Chap 30

1.6K 104 17
                                    

"Aku dah cakap, kau takkan boleh menang. Aku akan tetap berjuang demi Airis. Kau takkan menang, Aidan," tuturku sinis. Lebih kepada amaran supaya dia berjaga-jaga.

Namun dia hanya membalas dengan tersenyum senget. Dia bingkas bangun lalu menatap aku dengan tajam.

"Apa kau boleh buat? Dia dah benci kau. Nak tengok muka kau pun dia tak nak. Ada hati lagi nak bangga diri?"

Menyirap darah aku sekali lagi. Dia ni memang tak guna! Tiba-tiba seseorang memeluk aku dari belakang. Aku menoleh.

"Dah, Zayn. Jangan buat hal. Dekat public ni. Nanti tak pasal-pasal kau masuk lokap pula," pesan Hadi. Aku menarik nafas dalam. Tenang, Zayn...

"Kau tercegat apa lagi? Pergilah! Kau nak aku pula yang tambah lebam dekat muka kau ke?" bentak Hadi.

"Kau fikir aku nak sangat ke tengok muka kau orang. Jijik! Yang ni loser, yang ni pula acah berani. Puih!" Aidan menuding jarinya ke arah kami berdua sebelum meludah ke lantai.

Kurang ajar! Baru saja aku ingin menggertak Aidan, namun laju saja di tahan oleh Hadi.

"Dah, Zayn... kawal sikit. Ikut hati mati, ikut rasa binasa." Sebaris ayat itu sudah cukup untuk menenangkan aku. Aidan pula sudah pergi meninggalkan kami.

"Jom, kita minum dulu. Tenangkan fikiran." Aku tidak menolak ajakannya langsung mengikuti langkah Hadi.

Usai kami berdua melabuhkan duduk di kerusi masing-masing, Hadi bertindak menemubual aku. Macam-macam soalan yang dia tanya.

"Apa yang dah jadi? Kenapa kau marah lagi? Apa yang Aidan buat lagi? Cuba cerita." Hadi menembak aku dengan soalan yang bertubi-tubi. Terkelu lidah aku nak menjawab.

"Urm... macam mana nak cakap eh?" Aku berlengah seketika.

"Cakap pakai mulutlah," bidas Hadi. Aku cili juga mulut dia ini. Jelingan aku hadiahkan padanya.

"Okey, Airis cakap dengan aku yang dia nak kahwin." Aku menghentikan bicara sebentar, ingin melihat reaksi Hadi. Matanya membulat memandang aku seolah apa yang aku katakan tadi perkara yang mustahil berlaku.

Tapi, ianya dah berlaku pun...

"Biar betul? Dengan Aidan ke?" tutur Hadi dengan nada yang tinggi.

"Ya, Hadi. Dengan Aidan Amir, bukan Zayn Khayrie."

"Lepas itu?" Dia menyoal aku kembali. Yang ni aku kena tarik nafas panjang. Kemudian aku menghela nafas sebelum menyambung.

"Dia buat Airis benci dengan aku pula sebab tak nak aku menang." Cincin tunang yang kebetulan aku simpan di dalam poket, aku ambil. Di depan mata Hadi aku tayangkan cincin itu. Cincin itu sudah agak kotor akibat dipijak.

Hadi membelek objek berbentuk bulat kecil bertatahkan berlian itu. Lama sebelum dia memulangkan kembali pada aku.

"Depan mata aku dia pijak cincin ini. Anak patung yang aku pernah bagi, dia baling tepat dekat muka aku. Kau rasa tak macam mana perasaan aku sekarang. Hati aku ini macam dah kena lenyek dengan lori dah. Sebab tulah, aku belasah mamat itu tadi. Aku tengok je muka dia, automatik menyirap darah aku," terang aku panjang lebar.

Kepala Hadi hanya terangguk-angguk sedari tadi. Mungkin sedang menafsirkan setiap butir percakapan aku tadi. Lalu, dagunya diusap perlahan. Lagak orang sedang berfikir.

"Parah ini. Memang cari nahas mamat ini. Dia buat Airis benci kau, eh? Maksudnya dia tak ingat lagilah kau ini tunang dia, kan?"

"Apa pula, dia siap cakap lagi yang dia ingat aku tunang dia. Maksudnya dia dah ingatlah aku ini tunang dia," ujar aku. Agak memeningkan ayat aku tadi.

Lantas, pipi aku ditampar laju. Aku tersentak.

"Kalau dia dah ingat yang kau ini tunang dia, dia tak akan benci kau. Sebab sebelum dia hilang ingatan kau orang tak bergaduh langsung, kan? Mungkin dia hanya ingat yang kau tunang dia sebab tulah Aidan masuk jarum."

Betul juga. Kenapa aku tak terfikir?

"Kau rasa apa aku patut buat sekarang? Dia kata aku cuba bunuh dia. Tak ke gila tu?"

"Airis cakap macam itu? Memang gila! Kenapalah aku tak tambah je lebam dekat muka Aidan tadi. Cis!" Hadi melepaskan penumbuknya di telapak tangan kirinya.

"Okey, esok aku ambil cuti. Kita serbu rumah Airis. Bagi dia semua bukti yang kau ada," cadang Hadi. Dah lagak polis nak buat pelan untuk serbu kegiatan jenayah je.

"Bukti apa?" soal aku ringkas.

"Halah, tak akanlah itu pun aku nak bagitahu. Kenangan kau orang? Gambar ke video ke? Apa-apa jelah."

Aku tersenyum meleret mendengar idea Hadi tadi.

🔅🔅🔅

Balik saja aku terus bergegas naik ke bilik. Gambar aku dan Airis di pantai aku ambil. Sengaja ingin mengimbas kembali. Halah, emo pula...

Aku membelek gambar ini. Dengan spontan tangan aku mengetuk kepala sendiri. Kenapalah kau ego masa ini? Kalau tak dah lama kau kahwin dengan dia. Nak salahkan diri sendiri pun tak boleh juga, dah takdir Allah kan? Siapa kita nak menolak?

Ceh, jadi ustaz pula aku.

Kemudian aku peluk gambar tadi dengan erat. Terubat sedikit rindu yang dah lama terpuruk dalam hati ini. Tiba-tiba terdetik dalam hati aku untuk menunaikan solat Istikharah. Supaya aku dapat meminta petunjuk dari Allah.

Lantas, aku mengambil langkah ke bilik air. Usai berwudhuk, aku mengambil sejadah yang cantik terlipat di dalam almari. Niat aku baca dalam hati.

Selepas habis menunaikan solat Istikharah, aku kembali ke atas katil. Berharap agar Allah memberikan mimpi sebagai petunjuk kepada aku. Perlahan mataku terpejam rapat.

🔅🔅🔅

Usai akad telah dilafaz, maka sahlah dia menjadi isteri aku. Isteri buat Zayn Khayrie. Aku mendekatkan jarak dengan si dia. Debaran di hati hanya tuhan yang tahu. Jantung yang sedari tadi berdegup kencang sudah tak dapat aku kawal.

Sesekali dia mengelap air matanya. Mungkin sebak dan terharu kerana sudah bergelar isteri aku. Umi disebelah menghulurkan sebentuk cincin emas yang bertatahkan belian kepada aku. Aku mengambil cincin tersebut lalu duduk berhadapan dengan si dia.

"Assalamualaikum awak, saya sarungkan cincin ya," tutur aku lembut. Dia menundukkan kepalanya tanda setuju.

Dengan perlahan sebentuk cincin itu sudah terletak kemas di jari manisnya. Detik yang amat memilukan hati aku. Aku menurunkan niqab yang menutupi separuh wajahnya tadi.

Namun, sebaik sahaja kain itu dilucutkan, aku terkesima. Ya Allah!

🔅🔅🔅

Rasanya macam dah nak habis je ni hehehe jangan lupa vote and comment tau 😘😘

She's Mine[C]Where stories live. Discover now