Aku hanya termenung jauh. Baru sahaja tadi doktor memberitahu bahawa aku sudah boleh pulang ke rumah. Bukan aku sedih kerana terpaksa tinggalkan hospital, tapi sebab Airis tak ada sekarang.
Katanya ada hal, bosanlah kalau tak ada minah sewel tu. Dengan siapa aku nak bergaduh...
"Abang! Abang ni kenapa? Orang keluar hospital, suka. Abang monyok je dari tadi. Badmood sebab tak ada Akak Airis, eh?" tegur Zafirul sambil mengemas segala barang-barangku.
"Sibuklah kau! Tak ada maknanya abang nak badmood sebab dia. Tak ada faedahnya."
"Eleh, abang kalau dah sayang tu lamarlah cepat. Tak payah tunggu-tunggu. Nanti lambat, melepaslah..."
Tangannya lincah memasukkan beberapa barang ke dalam beg galas milikku. Sesekali matanya ligat menjelingku. Apa jeling-jeling? Aku jolok mata tu karang, jadi macam Kassim Selamat...
"Siapa yang pandai-pandai cakap abang sayang budak tu? Siapa? Tak ada bukti tak payah cakap, eh? Boleh jatuh fitnah, tau?"
Sengaja aku bantah bicaranya tadi. Ini Zayn Khayrielah, ego mesti kena tinggi...
Aku lihat dia mengeluarkan telefon pintarnya lalu menekan sesuatu sebelum telefon tersebut dihulurkan padaku.
Video yang berdurasi selama lima minit itu menayangkan pengakuan aku pada Airis ketika di dewan majlis perkahwinan Hadi. Macam mana boleh...
Aku menjelingnya. Jadi, dia rakamlah masa hari kejadian tu? Tak guna punya adik! Aku nak jawab apa ni?
Takkan nak mengaku? Jatuhlah ego lelaki bernama Zayn Khayrie ni...
"Dah! Jom cepat. Umi dengan abah dah tunggu lama dekat bawah tu. Tak payah nak mengarut... lambat abang tinggal."
Aku menghulurkan kembali telefon Zafirul lalu aku mengatur langkah keluar dari wad. Langkah aku lajukan.
🔅🔅🔅
Malam yang sunyi ditemani bulan yang terang mendamaikan hatiku. Aku suka keadaan macam ni. Tenang je...
Aku duduk di pondok di hadapan rumah sambil menghirup udara segar. Telefon di sisi, kutenung lama. Nak whatsapp ke tak?
Agak-agak dia tengah buat apa, eh? Ganggu dia tak? Ke dia dah tidur? Ah! Lantaklah.
Aku segera mencapai telefonku lalu aku menekan aplikasi whatssapp. Lantas aku mengetik pada nombor yang bernama 'Alien 👽'. Sengaja aku menyimpan namanya seperti itu. Kenalah dengan perangai dia, lagipun dia yang mengaku yang dia alien... kan?
To Alien 👽
Assalamualaikum, hmm
kau buat apaAku menunggu balasan darinya. Tak sampai beberapa minit, telefonku berbunyi menandakan mesej masuk.
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...