Aku terkejut apabila terdengar ketukan dari tingkap pintu kereta. Kelihatan seorang lelaki yang agak berusia tersenyum manis memandangku.
Aku menurunkan tingkap kereta. Pakcik itu bertindak menahan pergerakan cermin. Aku mulai keliru.
Kemudian dia menunjukkan isyarat supaya aku keluar dari kereta. Aku hanya menturuti kehendaknya. Dia berundur sedikit ingin memberi ruang untuk pintu dibuka.
Aku keluar dari kereta sambil menguap kecil. Langit yang masih gelap kupandang sebelum mataku menatap pakcik yang disebelah aku tika ini.
Pakaiannya yang berjubah serta songkok yang terletak kemas di kepalanya cukup untuk aku mengatakan bahawa pakcik ini dalam perjalanan ke masjid.
"Assalamualaikum, nak. Kenapa tidur dalam kereta dekat tepi jalan ni. Bahaya tahu, sekarang banyak penjahat. Silap hari bulan boleh melayang nyawa kamu," tegur pakcik itu dengan lembut.
Dalam keadaan yang masih mengantuk, aku mengoyakkan senyuman padanya. Dia membalas senyumku.
"Waalaikumusalam, saya tertidur. Niat nak berehat sekejap je, tahu-tahu je dah subuh," tuturku. Agak kekok sedikit memandangkan aku tidak mengenali lelaki berumur di hadapanku ini.
"Marilah ikut pakcik sembahyang sekali. Masjid depan tu je. Tak jauh pun. Kamu bawa kereta, pakcik jalan kaki je."
"Eh, sekali jelah naik kereta saya, pakcik. Kesian pakcik jalan kaki. Jauh juga tu kalau jalan kaki." Aku mempelawanya untuk menumpang keretaku memandangkan arah kami sama.
Namun, pakcik tadi hanya menggelengkan kepalanya lalu senyuman dihadiahkan sekali lagi.
"Tak apalah, nak. Pakcik ni dah tua, jadi kenalah banyak rebut pahala. Bukan ke jalan kaki ke masjid lagi banyak ganjaran pahala dapat," jawab pakcik itu.
Terdiam aku bagaikan ada satu panahan petir menyambar tepat ke hati aku. Sungguh aku kagum pada lelaki tua ini.
Anak mataku hanya mengekori pergerakan pakcik itu yang sudah mengorak langkah menuju ke sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari sini.
Aku menghidupkan enjin kereta lalu berangkat mengikut pakcik tadi. Melihatkan gaya pakcik ini, teringat aku akan abah. Abah yang selalu menasihati kami supaya solat di awal waktu.
Abah, Zayn minta maaf sebab keluar rumah semalam. Niat Zayn cuma nak cari Airis je...
🔅🔅🔅
Perlahan aku melabuhkan punggung di atas sofa kulit milik Pakcik Adnan. Usai solat Subuh tadi, Pakcik Adnan mengajak aku untuk singgah di rumahnya.
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...