Chap 4

2.6K 271 50
                                    

Mata umi tak lepas dari memandangku. Macam aku pula yang bersalah padahal minah ni yang ceroboh masuk dalam kereta aku. Aku memikirkan alasan apa yang patut aku berikan.

"Okay, sebenarnya macam ni umi..."

Belum sempat aku menghabiskan ayat, pantas dia memotong.

"Macam ni umi, tadi Zayn kata nak bawa saya jumpa umi. Nak kenalkan saya pada umi katanya. Sebab itulah saya ada dekat sini."

Suka hati dia je cakap macam tu. Memang taklah aku nak kenalkan kau dengan umi. Pengsan umi nak melayan kau bila jadi menantu umi nanti. Dahlah selamba badak je panggil umi. Dia umi aku, bukan umi kau!

Aku menjegilkan mata kepadanya tanda ingin memberikan amaran. Tapi malang, dia membalas dengan menjelirkan lidahnya. Aci tak kalau aku cekik dia ni...

"Tak umi, dia tipu. Sebenarnya..."

"Zayn malu ni umi. Tadi punyalah dia beria nak kenalkan saya dengan umi. Umi jangan fikir bukan-bukan tau."

Sekali lagi dia memotong percakapanku. Geramnya! Jangan salahkan aku kalau nanti keluar berita seorang perempuan mati dicekik kerana terlampau gedik.

"Dah, Zayn. Apa main jegil-jegil biji mata tu. Tak baik tau. Kalau betul pun apa salahnya. Boleh jadi calon menantu, kan?"

Umi memandang minah sewel itu dengan pandangan yang penuh misteri. Aduh, parah ni!

"Nama kamu siapa? Manisnya lahai  muka... umur berapa ni?" tanya umi sambil tersenyum.

Ah sudah umi percaya ke apa yang dia cakap tadi. Janganlah nanti umi paksa aku kahwin dengan dia. Mati hidup balik pun aku tak akan terima dia.

"Nama saya Airis Qaireena, umi. Panggil Airis je, umur baru 23 tahun. Muda bergetah lagi ni," tuturnya dengan lancar.

Nama je molek tapi perangai macam monyet. Aku memutarkan bola mata tanda aku menyampah bila umi makin rancak berborak dengan Airis. Aku terus bangun untuk mengangkat barang yang diminta oleh umi.

"Umi, Zayn angkat letak dekat stor ye,"

"Hah letak dekat stor. Zayn berbuallah dengan Airis kejap. Umi nak buatkan air untuk kamu berdua. Mesti dahaga kan?"

Umi terus meluru ke dapur tanpa menghiraukan panggilanku. Aku nak berbual dengan minah ni? Memang tak lah...

Aku keluar untuk mengambil angin. Sedang aku menikmati tiupan angin sepoi-sepoi itu, kedengaran azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu Zohor.

Aku segera menapak kembali ke dalam rumah untuk mengerjakan ibadah solat. Aku lihat Airis sedang ralit menonton rancangan kartun span kuning sambil tergelak-gelak. Dasar kanak-kanak pramatang! Tanpa menghiraukannya, aku terus menaiki tangga menuju ke arah bilikku.

🔅🔅🔅

Aku menyapu tanganku ke muka tanda ingin mengaminkan doa. Tanpa berlengah, aku melipat sejadah dan menyusunnya dia dalam almari. Apa agaknya umi dengan Airis buat dekat bawah tu...

Baru sahaja aku ingin turun ke bawah, telefonku berdering. Panggilan dari Zafirul. Apa pula budak ni...

"Abang, tolong ambil Zaf dekat kolej ni. Kawan Zaf ada hal, tak sempat nak hantar Zaf balik."

"Mana salam kau hah?"

"Ala kecohlah. Assalamualaikum wahai abangku Zayn Khayrie."

"Waalaikumussalam. Hah yelah tunggu kejap. Menyusahkan lah kau ni."

Aku menamatkan panggilan kemudian menyalin pakaian. Usai menyalin baju dan seluar aku turun untuk memberitahu umi yang aku ingin mengambil Zafirul.

"Umi, Zayn nak pergi ambil Zaf ni. Mungkin balik lambat sikit, tak payah tunggu Zayn tau."

"Zayn, hantarlah Airis sekali."

"Tak sempatlah, takut jem nanti. Suruh dia balik naik grab."

"Zayn!"

Aku terpaksa mengendahkan panggilan umi. Dahlah kolej Zaf tu jauh, nanti sangkut pula jem. Aku masuk ke dalam kereta dan berlalu meninggalkan halaman rumah.

🔅🔅🔅

Dah satu jam aku tunggu depan library kolej dia tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Buat penat je aku cepat-cepat tadi kalau tau aku kena tunggu dia macam ni. Call satu pun tak angkat.

Ini kalau kau tak angkat juga call aku, memang aku terus balik. Aku menekan nombornya. Nasib kali ni kau angkat...

"Assalamualaikum Tuan Zafirul Khayrie. Lama lagi ke tuan, dah lama saya tunggu ni," perliku.

"Walaikumussalam khadam Zayn. Saya dekat cafe ni tengah makan..."

Wah! Dia panggil aku khadam, eh? Kurang ajar punya adik.

"Kurang ajar kau! Cepat lah abang tunggu depan library kau ni. Nanti tak pasal-pasal sebab tunggu kau kulit abang jadi macam bontot kuali."

"Kecoh lah abang ni. Yelah Zaf datang, abang putih pun bukan ada orang nak."

Sempat lagi kau mengutuk aku, eh? Aku sula juga kau ni...

"Abang kira sampai tiga, kalau tak abang balik," ugut aku.

"Ye, ye. Zaf datang ni."

Panggilan dimatikan

🔅🔅🔅

"Tengok sebab kaulah kita sangkut dalam jem ni. Asar dah nak habis ni. Satu surau pun abang tak nampak."

"Tak payahlah membebel, Zaf tahu jalan ni. Lagi satu kilometer ada satu masjid. Nanti singgah lah."

Aku mendengus. Sabar jelah Zayn, sabar itu kan sebahagian daripada iman. Sementara menunggu kereta di depan jalan, aku membuka aplikasi whatssapp dan mencari nama Adam. Lantas aku menekan namanya.

'Assalamualaikum, Adam. Abang rasa, abang dah tak balik kedai kut. Nanti kau tutup jelah kedai sendiri, ye'

Pesanan dihantar. Telefon aku letakkan di tepi ingin menumpukan perhatian pada pemanduan. Aku menoleh ke kiri lalu aku lihat Zaf sedang lena tidur. Macam mana lah aku boleh adik-beradik dengan dia. Perangai aku dengan dia jauh beza.

Aku memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah masjid dan aku mengejut Zaf untuk menunaikan solat Asar.

Selesai mengerjakan solat, kami meneruskan perjalanan. Mujur jalan sudah agak lancar. Cepatlah sampai, penat sangat ni...

Setelah lebih kurang 45 minit aku memandu akhirnya sampai juga kami di rumah. Aku dan Zaf melangkah masuk ke dalam rumah dengan lemah longlai. Lembik badan duduk dalam kereta lama-lama.

Aku naik ke atas menuju ke bilikku. Selesai menunaikan solat Maghrib, aku terus terkulai di atas katil. Kepenatan sangat ni...

Baru sahaja ingin dibuai mimpi tiba-tiba, aku rasa ada benda bergerak dari dalam selimut. Astaghfirullah apa itu...

Lenaku tadi terus terjaga. Aku meloncat dari katil dan terus bersembunyi di belakang almari. Ya Allah apa benda tu... Saat ini lidah aku kelu untuk mengucapkan kalimah Allah. Tangan aku menggigil kuat. Sampai
bergetar-getar almari, aku peluk. Aku gagahkan diri, cuba menyebut kalimah Allah tapi lain pula yang keluar...

"Bila Izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan..."

Boleh pulak aku nasyid depan hantu ni. Dah sah-sahlah hantu dah mati, fikir dia takut ke dengar lagu tu. Apa aku nak buat ni...

Selimut diselak dari dalam. Badan aku makin kuat menggigil. Aku takut, Ya Allah!

Tiba-tiba...

"Argh! Umi tolong Zayn, ada hantu!"

🔅🔅🔅

Hah tu lah sapa suruh tidur lepas maghrib... Kan dah kene kacau 😂😂Comel je Zayn ni. Korg jangan lupa vote dan komen tau kalau tak nnti korg kene kacau sama macam Zayn ni ayok...  👻👻

Bye love you!!

She's Mine[C]Where stories live. Discover now