Chap 1

6K 339 184
                                    

Setelah selesai menunaikan solat Subuh, aku terus menyalin pakaian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah selesai menunaikan solat Subuh, aku terus menyalin pakaian. Sememangnya menjadi rutin setiap hujung minggu untuk aku pergi jogging di kawasan taman. Hoodie berwarna hitam menjadi pilihanku.

Usai menyalin pakaian, lantas aku mengambil langkah menuju ke arah anak tangga. Dari jauh kelihatan umi yang ligat menyediakan sarapan. Kebiasaannya, pagi-pagi begini hanya aku, umi dan abah sahaja yang sudah bangun dari tidur.

Nak harapkan Zafirul bangun awal begini, dalam mimpi sahajalah. Pukul lapan waktu afdhal untuk dia mencelikkan mata.

"Zayn Khayrie! Sebelum jogging tu makanlah dulu buat alas perut."

Aku menghampiri umiku di meja makan. Zayn Khayrie, itulah nama aku. Nama je macam mat saleh tapi aku ni melayu tulen. Yang peliknya, boleh pulak nama adik aku tu nama melayu... sampai sekarang aku tak ada jawapannya.

"Tak naklah umi, nanti kalau dah makan sarapan, alamatnya tak jogginglah
Zayn."

Aku segera menyalam tangan umiku. Nak jogging pun kena ambil restu dulu.

"Jangan pergi jauh sangat. Lari tepi-tepi je, nanti kena langgar kereta."

Biar betul umi pesan macam itu, ingat aku ni budak-budak ke.

"Yelah umiku sayang."

Enjin kereta aku hidupkan, lalu kereta meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

🔅🔅🔅

Fuh! Fuh! Fuh! Dadaku berombak laju. Walaupun hampir setiap hari aku jogging tetapi tetap penat. Siapa sahaja yang tak mengah kalau lari lima pusingan... kan?

Aku ambil keputusan untuk berehat seketika di bangku yang ada di kawasan taman ini. Aku menghirup udara segar. Mungkin masa berehat ini dapat idea untuk novel baru.

Sudah hampir setengah jam aku duduk berehat di taman ini, tetapi idea yang ditunggu tak muncul-muncul. Kaki mengatur langkah, ingin menuju ke kereta yang tidak jauh dari tempat aku berehat tadi.

Aku mengerling jam di pengelangan tanganku. Ia menunjukkan angka 7:30 pagi. Habislah... dahlah waktu macam ni Si Zafirul tu bangun. Nanti habis sarapan umi dia makan. Bukan reti ingatkan orang.

Sebelum aku kempunan sampai suruh batu belah batu bertangkup telan aku, baik aku cepat. Langkah kaki aku lajukan.

🔅🔅🔅

Aku duduk di meja makan sambil merenung nasi lemak di pingganku. Baru je aku cakap, budak tu bukan reti nak simpankan sikit untuk orang lain. Nasi lemak ni je yang tinggal, itu pun jiran sebelah yang berikan.

"Itulah, kan umi dah cakap... sebelum pergi makan dulu sebab umi dah agak dah yang adik kamu tu takkan tinggal sikit pun kalau dia dah makan."

Wajah umi kupandang sayu...

"Makan jelah nasi lemak tu. Esok umi buatkan untuk kamu."

Umi menarik kerusi dihadapanku ingin menemani aku. Aku menayangkan muka kecewa.

Batu belah, batu bertangkup,

Makanlah aku, tangkuplah aku.

Aku kempunan bihun goreng umi...

Haih, makan jelah Labu. Tak ada orang pun nak kesiankan kau. Nasi lemak pun bolehlah.

"Lambat kamu balik, tak buka kedai ke hari ni," tanya umi sambil menuangkan air ke dalam cawanku.

"Hari ini ingat nak cutilah. Nak jalan-jalan pergi mall dengan Hadi. Umi nak ikut ke?"

"Tak kuasa umi nak ikut kau orang. Baik umi kemas rumah je. Dahlah semua umi kena buat sendiri lainlah kalau ada menantu ke... "

Gerakan tangan yang ingin menyuakan sarapan ke mulut terhenti. Mula dah buka pasal ni...

Macamlah tak tau, nak suruh aku kahwin lah tu. Aku ni bercinta pun tak pernah. Nak pandang perempuan pun aku meluat, ni nak suruh kahwin.Kalau dengan lelaki tu okay la. Astaghfirullah! Apa kau fikir ni Zayn...

"Okay umi, nanti Zayn suruh Zaf cari awek ye."

"Eh dia ni, orang suruh dia yang kahwin bukan Si Zaf tu."

Sebelum umi start membebel, baik aku lari dulu. Kalau tak mahu berdarah telinga jejaka kacak ni, eh.

"Lari! Lari! Zayn umi belum habis cakap lagi ni."

Aku melajukan langkah. Maaf umi, bukan niat nak derhaka tapi telinga ini belum ready nak dengar bebelan umi yang superb tu.

"Hish budak ni kan. Makan tak habis lagi dah cabut lari. Tau tak membazir tu amalan syaitan. Nak jadi syaitan pulak dah ke? Tadi kata lapar sangat, hish geramnyalah hati. Ada anak pun tak boleh harap. Cakap pasal menantu terus lari."

Fuh! Dengar itu... itu baru mukadimah je tapi deep sampai menusuk ke kalbu!

🔅🔅🔅

Mesti pelik kan lelaki kacak bergaya macam aku ni mengelak bila cakap tentang kahwin. Sebelum makcik-makcik bawang nak mengata yang aku ni pernah dikecewakan oleh perempuan... Better stop! AKU TAK PERNAH BERCINTA. Bila masa pulak yang aku frust pasal perempuan... kan?

Aku cuma tak suka perempuan sebab aku rasa perempuan zaman sekarang ni MENYUSAHKAN.

Aku mengerling jam di tangan. Inilah dia janji Melayu, kata lagi sepuluh minit tapi dah dekat sejam aku tunggu. Batang hidung pun tak nampak. Sebelum aku menyumpah seranah dia, baik aku round mall ni dulu. Dasar Melayu!

Tak ada satu kedai pun yang buat aku tertarik untuk menyinggah. Nak beli baju nanti umi membebel kata membazir pulak. Jalan-jalan jelah. Tak sampai beberapa langkah, aku terpandang sepasang kasut sneakers berwarna merah dan putih. Langkah aku lajukan ingin memasuki ke dalam kedai berjenama tersebut.

Tiba-tiba...

Dush!

"Aduh!" Siapa yang langgar aku ni? Sakit gilalah. Aku mengangkat wajah ingin melihat siapakah gerangannya.

What?

🔅🔅🔅

This is first chap guy!! So how is it?? Hambar ke??
Bagitau je nanti War betulkan ok 😉
Love you!! Muah😘

Special tag : comel03 anakbonda07 theworriesstar

😘😘

She's Mine[C]Where stories live. Discover now