"Cuba awak panggil saya... sayang. Kan sedap telinga ni dengar," pinta Airis. Jari-jemarinya meraih tanganku. Cuba memujuk. Sedikit demi sedikit badannya digerakkan supaya mendekati aku.
Bibirku tersenyum kecil melihat tingkahnya. Kenapa berani sangat dia ni? Lain macam!
"Kalau saya tetap tak nak panggil awak, sayang macam mana?" soalku sengaja ingin melihat reaksinya. Dia berfikir sejenak sebelum tersenyum meleret. Aku mulai gelisah melihat senyumnya itu.
Perlahan dia mendekatkan wajahnya. Sepasang matanya yang bersinar menatapku. Meremang bulu roma aku! Umi! Apa dah jadi dengan menantu umi ni!
"Kalau hubby tak nak panggil sayang, sayang..." tuturnya dengan suara yang meleret. Dia kini sudah betul-betul dekat dengan aku. Aku meneguk air liur dek kerana takut akan perubahan mendadak Airis.
"Sayang geletek hubby! " Tangannya laju menyelinap di pinggang dan di celah lengan aku. Terkekek-kekek aku ketawa. Makin seronok Airis mengerjakan aku.
"Okey, okey." Gerakan tangannya terhenti. Aku menarik nafas dalam. Tercungap-cungap aku. Haih, parah ni! Suami kena buli dengan isteri. Boleh masuk book of record.
Terletus tawanya melihat aku tercungap-cungap menarik nafas.
"Tak biasalah." Aku memandang Airis serius. Dia mengemaskan rambutnya dengan menyelit di balik telinga. Baru aku perasan rambut dia beralun. Lawa!
"Yang tak biasalah kita kena biasakan. Nanti pelik pula umi dengar kalau kita masih bersaya awak lagi, kan?" Keningnya dinaikkan.
"Cuba ajar." Airis tersenyum manja sambil mengusap lembut tanganku. Belum sempat dia berkata, bibirnya terlebih dulu dimuncungkan.
"Tak nak nanti hubby main-main. Ayamlah itiklah. Tak apalah kalau tak nak panggil, sayang tak paksa." Airis memusingkan badannya membelakangi aku.
Merajuk ke tu? Haih...
"Airis... janganlah merajuk. Tak comellah cik bunga masam macam ni," pujuk aku.
"Siapa kata saya merajuk?"
"Aik dah tu?"
"Awak rasa?" Soalan aku dibalas dengan soalan darinya. Aku dah mula rasa cuak. Macam ni ke perempuan merajuk?
Aku mendekatinya. Tangannya kuraih. Perlahan aku memusingkan badannya supaya menatapku.
"Airis, janganlah merajuk. Saya tak reti pujuk ni. Okey, saya cuba panggil awak sayang, eh? Sa..."
"Tak apalah kalau susah sangat. Saya boleh suruh Aidan panggil saya sayang. Senang," pintasnya.
"Eh, kenapa pula nak suruh Aidan? Hubby suami sayang. Sayang milik hubby. Mana boleh dia pula yang panggil sayang," tutur aku senafas. Terus terlirik senyuman dibibir kecil miliknya. Baru aku perasan, senang pula aku sebut tadi.
Inilah jadi bila lelaki cemburu. Benda yang susah nak buat terus jadi senang. Zayn, Zayn...
"Kan senang kalau dari tadi hubby cakap macam ni."
"Dah tak merajuk, kan?" Dia menatap aku sambil tangannya naik mengusap bahuku. Kemudian senyum gembira tadi bertukar jadi senyuman menyeramkan sekelip mata.
"Nak hadiah baru dah tak merajuk.""Hadiah apa?" Keningku bertaut.
"Nak baby..." ujarnya perlahan. Kemudian dia mengenyitkan matanya. Terus tegak bulu roma aku! Ya Allah isteri siapa ni!
🔅🔅🔅
"Lambatnya turun sarapan, pengantin baru ni! Buat apa lama-lama tadi?" Mata umi menatap aku dan Airis bersilih ganti. Aku hanya tersengih.
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...