Chap 5

2.6K 256 49
                                    

"Kenapa ni Zayn, menjerit dah macam perempuan ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa ni Zayn, menjerit dah macam perempuan ni..."

Aku nampak umi, abah dan Zafirul sudah berdiri di depan pintu bilikku. Mereka semua memandangku. Aku masih lagi menyorok di belakang almari tidak berani mahu menoleh ke arah katilku.

"Airis! Kenapa tidur dekat bilik Zayn ni? Astaghfirullah... sini cepat!"

Uish umi panggil macam tu je hantu tu. Seriau aku. Eh, kejap! Umi sebut Airis kan tadi. Aku menoleh ke arah katilku lalu aku lihat Airis dengan keadaan mamai sedang bergerak mendekati umi.

Apa dia buat dalan bilik aku! Aku segera meleraikan tanganku dari memeluk almari. Buat malu je...

Aku membetulkan posisi badanku. Dari sini aku lihat abah dan Zaf curi-curi gelakkan aku. Aduh mana nak letak muka handsome aku ni...

"Umi, tolong Zayn. Ada hantu! Argh!"

"Zaf macam mana nak halau hantu? Sebut apa, eh?"

"Bila izrail datang memanggil, jasad terkujur di pembaringan..."

Abah dan Zaf berpakat mengejekku. Siap lakonkan balik lagi adegan tadi. Aduh merah muka aku... malu! Terbahak-bahak mereka ketawakan aku.

"Abah, kenapa perempuan tu tak balik lagi? Tadi Zayn dah suruh naik grab dah."

"Ish, dia tu perempuan. Kamu lah hantar esok pagi. Tak manis lah macam tu."

"Tapi, abah..."

"Tak ada tapi-tapi. Pandai bawa sini, pandai lah kamu hantar balik."

Abah menjegilkan matanya tepat kearahku. Membuatkan mulutku terkunci. Apalah nasib aku ni...

"Haa lagi satu. Solat Isyak dulu baru tidur, faham!"

Abah memberikan arahan padaku. Aduh mata ni dah mengantuk sangat dah... Apabila aku terpandang ka arah katil, tiba-tiba kejadian tadi bagai ditayang kembali.

"Umi! Abah! Zayn trauma!"

Jeritanku disambut dengan hilaian ketawa dari penghuni-penghuni rumah ini. Ini semua sebab kau, Airis!

🔅🔅🔅

"Hah gelaklah lagi. Aku rasa sejak Airis tu datang dalam hidup aku, aku ni asyik jadi bahan untuk gelak je."

Hadi terus berhenti ketawa. Mungkin faham akan ayatku tadi. Betul apa, sejak aku kenal dia, aku ni asyik kena gelak je.

"Rileklah Zayn. Itu tandanya bibit bibit cinta nak berputik. Haa gitu..."

"Tengkorak kau! Aku dengan dia, bercinta? Tak Akan bin Mustahil! Stop cakap pasal aku. Kau dengan Nadia amacam? Takkan tak ada tarikh lagi?"

"Hah sebab tulah aku call suruh jumpa ni. Dua minggu lagi aku nikah, bulan depannya aku sanding."

"Serius lah. Tahniah, dah nak jadi bapak dah kau."

She's Mine[C]Where stories live. Discover now