Aku menuruni tangga dengan kelam kabut. Tuhan je yang tahu apa rasa hati aku sekarang ni. Apalah agaknya yang Airis terpaksa hadap sekarang ni
Macam-macam benda dah dia lalui dalam hidup dia. Nampak je perangai dia macam tu tapi kisah silam dia terlalu berat bagi seorang perempuan.
Airis... aku minta maaf sebab tak tepati janji aku untuk jaga kau. Aku gagal jaga kau. Aku betul-betul minta maaf. Aku akan pastikan Aidan dapat balasan atas apa yang dia buat.
Umi dan abah yang sedang menghirup kopi di meja dapur kuhampiri. Termengah-mengah aku di hadapan mereka. Kerusi yang berada di sisi, aku pegang.
"Umi, abah. Airis, dia... Aidan..." tuturku dengan gagap. Aku menampar perlahan pipiku supaya dapat bertutur dengan lancar.
"Airis, Aidan... hilang..."
Argh! Susahnya nak cakap. Sekali lagi aku menampar pipiku. Kali ini lebih kuat daripada tadi. Umi dan abah yang melihat gelagat aku mengerutkan dahi.
"Zayn! Kamu ni dah kenapa. Kena serang sawan khinzir ke?" soal abah. Pergh! menusuk hati betul soalan abah tu.
Bukan aku yang kena sawan khinzir, tapi si mamat rambut karat tu!
"Zayn, cuba tarik nafas lepas tu hembus. Buat beberapa kali sampailah kamu rasa tenang sedikit. Kalau kamu tak habis-habis gagap je dari tadi, macam mana umi dengan abah nak tolong," beritahu umi dengan suara yang lembut.
Aku mengikut seperti apa yang disuruh oleh umi. Aku ulang beberapa kali sebelum aku rasa sedikit tenang daripada tadi.
"Umi, abah. Airis hilang. Zayn pasti Aidan culik Airis."
Serentak umi dan abah terbangun. Umi lantas mencapai pisau di dalam kabinet, abah pula mengambil cangkul di belakang rumah.
Ni lagi teruk dari aku tadi...
"Umi, abah simpan barang-barang tu, janganlah sampai nak bunuh dia pula. Kita cari Airis, Aidan tu biarlah polis yang uruskan."
Umi dan abah mengangguk serentak. Segala alatan yang berada di tangan mereka diletakkan kembali ke tempatnya.
Kemudian umi berjalan ulang-alik dari kiri ke kanan sambil memikirkan sesuatu. Abah juga turut melakukan hal yang sama.
Padanlah umi dengan abah berjodoh...
"Umi, abah pening kepala Zayn tengok. Tolonglah Zayn."
Aku duduk di kerusi sambil kaki menghentak lantai. Umi dan abah hanya melemparkan pandangan menyampah padaku.
"Gediklah, Zayn..." tutur abah.
Umi hanya termenung. Tak lama kemudian tiba-tiba umi bersuara.
"Ha!"
Terperanjat aku dan abah apabila tiba-tiba sahaja umi bersuara dengan nada yang tinggi. Aku dan abah serentak memandang umi.
"Apa kata Zayn tanya Hadi. Mana tahu dia boleh tolong."
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...