Macamana pula kau Scott? " tanya Leo kepada Scott yang sedang melihat skrin telefonnya.

"Aku nak perempuan yang lemah lembut, sopan, cantik dan bijak.Sekarang ni turn Weston pula.Kau macamana bro? "

"Bagi aku, aku mesti tengok cara pemakaian perempuan tu.Lepastu dia mesti caring, senyuman dia manis dan terakhir saya taknak tengok muka dia sama ada lawa atau tak aku tetap terima dia.Tu jeh" jawab Weston.

Mereka memandang ke arah wajah Adler, menunggu jawapan dari lelaki itu.

"Korang empat ada yang takde dalam list korang.Nak tahu apa? " soal Adler.

"Eh! Apa tu cakaplah kami nak dengar? " kata Leo di sebelah Adler.

"Aku nak girlfriend yang setia dengan aku.Aku tak dengar pun ayat ni korang cakap tadi" ujar Adler.

"Aku lupa lah tapi memang pun aku nak perempuan setia dengan aku" jawab Scott.

"Ad masa kau kerja kat kelab tu ada nampak awek cun? " tanya Weston.

"Of course banyak perempuan yang datang untuk belajar menyelam kat situ tapi tulah masa latihan cpr tu perempuan lah yang paling banyak teriak sampai aku tak dapat fokus" terang Adler apabila dia mengingati peristiwa itu kembali.

"Kenapa pula tak dapat fokus? " celah Evan.

"Entahlah kebanyakkan perempuan kat kelab tu banyak yang over sangat.Kalau korang nak tahu masa aku buat CPR kat contoh patung orang tu tak habis-habis diorang jerit.Macam kena histeria pula"

"Woww! Kan komander kita ni hot of course ada yang jatuh cinta dengan dia masa dia buat CPR tu.Betul kan? " tebak Weston sambil keningnya dinaik.

Adler seraya tersenyum lalu dia menggeleng kepala."Actually aku dah ada girlfriend tapi dia pun belajar menyelam kat situ.Dia memang minat sangat menyelam dan dia nak jadi penyelam terhebat di suatu hari nanti"

"Kenapa kau suka dengan dia? " tanya Leo lalu gelas diletak di atas meja.

"Aku suka dia pun kerana ada sebab yang tertentu.Aku takut kalau dia jadi mangsa oleh instructor Luca.Selama ini aku tak sangka kelab abang aku ada kes yang disembunyikan dan aku sendiri pun tak tahu kes tu.Aku dengar kes ni pun sebab aku  terdengar pekerja kat kelab tu bercerita fasal kes tu dengan kawan dia.Lebih-lebih lagi abang aku  langsung tak tahu kes tu" kata Adler panjang lebar.

"Eh! Bahaya tau kenapa tak bagitahu abang kau jeh? Kau takpayahlah sorok-sorok perkara ni nanti abang kau pula susah.Tak begitu, Ad? " ujar Scott.

"Ya aku tahu cuma aku taknak tuduh instructor Luca yang buat lagipun aku tak tahu sangat tentang hal ni.Aku taknak tuduh sembarangan kalau takde bukti.Tapi pekerja kat kelab tu memang diorang cakap macam tu.Aku tak tahulah sama ada perkara tu betul atau tidak" jawab Adler.Fikiran Adler semakin berserabut.

"Ohya macamana kalau kau jumpa pekerja tu mintalah dia cerita kes tu kan mudah.Aku rasa memang pekerja tu tahu.Cam? " soal Evan.

"Aku pun terfikir macam tu juga" balas Alder.

Setelah selesai, mereka pun beredar dari tempat itu.

Telefon Natalie berbunyi lalu dicapainya.Dia sempat melihat nama yang menelefonnya lalu dijawab.

Mr Navy, My Husband (ON GOING)Where stories live. Discover now