Chap 29

1.3K 100 28
                                    

Pintu rumah Airis kuketuk perlahan seraya mulut mengucapkan salam. Lama sebelum dia menyahut salamku tadi. Kemudian pintu dikuak lalu tersembul kepala Airis di celahan pintu.

Keningnya bertaut. Mungkin memikirkan kenapa aku bertandang ke rumahnya? Macam mana aku tahu rumah dia. Lupa ke yang dulu dia yang mengada-ngada suruh aku ambil dia dekat rumah.

Oh, okey dia memang lupa.

Belum sempat aku membuka mulut ingin menyatakan hasratku, dia terlebih dahulu menutup kembali pintu. Tersentak aku.

"Airis, keluarlah," pinta aku. Dia marah ke pasal hari tu. Yelah aku tinggalkan dia macam tu je.

"Tak nak. Saya tak nak keluar. Awak pergilah!"

"Awak marahkan saya lagi ke pasal hari tu. Maaflah saya tak sengaja. Hari tu memang betul saya ada hal. Keluarlah. Saya nak cakap sesuatu ni," pintaku lagi. Tapi kali ni lebih kedengaran seperti merayu. Ah,lantaklah! Janji dia keluar.

Namun rayuan aku tadi hanya dibiar sepi. Aku cuba mengintai Airis dari sebalik tingkap. Aku dapat lihat lengan kirinya. Dia masih lagi berdiri tegak di belakang pintu.

"Airis, saya betul-betul minta maaf."

Aku dapat dengar dia melepaskan keluhan besar. Mungkin rimas dengan pujukan aku, dia membuka kembali pintu. Tetapi hanya sedikit sahaja. Berbanding tadi, kali ini aku lansung tidak dapat melihat kepalanya.

"Saya minta maa..."

"Saya tak marahkan awak pasal hari tulah!" Dia mencantas bicaraku tadi dengan suara yang agak tinggi.

"Okey, kalau awak tak marahkan saya, bukalah pintu ni. Keluarlah, saya ada benda nak cakap dengan awak ni."

"Tak nak! Saya tak nak jumpa awak lagi!" jeritnya seraya pintu dihempas. Aku mengusap dada perlahan akibat terkejut.

Kenapa suara dia macam ada benda tak kena? Kenapa dia tak nak jumpa aku? Bermacam-macam soalan bermain di fikiran aku tika ini.

"Apa salah saya, Airis? Cuba awak bagitahu saya."

Keadaan menjadi sunyi. Tiada jawapan dari dia. Aku kembali mengintai dari sudut tingkap namun hampa. Tiada lagi kelibat Airis bersandar di balik pintu.

Aku mengeluh. Baik aku balik dulu. Mungkin emosinya kurang baik. Lebih baik jika aku berikan dia ruang. Mungkin betul dia marahkan aku tentang hari tu.

Biasalah perempuan, dalam hati cakap lain, mulut cakap lain. Aku melangkah meninggalkan kawasan rumah Airis.

Tak apa esok masih ada. Jangan cepat putus asa, Zayn. Kau boleh!

🔅🔅🔅

Dah tiga hari berturut-turut aku berkunjung ke rumah Airis. Atau lebih tepat, tercegat di depan rumahnya. Dia langsung tak nak buka pintu. Bercakap pun tak nak.

Aku yakin ada sesuatu ni. Yelah, takkan dia benci aku sebab hal kecil ke. Aku kenal Airis, dia bukan jenis macam tu. Dah bermacam-macam pujukan aku lontarkan tapi semuanya tak berhasil.

"Airis... bukalah pintu. Dah berhari hari saya datang, awak asyik mengelak je."

Aku datang hari-hari dekat sini bukan bermaksud yang aku dah lama tak buka kedai. Aku buka juga kedai, tapi aku ambil masa untuk jumpa Airis waktu lunch. Nasib Adam faham keadaan aku.

Kemudian pintu dibuka dengan kasar. Airis keluar dengan wajah yang bengang. Wajahnya yng putih mulus tampak kemerahan tika ini. Jelaslah yang dia sedang marah pada aku.

Tapi apa aku buat.

Dia membaling anak patung yang pernah aku berikan dulu tepat di mukaku. Aku tergamam. Kemudian cincin di dalam genggamannya di lepaskan jatuh ke lantai.

Tanpa rasa bersalah dia pijak cincin tadi dekat seliparnya. Aku bertambah hairan. Kenapa? Itu je soalan yang terlintas di benak fikiran aku.

"Terkejut, encik tunang?" Sebaris ayatnya cukup membuatkan lidah aku kelu. Dia dah ingat ke? Tapi kenapa dia jadi benci dekat aku? Apa salah aku?

"Awak ingat?" soalku.

"Ye, saya ingat. Sampai mati pun saya ingat muka orang yang cuba nak bunuh saya! Cuba bunuh tunang dia sendiri!"

Apa ni? Kenapa dia cakap aku pembunuh?

"Bila masa saya cuba nak bunuh awak? Awak salah faham ni. Bukan saya yang langgar awak. Percayalah, masa tu saya dekat masjid. Tengah tunggu awak dengan Nadia sampai," jelas aku. Namun dia hanya menekup kedua belah telinganya. Tak mahu mendengar penjelasan aku.

"Awak fikir saya percaya ke? Siapa je nak mengaku kalau dah buat salah, kan?" ujarnya sinis. Hati aku bagai disiat-siat. Pedihnya bila dituduh sebegitu. Sebesar kuman pun tak pernah terlintas dalam hati aku untuk nak sakitkan dia. Inikan pula nak bunuh dia.

"Siapa bagitahu awak semua ni? Bagitahu saya. Saya tahu orang tu cuba nak buat awak bencikan saya. Bagitahu saya, Airis."

"Sudahlah. Awak untung tau saya masih lagi ada belas kasihan. Saya lepaskan awak. Saya dengan awak dah tak ada apa apa. Jangan kacau saya lagi atau saya laporkan semua kegiatan awak pada polis," ugutnya.

Dia berpaling lalu melangkah masuk ke rumahnya. Dia menolak pintu perlahan namun sempat aku tahan.

"Aidan yang bagitahu awak semua ni, kan?" Wajahnya sedikit berubah membuatkan aku yakin dengan tekaan aku.

"Tolonglah jangan percaya cakap Aidan. Dia cuma nak pisahkan saya dengan awak. Itu je yang dia nak," rayu aku.

"Cinta yang terjalin atas paksaan tak akan kekal lama." Hanya sebaris ayat itu keluar dari mulutnya. Menambahkan lagi sangsi dalam hati aku.

Apa yang kau hasut Airis, syaitan! Kau tak guna!

Aku mengetuk pintu rumahnya berkali-kali. Dah tak kisah apa yang orang nak cakap. Makin lama makin kuat aku ketuk.

Akhirnya aku terduduk lemah bersandarkan pintu. Anak patung dan cincin di atas lantai aku kutip. Kemudian kedua-dua barang tersebut aku bawa ke dada lalu aku peluk dengan erat.

Aku mengeluh sebelum bingkas bangun lalu melangkah dengan lemah. Segala rancangan aku untuk merapatkan hubungan kami punah. Hati aku hancur lebur dipijak tanpa perasaan.

Sekali lagi aku pulang dengan kekalahan. Kau ni memang loser, Zayn. Berapa banyak kali kau nak kalah dengan Aidan?

Tak! Aku tak lemah dan aku takkan mengalah. Kemenangan tetap akan beroleh di pihak yang benar. Aku pegang kata semangat itu. Satu hari nanti, awak tetap akan jadi milik saya, Airis.

Aku menyeluk poket lalu mengeluarkan telefon pintarku. Nombor Hadi aku dail.

"Assalamualaikum, Hadi. Kau sibuk ke? Aku ingat malam ni nak ajak kau keluar."

"Waalaikumussalam, boleh je. Nanti apa apa rogerlah," balas Hadi.

"Okey, jumpa malam nanti."

🔅🔅🔅

Angin malam yang dingin menenangkan aku. Hilang sekejap semua masalah yang aku lalui. Rasa tenang sangat. Aku menghirup teh tarik sambil menunggu ketibaan Hadi.

Mata aku meliar memandang sekeliling. Mencari kelibat Hadi. Tapi, lain yang dicari, lain pula yang aku jumpa. Tak jauh dari sini aku nampak Aidan.

Sebaik sahaja ternampak dia, darah aku automatik mendidih. Teringat apa yang diperkatakan oleh Airis siang tadi membuatkan hati aku panas. Aku bingkas bangun lalu menuju ke arahnya.

Dia terlihat cemas tatkala ternampak aku yang menuju ke arahnya. Aku sempat menarik rambutnya apabila dia cuba untuk melarikan diri.

Sebiji penumbuk aku hadiahkan perutnya. Terbatuk-batuk dia. Tak cukup dengan itu kolarnya aku cekak lalu sebiji penumbuk lagi singgah di pipi kanannya.

"Apa kau cakap dekat Airis pasal aku, hah! Kau ni memang syaitan!"

Dia tersenyum sinis pada aku.

🔅🔅🔅

Maaflah tak reti buat scene aksi huhuhu. Kita pulak yang sakit hati wak buat chapter ni 😂😂

Jangan lupa vote dgn komen tau 😘😘
Sayang korang

She's Mine[C]Where stories live. Discover now