Chap 23

1.6K 131 26
                                    

"Kenapa dengan Zayn? Zayn okey tak? Mana Airis?" Bertubi-tubi soalan yang dituju oleh umi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa dengan Zayn? Zayn okey tak? Mana Airis?" Bertubi-tubi soalan yang dituju oleh umi. Aku hanya mendiamkan diri. Biarlah Hadi jawab.

Aku dah tak mampu nak buat apa dah. Separuh dari hati aku dah hilang. Macam mana aku nak teruskan hidup. Airis, saya tahu awak kuat, kan? Tolong bertahan demi saya.

"Umi, abah. Airis kemalangan. Sekarang ni kita kena pergi tengok Airis," tutur Hadi dengan lancar.

"Allahuakbar! Airis. Kalau macam tu, Hadi bawa Zayn pergi hospital dulu. Awak kalau nak ikut dia orang, ikut jelah. Nanti saya uruskan dekat sini," cadang abah.

"Tak apa umi dengan abah urus apa yang patut dekat sini. Kau orang pergi hospital. Apa-apa bagitau kami."

Aku mengangguk lemah kemudian aku menuruti Hadi ke keretanya. Apa yang aku fikir sekarang cuma Airis je.

🔅🔅🔅

"Mana pesakit nama Airis Qaireena ye?" Sejurus sampai sahaja di hospital. Aku terus meluru masuk.

"Kejap, biar saya periksa," kata salah seorang nurse yang menjaga kaunter.

"Hubby!" Serentak aku dan Hadi memandang ke arah suara itu. Nadia!

"Nadia! Airis macam mana? Teruk ke?" Aku menyoal Nadia yang sedang memeluk Hadi.

"Zayn... Airis dalam bilik ICU sekarang. Keadaan dia teruk tadi aku tengok. Aku minta maaf..." jawab Nadia.

"Tak apa, aku tak salahkan kau pun. Bawa aku boleh? Aku nak tengok dia," pintaku. Kemudian kami melangkah menuju ke bilik yang menempatkan Airis.

Aku hanya memerhati Airis dari depan pintu. Keadaan dia amat menyedihkan. Air jernih yang bergenang di tubir mata mengalir di pipiku.

Tak dapat digambar betapa sedihnya melihat keadaan dia begitu. Kenapa mesti dia, macam-macam dah dia lalui dalam hidup dia.

"Nadia, doktor cakap apa tadi?" Aku menyoal Nadia. Airmata yang mengalir kukesat menggunakan telapak tangan.

"Doktor cakap keadaan dia dah stabil tadi. Kau jangan risau sangatlah," kata Nadia. Dia mengukir senyuman manis. Senyumannya itu tidak dapat memberikan sebarang kesan terhadap aku.

Emosi aku dah tak terkawal. Dengan jawapan yang diberi oleh Nadia membuatkan aku rasa marah. Jangan risau?

"Kau kata jangan risau? Kau tau tak dekat dalam tu siapa? Tunang aku! Mestilah aku risau!" Tanpa dapat aku kawal, aku sudah menjerit pada Nadia membuatkan Nadia memeluk erat tubuh Hadi.

Sepasang matanya mengelak untuk bertembung. Terlihat jelas riak takut di wajahnya. Hadi menarik nafas dalam seperti ingin menahan amarahnya.

"Zayn, aku faham perasaan kau sekarang ni. Tapi apa yang Nadia cakap tadi betullah. Dia dah stabil cuma perlukan penjagaan rapi je. Ingat Allah ada dengan kau. Kau tak boleh macam ni, kau kena kuat."

She's Mine[C]Where stories live. Discover now