Chap 31

1.5K 102 18
                                    

Aku tersedar dari mimpi. Aku menekup mukaku. Mimpi tadi gila! Aku melepaskan keluhan berat. Hadi yang ada dalam mimpi aku? Jadi pengantin pula itu. Memang gila!

Tak nak aku kahwin sejenis, simpang malaikat 44!

Aku mengatur langkah menuju ke dapur. Ingin membasahkan tekak yang kering. Sedang dalam perjalanan ke dapur, telinga aku menangkap suara seseorang. Suara perempuan pula itu.

Umi dah bangun ke? Awal lagi ini, baru pukul lima pagi.

"Umi, awalnya umi bangun. Nak puasa ke hari ini?" tegur aku. Umi menoleh sebaik sahaja mendengar suara aku. Senyum manis dihadiahkan.

"Tak adalah. Umi terbangun awal. Zayn pula kenapa?" soal umi kembali.

"Eh kebetulan, Zayn pun terbangun juga ini. Jodohlah kita ini, kan?" Aku berseloroh kemudian umi tertawa kecil.

"Duduklah sini. Kita borak-borak, dah lama umi tak nampak anak umi senyum macam ini. Ada apa-apa ke?"

Selama ini aku tak senyum ke? Yalah kut, mungkin sebab sibuk fikirkan pasal Airis. Asyik nama dia je yang terlintas dalam fikiran aku ini. Nak buat macam mana?

"Tak adalah, umi. Mana ada apa-apa. Cuma Zayn mimpi benda kelakar je tadi," terang aku.

"Apa yang kelakar sangat itu?" Dengan lembut umi menuturkan kata.

"Ada ke patut Zayn mimpi yang Zayn kahwin dengan Hadi? Gila betul!" Aku beritahu pada umi sambil tertawa. Tapi, umi hanya tersenyum melihat aku.

Terus terbantut gelak aku tadi. Tak lawak ke? Kekok pula aku.

"Airis macam mana? Dah ingat Zayn?"

Ah, sudah! Apa aku nak jawab? Airis dah bencikan Zayn, umi. Macam itu? Memang taklah.

"Urm... Airis okey je umi. Dia dah sihat dah. Kenapa umi tiba-tiba tanya ini?"

"Saja. Agaknya bilalah anak umi ini boleh naik pelamin, ya?"

Aduh! Umi dah buka topik ini pula.

"Zayn tengah tunggu Airis, umi. Umi doakan yang Airis ingat Zayn balik, eh? Doa seorang mak berkat, kan?"

"Zayn, jujur dengan umi." Riak wajahnya yang manis terus bertukar serius dalam sekelip mata. Teragak-agak aku ingin bersuara.

"Umi kenapa ini? Hahaha janganlah buat lawak," tuturku dengan kekok.

"Umi tak buat lawak. Sekarang jujur dengan umi. Airis dengan Aidan dah nak kahwin, kan?"

Macam mana umi tahu? Kening aku bertaut.

"Jujur, Zayn. Betul, kan?"

Kedua-dua anak mata umi sudah tajam merenung aku. Aku cuba melarikan pandangan daripada umi. Kemudian tangan umi pula naik menggenggam erat lengan aku. Membuatkan aku terdiam seketika.

Cecair jernih mulai mengalir dari dahi aku. Bahagian belakang sudah sedia basah dek kerana peluh.

"Macam mana umi tahu?"

"Dalam rumah ini kan ada spy umi..." Okey aku dah tahulah siapa yang umi maksudkan itu. Memang mulut tempayanlah Si Zafirul ini!

"Zayn, umi bukan apa cuma umi nak nasihat jelah. Kalau dah dia sendiri buat keputusan macam itu, Zayn terpaksalah lepaskan dia. Umi tak nak anak umi pula jadi perampas, ingat itu."

"Mana boleh, Aidan yang rampas Airis dari Zayn dulu," bidas aku. Aku kena pertahankan hak aku.

"Ramai lagi perempuan dekat luar sana,bukannya Airis seorang je. Ataupun Zayn nak umi carikan?" Aku mula tak senang duduk apabila umi mula mengutarakan cadangannya. Takkanlah umi nak paksa aku kut?

"Umi, Zayn minta maaf sangat. Tapi Zayn betul-betul sayangkan Airis. Maaflah kalau Zayn dah kecewakan hati umi, tapi Zayn tetap akan tunggu Airis. Umi jangan risau, kalau betullah kami tak ada jodoh, Zayn sendiri akan berundur."

Dengan teragak-agak umi melakar senyuman.

"Zayn... umi tak sampai hati nak tengok Zayn macam ini. Tolonglah, demi umi. Ataupun kalau Zayn tak sayangkan umi buatlah demi Airis." Rasa bersalah makin menghurung dalam diri aku. Gila aku tak sayang umi, tapi dalam masa yang sama aku sayangkan Airis juga.

Argh! Aku tersepit antara dua orang perempuan. Kedua-duanya aku sayang sangat.

"Macam inilah. Zayn janji hari ini hari terakhir Zayn jumpa dia. Kalau dia masih lagi tak ingat siapa Zayn, Zayn sendiri akan undur diri." Laju saja mulut aku menuturkan janji. Janji yang akan memakan diri aku.

"Janji, ya?" Umi memandang tepat ke dalam mataku. Perlahan bibir aku melorekkan senyum tanda perjanjian.

🔅🔅🔅

"Abang, hari ini abang nak pergi rumah Cik Airis lagi ke?" Aku menoleh ke arah Adam yang sedang mengelap meja.

"Haah, tapi abang tak berani nak keluar masa lunch, takut lambat pula. Rasanya hari ini kita buka setengah hari jelah, eh? Adam tak apa, kan?"

"Eh, tak apa. Lagi molek itu. Hehehe," seloroh Adam. Dia menyambung kembali kerjanya tadi. Sesekali terdengar siulan terbit dari mulutnya. Gembiralah itu...

Kemudian kedai mula didatangi pelangan berturut-turut. Aku dan Adam bersilih ganti melayan pelanggan. Boleh tahan ramai orang datang hari ini. Berapa kali dalam setahun hari kek sedunia ini?

Pelanggan yang datang makin bertambah sehinggalah mulai surut dalam anggaran pukul empat petang. Aku mula mengemas.

"Adam, kalau kau nak balik, balik jelah dulu. Tak apa abang boleh kemas seorang."

"Eh, tak apa, bang. Adam tolong abang."

Aku hanya tersenyum membalas tuturnya tadi.

Usai habis mengemas dan kedai pun sudah ditutup, aku dan Adam membawa haluan masing-masing. Langkah kuatur ke kereta.

Sebelum masuk ke dalam kereta, sempat lagi aku menelefon Hadi memberitahu bahawa aku dalam perjalanan ke rumah Airis. Alamat sudah kehantar, lalu kereta meluncur laju menuju ke destinasi.

Gambar aku dan Airis di pantai, anak patung dan cincin sudah sedia ada di tempat duduk sebelah. Sikit je barang kenangan kita orang, maklumlah kenal pun tak lama.

Sesudah sampai, aku lantas menelefon Hadi semula.

"Kau dah sampai, ke?" soal aku.

"Dah, tengah cari tempat letak kereta ni. Tunggu kejap."

"Kau terus je naik atas ikut alamat yang aku bagi itu. Aku gerak dulu tau?"

"Haih, yalah. Gelojoh," perli Hadi.

🔅🔅🔅

Kami berpandangan sesama sendiri. Dua-dua takut nak ketuk. Haih...

"Tolong, Hadi. Tangan aku penuh ini," pinta aku. Bukannya sengaja, tapi memang betul tangan aku sarat memegang barangan.

Dia memutarkan bebola matanya tanda menyampah.

"Alasan."

"Assalamualaikum, kami JAIS. Buka pintu ini!" Terbeliak mata aku dengar. Gilalah mamat ni!

"Hoi, kau gila ke? Betul-betullah," tegas aku. Dia tersengih kambing.

"Yalah, gurau sikit pun tak boleh."

Ktak!

Bunyi kunci pintu dibuka, lantas aku menegakkan badan. Pintu dikuak membuatkan detak jantung aku menjadi laju.

Terjegul kepala seseorang dari tepi pintu. Aku dan Hadi saling berpandangan. Tidak percaya dengan apa yang kami lihat.

🔅🔅🔅

Rajin pula war update setiap hari kan?  😂😂 jangan tegur nnti mood rajin hilang
Korang jangan lupa vote dan komen tau love you 😘😘😘

She's Mine[C]Where stories live. Discover now