Aku pantas mencapai lengan Airis menuju ke pili air berdekatan. Tapak tangan jelas kelihatan merah akibat terkena besi panas tadi.
Padan muka! Degil lagi.
Aku mengalirkan air ke kawasan yang melecur tadi. Sesekali Airis mengaduh kesakitan.
Aku memandang wajahnya yang berkerut menahan pedih. Tak payahlah buat muka macam tu... comel tau tak!
"Tulah aku cakap tak payah, degil juga. Dah, duduk sana balik. Aku nak ambil ubat kejap."
Airis hanya mengangguk perlahan. Kesian pula aku tengok...
Aku lantas menuju ke arah bilikku. Kotak first aid kit kuambil dari dalam beg galas.Memang selalu kalau pergi bercuti aku bawa, untuk hal kecemasan... lagi-lagi pergi dengan Airis ni. Macam-macam boleh jadi, careless...
Aku bergegas ke tempat tadi dan aku lihat Airis sedang meniup perlahan kesan lecur tadi.
"Tak payah tiuplah, nanti keluar kuman. Lepastu melarat lecurnya."
Airis sedikit terperanjat sebaik sahaja mendengar suaraku.
"Ee macamlah mulut saya ni banyak kuman..." ujarnya dengan nada sayu.
"Aku tak cakap, kau yang cakap mulut kau banyak kuman."
Airis memuncungkan bibirnya.
"Dah tak payah nak merajuk, sini aku sapu ubat." Lantas aku menyarungkan sarung tangan getah dikedua-dua tanganku. Tak nak tersentuh tangan dia... haram!
Aku membelek kesan lecur tadi sebelum tanganku ligat menyediakan ubat untuk disapu. Krimku capai lalu aku sapu perlahan di kawasan lecur tadi.
Airis mengaduh perlahan. Usai menyapu krim, aku membalut tangannya dengan kemas. Kemudian segala alatan tadi kusimpan rapi didalam peti kecemasan.
Usai itu, aku memandang tepat ke arahnya.
"Kan aku dah kata tak payah tadi. Kenapa degil sangat ni..." ujarku lembut.
"Saya nak tolong je..." Sayu suara dia berkata. Kau ni, buat risau aku je. Nasib tak teruk. Kalau ikut hati aku dah bawa kau pergi hospital dah ni.
"Kalau terbakar ke tangan kau tadi, macam mana?"
"Bukan ada orang kisah pun pasal
saya..."
YOU ARE READING
She's Mine[C]
Romanceبسم الله الرحمن الرهيم... Karya sulung @MissRose___ 🔅🔅🔅🔅🔅🔅 "Kau ni mental ke hah? Ada wayar yang putus eh kat otak kau?" - Zayn Khayrie "Aah, sebab tu lah awak kena bagitau nama awak dekat saya supaya wayar yang putus tu bersambung bali...