Adler memejam mata di bawah pancuran air.Air mengalir melalui tubuhnya yang tegap itu.Setiap kali dia bergerak, ototnya refleksi mengikut setiap gerakan.Setelah selesai, button ditekan untuk menghentikan air lalu tuala dicapai.
Seluruh tubuh dilap sebelum dililit ke pinggang.Dia pun menuju ke almari pakaiannya.Sehelai t-shirt hitam nipis diambil lalu disarung pada tubuhnya.Seluar berjenama nike turut disarung.Selepas selesai berpakaian, Adler pun menuju ke arah cermin untuk memantul wajahnya.
Telefon yang berada di atas katil dicapai.Nombor Natalie didail tetapi tiada sambutan.Adler mula risau dengan keadaan Natalie.Dia mula berfikir negatif.Adler meletakkan semula telefonnya.Badannya direbah di atas katil.Dia memejamkan matanya.Nikmat sungguh berbaring.
Megan yang melihat beberapa panggilan yang tidak dijawabnya pagi tadi, dia begitu kecewa dengan dirinya sendiri.Megan membebel sendirian di biliknya.
"Macam mana I boleh terlepas dengan semua ni?! Aduh! Aku ni pun satu tak boleh bangun awal!" omel Megan sendirian.
Kedengaran satu pesanan yang masuk di telefonnya lalu dia segera melihatnya.
Maaf Megan disebabkan awak tak datang pergi shooting tu Mateo terpaksa cari model orang lain.Dia tak boleh tunda pergi ke tarikh lain.I'm really sorry Megan.
Setelah Megan membaca chat dari ibu Adler terus matanya membuntang bulat.Dia yakin orang itu pasti Natalie.Kemarahannya sudah pun membuak.
"Aku hairanlah Natalie ni semua dia nak rampas dari aku.Boyfriend aku pun dia nak ambil apalagi job model aku.Takpe kau tunggu jeh! Hari ini hari kau tapi lain hari aku pula! " hatinya berbicara.Tas tangan diambil lalu dia ke kafeteria untuk mengurangkan kemarahannya.
"Cik nak order apa? " kata pelayan perempuan itu.
"Aku nak waffle perisa peanut dan satu juice apple.Tu jeh" balas Megan tanpa memandang wajah pelayan tersebut.Fikirannya amat serabut untuk mencari idea cara untuk menewaskan Natalie.
Instructor Luca menarik kerusi lalu dia pun duduk.Wajah Megan dipandang lama.Timbul perasaannya yang ingin tahu.Megan yang masih tidak menyedari kehadiran instructor Luca di situ, Luca pun memetik jari di depan wajahnya.
"Nampak termenung jauh sangat.You ada problem keh ni kalau ada pun share dengan I jeh.Apa salahnya I instructor you juga pun.I boleh bantu you" ujar Luca.
Wajah Luca dipandang lama lalu dia bersuara."You pasti keh yang you dapat bantu I? " Megan yang ingin kepastian.
Luca tersenyum sinis."You tak yakin yang I tak dapat bantu you? Tapi sebelum tu I nak tahu apa masalah you dulu? " Soal Luca.
Megan menghembus nafas sebelum dia mula membuka cerita.
"Kalau you hebat sangat I nak buat satu plan.Plan dia you kena culik I and bawa I pergi jauh dari sini.Tapi you jangan risau I minta bantuan dekat papa I" terang Megan sambil dia memeluk tubuh.
Luca yang mendengar kata-kata Megan itu, dia begitu tertarik dengan cadangan yang telah diberikan oleh Megan.Nampaknya Luca juga turut mempunyai peluang yang amat besar.Dia tersenyum senang.Ini lebih memudahkan lagi kerjanya.
"Kenapa you minta bantuan dekat papa you tu? "
"Lah you ni tak bijak lah.Macam ni bila you culik I lepastu I call papa I yang I kena culik supaya papa I hantar team navy dia.So I dapat bersama dengan Adler lepastu.Mesti Natalie cemburu kan bila dia tahu I dengan Adler.Tapi sebelum you nak culik I, you kena culik Natalie dulu.So awak setuju atau tidak?" Tanya Megan lalu dia menyedut baki jus apple itu.
"I setuju Megan" jawab Luca.Hatinya sudah tidak sabar lagi.
"Good Luca I tak sangka you sangat berani buat perkara macam tu.I salute you sangat" ujar Megan.
Salute kepala hotak kau.Kau nak salute dengan perkara yang tak betul apa hal.
"Ambil number card I ni and malam kita bincang balik tentang tu.Boleh?" Megan menghulurkan kad nombor tersebut lalu Luca pun mengambilnya.
"Alright.Kalau macam tu I pergi dulu" pinta Luca sebelum dia beredar.Megan hanya mengganguk.
Setelah ujian menyelam selesai dijalankan, Natalie dan rakannya menuju ke bilik pertukaran baju.
Dia sungguh letih pada hari ini kerana ujian itu mengambil masa yang sedikit lama.Pelbagai ujian yang dijalankan.Natalie berharap keputusannya memuaskan nanti.Segala teknik-teknik menyelam yang telah pun dipelajari sebelum ini tiada satu pun yang dilupainya.Nasib baik semalam dia sempat melayari YouTube untuk melihat teknik menyelam itu lagi tak juga dia rugi."Natalie macam mana ujian tadi awak yakin awak dapat lulus keh?" Soal Luna yang asyik melihat ke arah cermin.
"Tak pastilah pula tapi aku harap luluslah.Awak pula macam mana? Okay? " tanya Natalie pula.
"Aku tak tahulah sebab aku ada lupa sedikit bahagian teknik menyelam tu.Kalau tak lulus apa boleh buat pun terpaksa ambil balik" lalu dia mengeluh kecil.
"Korang tahu tak aku masa pakai alatan menyelam tu aku sempat blur tau.Aku lupa wei tak tahulah macam mana reaction instructor yang jaga time tu" sampuk Shauna lalu dia tergelak.
"Alahai sempat gelak lagi jadi masa result awak gagal nanti pun awak masih gelak lah ni? " ujar Sarah.
"Awak ni serius sangat lah.Dahlah malas aku nak fikir tentang tu lagi yang penting lepas ni aku nak enjoy.Aku tak suka stress-stress ni lah hidup mesti kena ada happy juga" balas Shauna.
"Betul- betul tapi.....macam mana kalau nanti ada yang di antara kita tak lulus.Rasanya tak happy lah aku nak kita berempat semua lulus" kata Luna pula dengan suara yang sedih.
Bahu Luna ditepuk."Janganlah cakap macam tu.Kita mesti kena yakin yang kita semua boleh lulus.Okay? "
"Okay" jawab tiga orang itu lalu mereka pun ketawa gembira.
"Haaaa..macam tulah kawan aku" ujar Natalie.
YOU ARE READING
Mr Navy, My Husband (ON GOING)
RomanceBagi Natalie dalam dunia yang menakjubkan dan menenangkan adalah di bawah laut kerana di bawah laut tiada bunyi kenderaan atau kilang yang bising yang hanya kedengaran hanyalah bunyi gelombang-gelombang buih yang mengasyikkan. Dia lebih banyak mengh...