Terasa bagai ada guruh yang kuat berdentum. Persoalannya membuatkan wajahku yang ceria bertukar muram. Hati aku rasa sakit bagai ditikam beribu kali.
Aku dapat lihat kegelapan masa depan aku. Kelam, sunyi sepi bersendirian tanpa peneman.
"Ehem, awak?"
Dengan terpaksa senyum terukir di wajahku. Tak nak wujudkan suasana kekok dia antara kami.
"Airis, awak tak ingat saya ke?" Aku menyoalnya sekadar ingin menyakinkan.
"Tak, saya lansung tak ingat awak," jawabnya ringkas. Tiada apa lagi perkataan yang dapat kuungkapkan tika ini. Hati aku dipagut sayu.
Airis...
Sekarang baru saya sedar erti penyesalan. Betapa menyesalnya saya sebab layan awak kasar selama ini. Tapi bila baru je saya nak selesakan diri dengan awak. Awak dah tiada.
Awak dah lupa semua tentang kita. Semua kenangan kita sudah pudar pada awak.
"Ini sayalah, Zayn Khayrie... tunang awak." Masih lagi aku mencuba.
"Tunang? No! Tunang saya Aidan Amir. Bukannya awak. Saya tak pernah kenal pun awak."
Sekali lagi aku tergamam. Aku masih lagi dapat terima kalau dia lupakan aku, tapi kenapa mesti dia ingat Aidan tu masih tunang dia?
Sakitnya hati aku hanya tuhan yang tahu. Aku menapak perlahan keluar dari sini. Panggilan dari Airis kuhiraukan. Walau payah namun aku gagahkan diri.
Kelibat Hadi dan Aidan kudekati.
"Aidan, kau pergilah tengok Airis." Hanya itu sahaja kata yang dapat aku luahkan. Kening Hadi bertaut lalu tangannya menyentuh bahuku.
"Kau kenapa? Airis dah sedar, kan? Kenapa kau nampak sedih lagi ni? Cerita la," pujuk Hadi.
"Hadi, ni bukan hal kau. Jangan masuk campur," ujarku. Matanya terbeliak seakan tidak percaya dengan apa yang terbit dari bibirku.
Aku melangkah tanpa menghiraukannya.
Fikiran aku melayang. Segala memori aku dengan dia bagai ditayang kembali. Buat apa aku ingat semua memori ni? Semua yang pernah jadi dah hilang dalam ingatan dia.
Kenapa aku mesti ingat, kalau dia sendiri dah lupa siapa aku dalam hidup dia? Dah tak guna dah semua kenangan tu.
"Zayn! Kau kenapa ni? Apa jadi? Ceritalah." Lamunanku tersentak. Fikiran aku kembali serabut. Aku perlukan masa untuk semua ni. Masa untuk sendirian.
Soalannya aku biarkan sepi. Langkah aku lajukan. Hadi masih lagi mengejar aku dari belakang.
"Zayn! Jawablah."
"Hadi, tolong jangan kacau aku buat masa ni. Aku perlukan masa untuk diri aku. Berseorangan," tuturku. Langkah aku teruskan. Kemudian dia menyentap lengan aku.
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...