Chap 36

2K 97 25
                                    

Ainul memandangku dengan pandangan yang bersalah. Tangannya sedari tadi bermain-main di bajunya. Mungkin ingin menghilangkan rasa janggal.

"Ainul nak cakap apa?" Aku cuba untuk tak berfikir buruk tentang dia. Harapnya dia betul-betul dah berubahlah.

Bibirnya bergerak namun tiada suara yang keluar. Matanya diarahkan ke lantai. Aku menunggu dengan sabar. Biarlah dia dah sedia dulu.

"Hubby! Lamanya, rindu tau," tuturnya manja. Airis merangkul lenganku. Tatkala dia terpandang wajah Ainul terus tangannya dilepaskan. Jelas terpancar riak terkejut di wajahnya.

"Ainul! Apa Ainul buat dekat sini?" Kening aku bertaut. Kenapa Airis macam tak nak Ainul datang sini? Ada apa-apa ke?

"Akak, Ainul terpaksa bagitahu dekat Abang Zayn juga. Hati Ainul rasa gelisah je sebab rahsiakan pasal ni. Minta maaf, kak," ucap Ainul diselangi dengan esakan kecil. Aku makin tak faham.

Rahsia apa ni?

"Tapi..."

"Apa rahsia tu, Ainul. Bagitahu je." Aku memintas percakapan Airis. Wajah Airis yang kelihatan cemas, kukerling seketika sebelum fokusku kembali ke Ainul.

Dia menarik nafas dalam sebelum memulakan percakapan.

"Sebenarnya... Ainul yang langgar Kak Airis dulu." Aku tergamam. Airis rahsiakan benda besar macam ni dari aku? Langkah aku undur sedikit. Mulutku terlopong kecil seakan tidak percaya.

Aku pandang Airis dan Ainul. Keduanya saling menundukkan pandangan.

"Sayang, betul ke?" Dia lantas mendongak lalu anggukan kecil diberikan. Hati aku sakit. Kenapa perlu rahsiakan hal sebesar ini?

"Hubby, sayang minta maaf," ujarnya kemudian dia mengusap lembut tanganku. Aku memandang wajahnya. Keluhan berat terlepas dari bibirku. Aku menarik tanganku tadi.

"Kita bincang nanti pasal ni."

"Ainul, aku tak maafkan kau dan aku akan heret kau masuk dalam penjara atas salah yang kau dah buat," sambungku lagi. Langkah aku ambil kembali ke tempat tadi. Dengan berat hati, senyum kulakar sehabis yang boleh. Tak nak timbulkan suasana muram di majlis ini.

Kenapa mesti rahsiakan? Satu je persoalan yang sedang bermain difikiran aku sekarang.

Aku dapat rasakan kehadiran Airis di sebelah. Dari ekor mata, aku nampak dia masih lagi menundukkan wajahnya. Tangannya mencuit-cuit manik yang ada di bajunya.

"Senyum nanti orang pelik pula," arahku. Lantas dia melakarkan senyuman di wajahnya. Tangannya aku raih kemudian aku genggam dengan erat. Dia memandangku

"Pegang tangan, barulah macam suami isteri." Airis memalingkan wajahnya seketika sebelum kembali menatapku.

"I'm sorry," tuturnya bersama getaran di suaranya. Aku dapat lihat tubir matanya bertakung dengan air mata. Hati aku dipagut sayu.

🔅🔅🔅

Selesai sahaja majlis, aku ditugaskan untuk menolong catering mengangkat barang. Sepanjang itu, aku hanya mendiamkan diri. Gurauan dari Hadi dan Zaf, aku sambut dengan ketawa hambar.

Usai itu, kami bergerak pulang ke rumah. Aku tak pasti sama ada Airis dah sampai rumah atau belum. Terus sahaja aku menaiki tangga ke bilik. Aku melabuhkan duduk di atas katil.

Sedang aku mengelamun, ketukan pintu dari seseorang menyentak lamunanku tadi. Aku mengangguk memberi kebenaran kepada Zaf untuk masuk. Dia melangkah mendekati aku.

"Abang okey tak? Macam tak je ni."

"Abang okeylah. Kak Airis mana?"

"Dekat dapur, tolong umi," kata Zaf sambil jari telunjuk menghala ke luar bilik. Aku mengangguk kemudian bingkas bangun.

She's Mine[C]Where stories live. Discover now