Aku memasuki perkarangan hospital dengan senyuman yang terukir di bibirku. Hari ni aku niat nak jalankan misi.
Misi memikat Airis!
Kek kegemarannya sudah kusediakan. Tak sabar rasanya. Sedang aku menunggu giliran untuk menggunakan lift, mataku tertancap pada seorang yang amat aku kenali.
Dia turut membawa bekal makanan dan aku amat pasti ianya untuk Airis. Senyuman yang dilakar hingga ke telinga itu cukup menyakinkan aku.
Tatkala mata kami bertembung, dia kelihatan panik. Lantas bekal itu disembunyikan di balik badannya.
Dengan perlahan aku mendekatinya.
"Kau buat apa dekat sini? Aku rasa tak perlu kut kau datang sini hari-hari. Melainkan kau memang teringin nak duduk hospital. Aku boleh je tolong," perliku.
Teragak-agak dia untuk menjawab pertanyaanku. Cecair jernih mulai mengalir di dahinya.
"A... Aku... Kau..." Kemudian percakapannya terhenti. Aku tertawa kecil sebelum menyambung.
"Kau fikir tajuk novel ke? Aku, kau dan cinta, macam tu? Kelakarlah kau ni."
Dia ikut gelak tatkala aku menghambur tawaku. Tak lama selepas itu, aku kembali serius menatap wajahnya.
"Siapa suruh kau gelak? Wah, seronoknya. Kau tak jawab lagi, apa kau buat dekat sini? Tu bekal dekat belakang kau tu untuk siapa?" Dengan pantas aku merampas bekalnya membuatkan ianya jatuh di atas lantai.
Habis tumpah segala lauk di dalamnya. Dia merenungku dengan wajah yang marah namun aku hanya beriak biasa sahaja.
Sedikit pun tidak menunjukkan rasa bersalah.
"Kesiannya, tak dapat Airis makan makanan yang kau masak. Tapi tak apa, kau tak payahlah risau sangat. Aku ada bawa kek yang paling dia suka. So, kau bolehlah bawa-bawa berambus ye. Assalamualaikum," ujarku dengan sinis.
Puas hati aku bila dapat sakitkan hati Aidan. Baru dia rasa penderitaannya yang aku lalui selama ni. Senang-senang je nak dapat Airis balik. Langkah mayat aku dulu.
Bekas yang berisi kek kupeluk erat. Rasa berbunga hati bila mengingatkan reaksi Airis setiap kali makan kek ni. Tak sabarnya!
Aku menghentikan langkahku di hadapan bilik yang menempatkan Airis. Aku menyeluk kocek dan membawa keluar misai palsu yang aku dapat dari mesin tikam. Misai itu kutampal di atas bibirku.
Kemudian aku menapak masuk ke dalam. Airis yang sedang termenung kudekati.
"Assalamualaikum adik manis, adik manis apa buat?" Aku memulakan lakonanku. Dia mengerutkan dahinya.
"Awak siapa? Mana Aidan?" soalnya.
"Syaitan mana ada," jawabku selamba.
"Bukan syaitanlah. Aidan."
"Aidan? Ai dan you, together forever? Cia cia cia." Aku tersengih sendiri dengan pencapaian aku. Walaupun hambar tapi sekurang-kurangnya aku cuba.
Dia tidak menghiraukan aku sebaliknya dia kembali termenung.
Tahulah pickupline aku hambar, tapi sekurang-kurangnya layanlah aku. Haih, patah seribu hatiku...
Tanpa berlengah aku meletakkan kek yang aku bawa di atas meja berdekatan dengannya.
"Adik manis, lapar? Saya mujibur bawa kek kegemaran adik manis. Muka kasi senyum..." Terhambur tawa Airis sebaik sahaja aku menghabiskan ayatku.
Rindunya saya dengan gelak awak...
"Apa nama awak? Mujibur? Macam mana boleh datang sini? Dan macam mana awak tahu saya suka kek ni?"
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...